Bab 28: Kekeliruan

17.1K 1.1K 61
                                    

“ATAU mungkin mimpi ngeri bagi kau,” sambung orang misteri itu lagi. Satu senyuman sukar ditafsirkan diukir oleh orang itu. Wajahnya dilindungi oleh kerudung hitam yang dipakai menyukarkan lagi melihat wajah sebenar orang tersebut.

“Apa yang kau mahu dari kami?” tanya Karyle.

“Aku cuma mahu melawat. Aku ingin bagaimana kau hidup selepas tiga tahun kematiannya. Apa nama dia?” Dia membaca satu-persatu memori orang yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

“Oh, terima kasih Eidan kerana memberitahu nama dia. Annabella Valiant... Kau fikir dia keturunan Frydwellendine? Menarik.”

“Eidan, aku rasa tidak sedap hati,” ujar Griffin melalui minda Eidan.

“Pedang yang cantik.” Pedang Griffin yang berada dalam genggamanya dihunus.

“Apa kau mahu lakukan?” Satu suara menerjah minda orang misteri tersebut.

“Kau tidak merindui kawan lamamu?” balas orang misteri itu melalui mindanya.

Pedang yang berada di tangannya dicacak pada tanah. Senjata tersebut berdiri teguh di atas tanah. Dia memandang ke arah Eidan yang kelihatan risau tentang pedangnya. Senyuman sinis terukir diwajahnya.

“Griffin the Ancient Beast, tunjukkanku rupamu yang sebenar! Tunduk kepadaku dengan kesetiaanmu! Jika kau enggan, akanku jadikan kau hambaku selamanya!” seru orang itu.

Pedang yang terpacak di atas tanah mengeluarkan cahaya berwarna merah sehingga menerangi tempat tersebut. Angin mula bertiup kencang membuatkan satu pusaran angin terbentuk di dada langit. Keadaan itu membuatkan semua orang yang tidur terjaga untuk melihat apa yang telah terjadi di tempat latihan. Mata mereka terbeliak melihat keadaan yang sedang berlaku. Seorang berkerudung hitam dan berpakaiam hitam berdiri di tengah-tengah tempat latihan. Angin yang kencang tidak menjejaskan kerudung yang melitupi sebahagian wajahnya.

Satu medan magik yang besar timbul di atas tanah. Pedang tersebut berada di tengah-tengah medan magik. Perkataan purba muncul pada medan magik. Perlahan-lahan timbul satu imej seekor haiwan pada lingkaran medan magik tersebut. Langit sudah bertukar kehitaman dan membentuk lingkaran hitam bersama petir.
Seekor haiwan berkepala helang yang mempunyai tubuh seekor singa dan bersayap keluar dari lingkaran hitam tersebut dan berdarat di tengah-tengah medan magik.
Angin kencang mula reda manakala lingkaran hitam di langit perlahan-lahan menghilang. Hanya medan magik sahaja yang kekal.

Kenapa kau memanggilku?” tanya Griffin tanpa membuka mulut. Suaranya boleh didengari oleh semua orang.

“Salahkah aku untuk memanggilmu, Griffin the Ancient Beast?”

Atas tujuan apa?”

“Kawan lamamu ingin berjumpa...”

Rupanya kamu...” Griffin menunduk hormat kepada orang misteri tersebut. Sayap yang terbuka, ditutup. Badannya direndahkan apabila orang misteri itu mendekatinya.

Sudah lama tidak berjumpa. Kau masih setia bersama keturunan Ralynne.

Sudah menjadi tanggungjawabku,” balas Griffin melalui minda.

Tangan kanan diletakkan di atas kepala Griffin. Satu asap berwarna hitam keluar dari badan Griffin lalu lenyap serta-merta. Cahaya mula beransur hilang. Tanda seperti permata pada dahi Griffin yang pudar kini kembali terang dan bercahaya seperti dahulu. Orang misteri itu mengalihkan tangannya dari kepala Griffin.

Sudah lama aku tidak rasa seperti ini. Terima kasih. Apa yang kamu mahu dariku?” ujar Griffin.

“Sudah menjadi tanggungjawabku. Hanya kesetiaanmu,” balas orang misteri itu.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu