Bab 37: First Kiss

17.8K 1K 50
                                    

ISTANA Kerajaan Astland sangat meriah kerana mengadakan majlis sempena kepulangan Putera Mahkota Astland. Kerabat diraja dan golongan bangsawan dari seluruh negara dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Rakyat juga dijemput untuk meraikan kepulangan Putera Mahkota kerajaan tersebut.

Para gadis terutama sekali teruja untuk menghadiri majlis itu kerana berpeluang melihat Putera Mahkota Astland. Jika bernasib baik, mungkin salah seorang daripada mereka dapat menari dengan sang putera.

“Wow! Our first-ranker really look like a Crown Prince,” kata Haziel. Dia memerhati Eidan yang memakai persalinan diraja.

Semua ahli Heroic Knight dijemput hadir ke majlis ini. Mereka bermalam di istana diraja Astlandsejak dua hari lepas. Layanan yang diberi sangat baik malah pakaian yang mereka pakai hari ini dijahit khas oleh tukang jahit diraja.

Eidan tidak mengendahkan kata-kata Hariel. Ketampanannya terserlah apabila memakai pakaian rasmi untuk putera raja yang berwarna putih dan disertakan dengan mantel yang berkibar megah di belakang. Pedang Griffin disisipkan di pinggang.

“Haziel, kau ada nampak Freya?” tanya Lenhil. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Eidan. Dia kelihatan segak memakai pakaian rasmi diraja berwarna blonde sama seperti rambutnya.

“Manalah aku tahu... Aku bukan pengawal peribadi dia. Kau sangat obses dengan Freya. Eh? Kau ada nampak kembar aku?” tanya Haziel. Dia baru teringat tentang Hariel.

“Memang aku obses dengan Freya. Hariel kembar kau, kau carilah sendiri. Hai, Eidan! Kau kelihatan kacak malam ini tapi tidak mampu menandingi kekacakan aku. Hahaha... Aku perlu dulu.” Setelah itu, Lenhil melangkah keluar untuk mencari Freya.

“Kau rasakan, Eidan... Freya akan pakai gaun yang disediakan atau tidak? Aku tidak boleh bayangkan Freya yang kasar itu memakai gaun. Mesti buruk. Hahaha...” Haziel ketawa.

Dush!

Haziel sudah jatuh terlantang atas lantai apabila ditendang dari belakang. Kepalanya sakit kerana dipukul oleh sesuatu yang keras. Dia mengerang kesakitan. Dia menoleh ke belakang. Semua ahli Heroic Knight telah berkumpul dalam bilik Eidan. Hariel sedang ketawa terbahak-bahak. Tak guna punya kembar!

“Kau cakap aku macam apa?” kata Freya. Tangannya mencekak mafela milik Haziel.

Haziel pula tercengang melihat Freya yang sangat cantik memakai gaun berwarna merah jambu lembut. Rambutnya disanggul rapi dihiasi mutiara di sekeliling sanggulan tersebut. Gadis itu juga memakai sarung tangan yang berwarna putih. Cantik bagaikan puteri.

“Patutlah Lenhil tergila-gilakan kau, Freya... Rupanya kau sangat cantik,” puji Haziel dengan senyuman menggoda. Umur belakang kira.

Dush!

Pipi Haziel terasa sengal apabila ditumbuk oleh Freya tetapi dia tidak kisah. Agak berbaloi dapat penumbuk dari gadis cantik seperti Freya. Karyle merawat kesan tumbukan Freya di muka Hariel.

“Majlis sudah bermula,” ujar Frielan. Cermin matanya ditolak sedikit. Dia kelihatan kacak memakai persalinan putera raja yang berwarna ungu gelap.

Mereka melangkah keluar dari bilik Eidan dan menuju ke ballroom di mana majlis diadakan.

“Dipersilakan Putera Mahkota Eidan de la Ralynne dan The Circle of Heroic Knight iaitu Raja Karyle de la Wyslicenus, Lady Freya Landrieu, Puteri Clara de la Dainelan, Putera Frielan de la Sellavian...” Jurucakap itu memberitahu satu persatu nama Heroic Knight.

Mereka menjadi tumpuan tetamu yang hadir terutama sekali Eidan. Para gadis sudah tersenyum-senyum melihat ahli lelaki Heroic Knight yang kacak manakala para jejaka asyik memerhati kecantikan Serena dan Clara terutama sekali Freya yang menjadi tumpuan lelaki.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now