Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi

17.9K 1.1K 65
                                    

SUDAH sebulan Annabella tinggal di Sylvania. Dia sudah memahami cara hidup di dunia yang sangat asing baginya. Dunia yang dianggap fantasi rupanya wujud. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berada di dunia sebegini.

Belajar di Akademi Seraglio tidaklah membebankannya. Dia hanya perlu belajar tentang sejarah Sylvania yang bagaikan cerita dongeng baginya. Tidak susah baginya untuk mengingati sejarah dunia ini kerana ia seperti membaca buku cerita kanak-kanak. Selain itu, dia dapat belajar ilmu fizik, ilmu kimia, perubatan dan banyak lagi. Semuanya mengambil masa dua tahun untuk menghabiskan pengajian Under level.

Kebanyakkan pelajar akademi tidak mempedulikannya dan memandang rendah kepadanya. Tetapi dia sudah bersyukur Wilda sudi berkawan dengannya. Gadis itu juga seperti dirinya. Selalu bersendirian. Wilda selalu diejek kerana tubuh badannya. Annabella sangat suka berkawan dengan Wilda kerana gadis itu sangat baik.

PAPP!

"Wake up, lazybone!" kejut Wilda.

"Baiklah, aku bangunlah ni..." kata Annabella dengan malas. Kelas pada waktu petang paling dia tidak suka kerana dia mudah mengantuk.
Jaket hijau putih disarungkan pada badan. Rambutnya diikat seperti ekor kuda. Sekejap sahaja rambutnya panjang mencecah pinggang. Nampaknya rambut emas Annabella perlu digunting lagi.

"Barang apa ni?" tanya Wilda. Dia melihat barang Annabella yang tersusun kemas dalam bilik.

"Minggu lepas aku balik ke Bumi ambil barang ni," terang Annabella mengenai laptop ayahnya yang sudah menjadi miliknya, telefon pintar, ipad, gitar, buku lukisan, Ipod dan bajunya. Tapi tiada guna dia membawa laptop dan telefon pintar. Bukan ada internet pun!

"Kotak apa ni? Cantik ukiran pada kotak ni," kata Wilda. Dia membelek sebuah kotak. Kotak kayu panjang yang berukiran flora. Di atas kotak kayu tersebut terdapat satu ayat yang tidak dapat difahami.

"Ayah aku punya. Katanya aku perlu jaga baik-baik. Aku pun tidak faham kenapa aku perlu jaga kotak kayu tu seperti nyawa sendiri."

"Kau tidak tanya ayah kau dari mana kotak ni?"

"Tidak. Kenapa?"

"Tulisan pada kotak ni adalah Bahasa Purba Bunian."

"Bagaimana kau tahu?" tanya Annabella.

"Dalam buku sejarah ada. Sama bentuknya."

"Kau tahu baca?" Annabella mendekati Wilda yang sedang menilik kotak tersebut.

"Tak... Kalau Bahasa Purba Lvanians aku tahulah sikit-sikit. Macam mana ayah kau tahu Bahasa Purba Bunian?" tanya Wilda. Dia pelik apabila mengetahui ayah kawannya mengetahui bahasa kaum bunian di sini.

"Entah! Aku pun tak tahu. Kotak ini tidak boleh dibuka. Hah! Aku tanya Lady Erena. Diakan bangsa bunian." Annabella baru teringat tentang Erena yang merupakan seorang bunian.

"Macam mana kau boleh rapat dengan dua orang Kesatria Elit Sylvania?"

"Akukan Annabella!" kata Annabella dengan bangga. Wilda mencebik.

SETELAH kelas tamat, Annabella dan Wilda terus ke pejabat Pengetua Erald. Satu-satunya orang yang tahu di mana Andrew dan Erena berada. Kesatria Elit Sylvania selalu sibuk 24 jam kerana menjalankan misi diraja.

"Are you Annabella?" tegur seorang. Ia merupakan lelaki berambut blonde dan mempunyai sepasang mata berwarna hijau muda. Telinganya agak runcing. Wajahnya seperti Erena versi lelaki. Kacak!

"Ya, saya!" balas Annabella. Dia agak keliru apabila ditegur oleh orang asing. Dia rasa seperti pernah melihat lelaki bunian yang menegurnya tetapi di mana?

Book 1: Annabella Valiant [✓]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz