Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova

17.8K 1.2K 58
                                    

*Media gambaran Nadegda Mihailova. Pretty right? Hehe*

MEDAN magik besar mengeluarkan cahaya biru yang semakin lama semakin terang sehingga menyilaukan mata. Muncul lapan orang anak muda dengan pelbagai riak wajah di tengah-tengah medan magik tersebut. Namun, medan magik tersebut lama-kelamaan semakin pudar apabila selesai menggunakannya.

Salah seorang anak muda yang mempunyai rambut berwarna emas dan sepasang mata biru sahaja yang menunjukkan reaksi teruja dan kagum apabila melihat pemandangan yang terhampar di ruang mata. Sebuah istana yang gah berdiri di hadapan ruang matanya. Sangat cantik sehingga memukau pandangan mata. Ia diserikan lagi dengan air terjun dan aliran air yang berada di sekitarnya. Dua jambatan juga dibina untuk menghubungkan jalan darat dengan istana dan jalan darat ke kawasan istana.

Salah satu jambatan yang menuju masuk ke istana dilalui oleh mereka berlapan. Air yang mengalir di bawah jambatan sangat bersih malah boleh melihat pelbagai jenis ikan yang terdiri daripada pelbagai rupa dan warna sedang berenang-renang di dalam air yang tenang.

“Apa nama tempat ini?” tanya Annabella.

“Nadegda Mihailova, Bandar Diraja Eatherland,” jawab Frielan.

“Bandar? Tidak nampak seperti bangunan, rumah atau orang pun.”

“Bangsa bunian tinggal di hutan, bukit dan gunung. Mereka bersatu dengan alam kerana kebanyakkan mereka pengguna kuasa tanah. Namun, sekarang ini ada yang pengguna kuasa lain selain tanah,” terang Karyle.

“Kenapa?”

“Apabila bunian berkahwin dengan Lvanian, anak mereka mungkin bukan pengguna kuasa tanah atau pengguna dua kuasa.”

“Oo...” Annabella menggangguk faham.

“Lenhil!” jerit Hariel dan Haziel serentak. Mereka ternampak seorang lelaki berambut pendek blonde muda dengan sepasang mata hijau muda.

Lelaki itu berpakaian seperti putera raja dengan baju labuh paras betis berwarna biru muda dengan jalur emas. Sebilah pedang tersisip kemas di pinggangnya. Pasangan kembar tersebut berlari ke arah lelaki yang dipanggil Lenhil yang sedang berdiri di muka pintu masuk istana. Mereka bertegur sapa dengan mesra seperti sudah kenal lama.

“I hate that guy!” rungut Freya dengan wajah yang masam.
Ini kali pertama Annabella melihat wajah masam Freya apabila melihat seseorang.

“Who’s that guy?” bisik Annabella kepada Serena.

“Putera Mahkota Kerajaan Eatherland, Lenhil de la Neliant. Bekas Heroic Knight Kedua selepas dikalahkan oleh Eidan. Biarpun dikalahkan dengan teruk, dia tetap berjumpa dengan kami. Salah satu pelajar paling terkenal di akademi tetapi sudah tamat belajar tahun lepas,” terang Serena.

“Karyle! Kau apa khabar?” sapa Lenhil.

“Sihat... Kau nampak kemas berpakaian diraja.” Karyle senyum.

“Aku berpakaian begini kerana ingin menyambut kedatangan kau dan yang lain. Hei, Eidan! Kau masih tidak berubah dan sama sepert dulu. Susah nak senyum!” kata Lenhil. Tangannya mengusutkan rambut perak Eidan.

“Stop it, Lenhil!” marah Eidan.

“Dingin seperti selalu. Frielan, benda apa yang kau sedang pegang itu? Mana pergi buku dan pen kau?” tanya Lenhil. Dia ingin menyentuh Ipad yang dipegang oleh Frielan tetapi tuan empunya Ipad cepat-cepat melarikannya takut Lenhil merosakkan Ipad tersebut. Sebab Lenhil pernah membakar bukunya secara tidak sengaja atau sengaja. Dia tidak pasti.

“It’s call Ipad. If you wanna know... Hanya aku sahaja yang boleh sentuh benda ni,” kata Frielan. Suaranya kedengaran seperti amaran untuk Lenhil tidak menyentuhnya.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now