Bab 30: Her Revenge

17.9K 1.1K 82
                                    

EIDAN termenung di balkoni bilik yang dikongsi bersama Karyle, Frielan dan si kembar. Kristal bunga asmara digenggam erat. Semakin lama semakin bersinar terang menunjukkan perasaannya ketika itu. Wajah Annabella masih terbayang di ruang mata. Dia masih tidak percaya yang gadis itu masih hidup.
Kenapa kau kembali?

Dia menoleh ke belakang apabila terasa ada seseorang yang sedang berdiri di hadapannya tetapi tiada. Dia kembali pandang ke depan. Langkahnya terundur ke belakang apabila melihat Annabella sedang duduk di atas pagar balkoni dengan sebelah kakinya terjuntai ke bawah sambil menyandarkan badan pada tiang. Gadis itu tidak memandangnya tetapi sedang memandang dada langit yang bersinar dengan bintang dan bulan. Rambut emasnya yang panjang mengurai dibiarkan beralun ditiup oleh angin malam.

Dia kaku di situ. Lidah kelu untuk bersuara biarpun Annabella sudah berada di hadapan mata. Dia mahu memeluk erat gadis itu untuk melepaskan rindu tetapi akalnya menegah dirinya bertindak sebegitu. Dia hanya memerhati penampilan Annabella yang sudah jauh berbeza dari dulu. Dulu gadis itu seorang yang ceria tetapi sekarang Annabella sudah berubah menjadi dingin.

“Aku berubah kerana kau dan Heroic Knight yang lain,” ujar Annabella. Suaranya kedengaran dingin. Tiada langsung kemesraan.

Satu-persatu Heroic Knight yang lain berkumpul di balkoni. Mereka berkumpul disebabkan suara Annabella yang menyuruh mereka menemuinya di situ.

“Anna...” seru Eidan.

“Annabella yang kau kenal dulu sudah mati ditelan pusaran air Charybdis. Yang ada di depan mata kau ini adalah dendamnya.” Satu senyuman sinis terlakar di wajah Annabella. Matanya masih memandang dada langit.

“Bagaimana aku terselamat dari pusaran air Demon? Aku selamat disebabkan dendam yang ada adalam hati ini. Dendam yang akan dilunaskan sikit demi sikit. Selama tiga tahun, hanya rasa bersalah yang kau rasa dan sekarang kau akan rasa dendam aku.” Annabella bersuara untuk menjawab persoalan bermain di fikiran Heroic Knight.

“Anna, kami minta maaf...” ucap Serena.

“Maaf? Sudah banyak kali aku maafkan kau. Dulu aku naïf tapi sekarang tidak lagi. Ini diri Annabella yang sebenar. Terima kasih sebab biarkan aku ditelan maut. Jika tidak, aku tidak akan tahu siapa diri aku yang sebenar.” Annabella tersenyum sinis.

“Apa yang perlu kami lakukan untuk tebus kesalahan kami?” ujar Karyle.

“Nyawa kau… Seperti mana kau pertaruhkan nyawa aku di Hutan Bernyawa.” Setelah itu, gadis berambut emas menghilangkan diri.

Annabella memetik jarinya. Klon yang berada di balkoni hilang serta-merta. Dia bangun. Baju labuh berwarna hitam disarungkan kembali pada badan. Dia tidak boleh duduk lama-lama di sini. Zen sudah lama menunggunya. Baru sahaja dia hendak melangkah keluar dari bilik berehat kerana pengsan tadi, Andrew sudah berdiri di muka pintu.

“Nva cakap yang saya dapat jawapan dari kamu.” Andrew bersuara. Dia melangkah masuk ke dalam bilik gadis itu.

“You’re not ready to know the truth.”

“Sudah bertahun-tahun saya mencari jawapannya, saya perlukan kebenaran.”

“Nva adalah familiar milik Dalylla tapi awak memiliknya. Ini bermakna awak keturunan Dalylla dan Fryswellendine.”

“Ia belum cukup, Anna.”

“Baiklah.” Annabella memunculkan satu botol kaca yang berisi cahaya putih kebiruan. Dia menyerahkan botol tu kepada Andrew.

“Jika awak sudah bersedia untuk mengetahui kebenarannya, buka sahaja botol tersebut.”

“Anna...” Puteri Alyana melangkah masuk ke dalam bilik Annabella. Dia telah lama berdiri di muka pintu malah mendengar percakapan anakandanya.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now