Bab 46: I love You!

15.9K 1.1K 54
                                    

“EIDAN... Baguslah... Kau tak apa-apa,” kata Annabella. Nafasnya tersekat-sekat. Tangannya mahu menyentuh wajah Eidan tetapi tidak terdaya.

Eidan menarik tangan Annabella untuk menyentuh wajahnya. Hatinya terasa sangat sakit apabila melihat Annabella dalam keadaan tidak bermaya. Sepatutnya dia yang menerima tusukan pedang itu bukan Annabella. Sepatutnya dia yang berlumuran dengan darah bukan Annabella. Sepatutnya dia yang sakit bukan Annabella.

“Kenapa, Anna?” soal Eidan.

“Sebab... Aku mahu selamatkan... Kau...”

“Kau tidak perlu selamatkan aku.”
“Aku tidak sanggup... Melihat kau mati... Di hadapan mata aku...”

“Itu sahaja alasan kau? Bukan kau sayangkan aku?”

“Eidan... Kasih sayang itu kau boleh dapat dari sesiapa sahaja.”

“Jadi, aku boleh dapat kasih sayang kau?”

“Aku tidak mampu beri kasih sayang pada kau, Eidan... Hanya beban yang aku beri pada kau... Hanya derita yang ada apabila kita bersama... Lambat-laun aku akan tinggalkan kau...”

“Aku tidak kisah semua tu, Anna. Aku mahu hidup bersama kau. Bahagia bersama kau biarpun hanya untuk seketika. Aku tetap inginkan kau. Tidak ada yang mampu boleh menggantikan tempat kau.”

Annabella memejamkan matanya. Air matanya sudah jatuh berjuraian di pipi. Dia tersentuh dengan keikhlasan Eidan yang masih ingin bersamanya biarpun sudah mengetahui masa depan mereka apabila bersama.

"Bahagia walaupun seketika?” ujar Annabella.

“Ya... Biar masa yang menentukan segala-galanya. Apa yang penting kita kecapi bahagia itu bersama. Kita cipta sebanyak mungkin kenangan bersama. Ya?” Eidan cuba meyakinkan gadis itu.

Annabella tersenyum lemah. Air matanya diseka oleh jari Eidan. Mampukah mereka berpisah setelah mencipta kenangan indah bersama? Hati mereka juga yang akan merana disebabkan perpisahan itu.

“Masa aku sudah hampir tiba, Eidan...”

“Tak... Tak... Tak... Kau perlu bertahan. Kalau kau tidak bertahan, bagaimana dengan mereka? Bertahanlah, Anna. Kita akan kembali ke akademi. Zen boleh tolong kau. Anna... Kau perlu kuat. Kalau bukan demi aku, demi mereka,” rayu Eidan. Air mata sudah jatuh berjuraian di pipi.

“Eidan... Boleh kau ucapkannya sekarang?” pinta Annabella.

“Tak...” Lelaki itu menggelengkan kepala.

“Boleh, kan?”

“Aku tidak akan mengatakannya... Nanti kau akan tinggalkan aku.”
“Untuk kali terakhir...”

“Aku tidak akan bagitahu.”

“Tolong, Eidan...” rayu Annabella.

“Aku cintakan kau, Anna... Aku sangat cintakan kau,” ucap Eidan untuk pertama kalinya.

“It’s really heartwarming.” Annabella tersenyum lemah.

“Bagitahu aku yang kau pun rasa apa yang aku rasa.”

“Aku pun cintakan kau, Eidan.”
Sebaik sahaja melafazkan kata cinta itu. Tangan Annabella yang mengusap wajah Eidan terkulai layu. Matanya sudah terkatup rapat.

“Anna...” gumam Eidan perlahan. Air matanya mengalir laju membasahi pipi hanya untuk orang yang sangat dicintainya.

Eidan...” panggil seseorang.
Eidan mengangkat wajahnya apabila namanya dipanggil seseorang. Seekor naga berwarna putih biru sedang berdiri di hadapannya.

Book 1: Annabella Valiant [✓]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن