Bab 9: Goodbye, Sunshine!

18.5K 1.2K 42
                                    

TOK! Tok! Tok!

Annabella menekup telinganya dengan tangan apabila terdengar bunyi ketukan pintu yang mengganggu lenanya. Selimut ditarik menyelubungi diri. Lega. Bunyi ketukan pintu sudah tidak kedengaran lagi. Tiba-tiba matanya terbuka luas. Muka sudah merah menahan marah apabila tidurnya diganggu. Giginya diketap geram. Mata birunya dan mata biru lelaki itu bersambung.

“Wake up, grumpy!”

“Who are you call me grumpy?”
Annabella sudah berdiri bercekak pinggang memandang lelaki yang lebih tinggi darinya. Dirinya hanya paras dada lelaki itu.

“Lord Andrew mahu jumpa kau. Sudah hilang ingatan?" kata lelaki itu dengan sinis.

Annabella mendengus. Inilah orang yang selalu menaikkan bara apinya sejak dia tinggal di Akademi Seraglio. Lelaki inilah yang bertanggungjawab menyuruhnya dia tidur di dalam stor dorm pelajar perempuan. Separuh hari dia mengemas stor tersebut.

Kakinya diatur mengikut langkah lelaki tersebut setelah bersiap. Lelaki yang sama dia nampak di dalam bilik Pengetua Erald. Beberapa minit mereka berjalan, mereka sampai di satu kawasan yang lapang. Annabella dapat lihat tembok besar berhampiran dengan kawasan tersebut kerana diterangi oleh bintang dan bulan. Matanya terpaku melihat Andrew dan seorang wanita sedang berlawan antara satu sama lain. Pergerakan mereka sangat pantas. Hebat!

Dalam sekelip mata sahaja, Andrew sudah jatuh terlentang di atas tanah. Pedangnya sudah terlepas dari pegangan dan terpelanting tidak jauh dari Andrew. Poyo! Padahal berpura-pura kalah. Taktik mahu menguratlah tu. Acah-acah untuk kelihatan gentleman. Cakap sajalah suka senang. Nampak sangat ketara yang Andrew sengaja melakukan kesilapan.

“Just tell her that you like her! Tak payah nak acah-acah gentleman. Menyampah tahu tak?” jerit Annabella yang dari tadi berdiam diri.

Andrew mengetap gigi geram. Gerahamnya sudah bergerak-gerak tanda dia sangat marah. Marah dengan kata-kata Annabella tadi. Nak kena tarik telinga lagi ke? Dia bangun. Kakinya melangkah mendekati Annabella dan seorang lelaki yang dari tadi memerhati dia dan Erena berlawan.

“Kita tidak berkenalan secara rasmi lagi, kan? Saya Erena dan kamu?” tanya Erena.

“Saya Annabella. Panggil saja Anna.” Senyuman diukir kepada Erena yang sangat cantik. Matanya berwarna hijau muda, berambut blonde muda dan kulitnya sangat cantik. Telinganya agak runcing. Tapi kenapa dia rasa pernah tengok Erena? Apa-apa pun, Erena sangat cantik.

“Oh, Putera Eidan! Gembira dapat berjumpa dengan Tuanku,” sapa Erena.

“Begitu juga dengan saya,” balas lelaki yang menemani Annabella tadi.

“Apa yang Tuanku buat di sini?”

“Lord Andrew arahkan saya bawa si pendek ni berjumpa dengannya,” ujar Eidan.

“Who you call shortie?” marah Annabella.

“Terima kasih, Putera Eidan.”

“Sama-sama, Lord Andrew. Saya pergi dulu.” Eidan terus berlalu pergi.

“Berani dia kutuk aku pendek! Auch!!! Apa ni? Sakitlah!” bentak Annabella. Telinganya tiba-tiba ditarik oleh Andrew. Tangannya sudah menggosok telinga yang sakit.

“Tidak perlu merungut. Kita patut mula sekarang.”

“Mula apa?” tanya Annabella yang tidak faham apa-apa.

“Dia tidak terangkan apa-apa pada kamu, Anna?” tanya Erena. Gadis muda itu menggeleng.

“Kamu akan masuk ke dalam Akademi Seraglio. Untuk masuk ke akademi, kamu perlu melepasi ujian kelayakan.”

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now