Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda

18.1K 1.3K 23
                                    

“BAGAIMANA?” tanya Erena.

“Nasib dia tidak baik. Lawan dia adalah pengguna kuasa api,” balas Andrew.  Dia sudah senarai perlawanan hari ini. Nama Annabella tercatat pada perlawanan seterusnya.

“Apa yang kau mahu lakukan sekarang ini?”

“Bergantung pada Anna. Kalaulah dia fokus apa yang aku ajar, sekurang-kurangnya dia boleh mempertahankan diri. Degil betul budak tu,” keluh Andrew.

“Bertenanglah, Andrew... Kenapa pula kau yang gelabah? Anna yang akan berlawan sekejap lagi boleh tidur dengan bahagia,” kata Erena. Dia melihat Annabella yang  nyenyak tidur tanpa mempedulikan suasana bising di colosseum.

“Apa? Boleh budak ni tidur dengan aman makmur dalam keadaan begini?” Dia mendekati Annabella yang sedang tidur di bangku sambil menunggu gilirannya.

“Anna, bangun!” kejutnya.

“Jangan kacaulah orang nak tidur,” marah Annabella dengan mata terpejam.

“Bangun, Anna! Hari ini merupakan hari perlawanan! Bukankah saya sudah menyuruh kamu tidur awal semalam?” marah Andrew yang bercampur gementar.

“Saya tidak boleh tidur sebab dorm perempuan semalam terlalu bising! Jangan kacau saya nak tidur!”

Disebabkan terlalu geram, pedang yang berada di pinggang diambil lalu diketuk pada kepala Annabella.

“Apa ni? Sakitlah!” marah Annabella. Mata yang mengantuk sudah terbuka luas dek kesakitan akibat diketuk oleh pedang Andrew yang bersarung cantik.

“Bangun pun!”

“Orang mahu tidur pun tidak boleh. Nak berlawan perlukan tidur yang cukup,” rungut Annabella dalam keadaan mamai.

“Dia betul, Andrew,” sampuk Erena.

“Nampak? Erena pun sokong saya,” kata Annabella. Dia menggosok mata untuk menghilangkan rasa mengantuk.

“Kamu akan berlawan dengan pengguna kuasa api.”

“She’s gonna burn my ass,” kata Annabella dengan selamba.

“Jika terjadi apa-apa, jangan takut! Jangan gementar! Apa yang penting pastikan yang dia tidak ada peluang mahu cederakan kamu. Faham?” nasihat Andrew.

“Faham...” balas Annabella dengan nada malas.

“Mana pedang kamu?”

“Ni...” Annabella angkat pedangnya.

“Your shield?”

“Ni...” Annabella tunjuk perisai besinya.

“Kenapa dia nampak gementar?” bisik Annabella kepada Erena.

“May be he worry that your opponent really gonna burn your ass,” kata.

“Your turn after this. Don't let your guard down,” pesan Andrew  buat kali terakhir. Dia terdengar pengumuman perlawanan yang keempat pada hari ini telah tamat. Sudah tiba giliran Annabella berhadapan dengan lawannya.

“Baiklah!”

“Jom, Andrew! Kita tengok di kerusi penonton. Kami akan lihat kamu dari tempat penonton di barisan kerusi yang pertama. Kamu akan dapat lihat kami dengan mudah.”

Erena dan Andrew berlalu dari tempat persediaan peserta. Mereka duduk di kerusi barisan hadapan supaya senang untuk melihat Annabella dengan lebih jelas. Kerusi di sebelah Andrew dipenuhi oleh seseorang.

“Saya minta maaf, Lord Astal. Saya tidak perasan kehadiran...”

“Tidak mengapa, Andrew. Saya datang sebagai penonton. Rasa rugi kalau tidak melihat perlawanan ini,” kata Lord Astal sambil ketawa halus.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now