Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon

18.5K 1.1K 60
                                    

EIDAN menarik tangan Annabella untuk menyembunyikan diri daripada pengawal istana yang sedang bertugas. Kawalan di kawasan istana diperketatkan pada malam ini kerana takut berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. Seorang pun tidak dibenarkan merayau di dalam istana kecuali pengawal dan dayang.

"Shhh..." Jari telunjukkan diletakkan pada bibir Annabella tetapi ditepis kasar oleh gadis itu.

Eidan tersengih sendiri. Ini bukan jinak-jinak merpati tetapi ganas-ganas naga. Susah mahu jinakkan naga. Tambahan lagi, naga itu kuat. Gunalah cara apa sekalipun tetap tidak boleh nak jinakkan naga ini. Sekuat mana sang naga tentu ada kelemahan.

"Mana tempat penyimpanan Ignitting Glare?" tanya Annabella dengan nada berbisik.

"Bahagian selatan istana," balas Eidan dengan nada yang sama.

Setelah memastikan pengawal istana tiada, mereka terus berjalan ke bahagian selatan istana dengan berhati-hati. Apabila ternampak pengawal istana yang sedang menjalankan tugas, mereka cepat-cepat menyembunyikan diri supaya tidak tertangkap.

Annabella mengikut sahaja langkah Eidan yang akan membawanya ke Ignitting Glare. Tetapi langkahnya terhenti apabila Eidan tiba-tiba terhenti.

"Kenapa?" tanya gadis itu.

"Pengawal istana!" balas Eidan. Dia terus menarik tangan Annabella untuk bersembunyi di sebalik dinding.

Bunyi tapak kaki semakin kedengaran di bahagian kiri dan kanan. Kalau mereka tidak dapat melarikan diri, mereka akan ditangkap oleh pengawal istana. Kedua-duanya cemas dengan situasi sekarang. Jika mereka menggunakan medan teleportasi, mereka akan mudah dikesan. Tiba-tiba satu idea terlintas di fikiran Eidan. Dia memandang Annabella. Selepas ini, mesti dia tidak dapat hidup lama.

"Anna..." tutur Eidan perlahan.

"Hmmm?" Annabella pandang wajah putera itu.

Tangan kirinya sudah melingkar di pinggang Annabella manakala tangan kanan dilekap pada wajah gadis itu.

"Apa kau yang kau mahu lakukan pada aku?" Annabella agak terkejut dengan tindakan Eidan.

"Kiss you..."

"Eid..."

Belum sempat Annabella membuka mulut, Eidan sudah mendiamkannya dulu. Dia agak terkejut tetapi lama-kelamaan dia hanya mengikut rentak Eidan. Dia rasa lemah seluruh badannya apabila berada di dalam pelukan Eidan. Kehangatan yang dia rasa membuatkan dia semakin selesa dalam keadaan begitu.

"Tuanku?" tegur seorang pengawal diraja.

Eidan melepaskan bibir Annabella. Dia agak kecewa apabila ada orang datang mengacau. Pelukannya masih tidak dirungkaikan. Wajah Annabella disorokkan di sebalik dadanya yang bidang.

"Ya, kenapa? Beta ada buat salah ke?" soal Eidan. Dia mempamerkan wajah tidak ada perasaan seperti tiada apa yang berlaku.

"Err... Tak... Tuanku!" balas salah seorang pengawal istana. Mukanya telah pun merah.

"Ingatkan di sini tiada orang yang mengganggu beta..." Eidan menarik Annabella bersamanya yang memakai topeng masquerade untuk menyembunyikan wajahnya. Dia mengatur langkah untuk pergi tetapi terhenti sebentar.

"Sebelum beta terlupa... Jangan bagitahu sesiapa pun, faham?"

"Baik, tuanku!" balas sekumpulan pengawal istana sambil mengangkat tabik hormat.

Setelah memastikan Putera Mahkota dan pasangannya hilang, kumpulan pengawal istana tersebut menarik nafas lega. Mereka tidak menyangka berjumpa dengan bakal raja mereka. Mereka fikirkan penceroboh rupa-rupanya...

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now