Bab 34: The Last Heir of Drakons

19K 1K 72
                                    

*Media di atas ialah Zen*

EIDAN hanya memerhati sahaja gelagat Annabella memarahi seorang budak lelaki yang bernama Zen. Dia ingat Zen seorang lelaki dewasa sepertinya rupa-rupanya hanya seorang kanak-kanak. Lega hatinya apabila mendapat tahu kebenaran itu. Wajah Anna yang sedang marah dipandang. Perempuan, apabila marah sangat menyeramkan. Boleh terbalik dunia.

“Berapa kali Kak Anna cakap! Jangan. Merayau. Seorang. Diri! Tengok apa yang telah terjadi? Ini bukan kali pertama kamu ditangkap oleh Gorm, Zen! Sudah masuk kali kesepuluh! Berapa kali lagi kamu mahu ditangkap, hah? Bulan lepas kamu hampir saja dijual oleh Gorm. Mujur Kak Anna ada! Bercakap dengan kamu ni sampai bila-bila tak habis. Degil! Nasihat orang tidak mahu dengar,” marah Annabela.

Zen sudah mencebikkan bibir. Bukan dia nak menangis tapi dia cuma meraih simpati. Dia tahu Annabella baik.

“Zen, jika kamu ditangkap lagi, Kak Anna tidak akan tolong kamu lagi. Faham?”

“Faham...” balas Zen dengan suara perlahan.

“I can’t hear your voice.”

“Faham!!!” jerit Zen sekuat hati.

Zen bangun dari duduk melutut kerana terasa lenguh akibat dimarah oleh Annabella selama sejam tanpa bergerak sedikit pun. Lututnya sudah merah kerana terlalu lama berlutut. Dia tidak salahkan Annabella yang memarahinya. Salah dia yang degil tidak mendengar nasihat Annabella. Tapak tangan digosok. Perlahan-lahan muncul cahaya berwarna hijau pada tapak tangannya. Lalu dilekapkan pada lututnya yang sakit. Rasa sakit itu semakin lama semakin hilang.

“Latihan ketat selama seminggu akan dikenakan pada kamu,” ujar Annabella. Dia melihat Zen sudah menyembuhkan sendiri rasa sakitnya.

“Tak nak! Kak Anna, Zen tak nak!” bentak Zen.

“Ini adalah hukuman kamu sebab melanggar nasihat.”

“Kak Anna bagilah hukuman apa-apa pun. Zen tidak kisah. Asalkan jangan yang tu. Zen tak nak...” rayu Zen dengan muka simpati tambah comel.
Annabella tidak termakan dengan muka comel Zen. Dia tetap dengan keputusannya. Sama ada Zen suka atau tidak. Dia perlu paksa Zen untuk melakukannya.

“Jika Draco, Drake dan Draky mahu cederakan Zen, macam mana?” Zen beriak risau.

“Kamu boleh sembuhkan luka kamu sendiri.”

“Tapi mereka tidak sukakan Zen! Nanti dorang marah Zen! Zen tak nak!” bantah Zen. Mukanya kelihatan mahu menangis.

Annabella mengetuk kepala Zen. Budak lelaki itu mengadu kesakitan akibat diketuk oleh Annabella.

“Buat mereka sukakan kamu. Kamu satu-satunya pewaris mereka ada. Pewaris terakhir mereka. Mereka suka atau tidak, mereka perlu menerima kamu. Zen... Cuba berkomunikasi dengan mereka. Seperti Kak Anna dengan Pierce,” nasihat Annabella.

“Kak Anna dengan Pierce lain. Pierce comel...” tutur budak itu perlahan.

“Zen...” Pierce menderam kegeraman apabila mendengar Zen mengatakan dia comel.

“Kamu juga boleh, Zen. Itu rupa sebenar Draco, Drake, dan Draky memanglah menakutkan. Cuba kamu bayangkan rupa mereka yang comel.”

“Tak boleh! Mereka tetap menakutkan. Umph!” dengus Zen.

“Kamu tetap akan bertarung dengan mereka,” tegas Annabella.

“Baiklah,” balas Zen lemah. Dia menundukkan kepala kerana terpaksa menghadapi Drakons esok.
Dia memandang ke arah Eidan yang dari tadi sedang bersandar pada tiang dengan berpeluk tubuh sambil memerhati dirinya dan Annabella.
Hatinya dapat rasakan yang dia pernah melihat lelaki yang berambut perak itu. Tetapi dia tidak ingat di mana. Aura yang dia rasa melalui lelaki yang seusia Annabella berbeza dari aura seorang Lvanian biasa.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now