Bab 16: The Circle of Heroic Knight

16.5K 1.2K 33
                                    

ANNABELLA termenung di depan jendela. Pemandangan Akademi Seraglio sangat indah pada waktu petang tetapi tidak mampu menenangkan fikirannya. Apa yang berlaku selama dia tinggal di sini bagaikan mimpi. Rasa percaya dan tidak percaya masih berbelah bahagi. Dia masih berharap apabila dia buka mata, semuanya adalah satu mimpi yang panjang.

Keluhan berat dilepaskan. Semasa kecil, dia tahu yang dia bukan kanak-kanak biasa. Seawal usia umur tujuh tahun dia sudah sudah mahir menggunakan senjata dan teknik mempertahankan diri. Setiap kali dia bertanya pada ayahnya kenapa dia perlu menjalani semua latihan itu. Hanya tiga perkataan sahaja dia dapat.

“Untuk masa depan.”

“Jadi, inilah masa depan yang ayah cakap? Siapa ayah sebenarnya? Siapa diri Anna? Siapa kita, ayah? Anna harap kita hanya manusia biasa bukan penduduk di sini,” desis Annabella dalam hati.

“Anna, bersiap sekarang!”
Dia menoleh. Andrew lagi.

“Untuk apa?”

“Nah!” Andrew menghulur satu bungkusan plastik kepada Annabella.

“Apa ni?” tanya Annabella. Tangannya membuka bungkusan plastik yang diberi oleh Andrew.

“Baju!”

“Awak punya?”

“Erena punya.”

“Tidak seperti seragam pelajar akademi pun tapi...”

“Pakaian rasmi Heroic Knight. Hari ini kamu akan tinggal bersama ahli Heroic Knight,” celah Andrew.

“Kalau saya tidak mahu?”

“Saya akan paksa kamu. Saya tunggu di luar.” Andrew terus melangkah keluar. Dia tidak mengendahkan bantahan Annabella.

Annabella menilik baju yang berada di tangannya. Baju berwarna putih dan berjalur emas. Pada bahagian bahu kiri terdapat satu simbol yang diukir dengan begitu teliti dan halus. Cantik dan bergaya, puji Annabella dalam hati.

“Nampaknya aku perlu menggunting rambut aku jadi pendek,” keluh Annabella. Dia mengikat rambutnya yang mencecah pinggul dengan reben putih. Dia melangkah keluar dari bilik pesakit itu mendapatkan Andrew yang sedang menantinya.

“Pakaian tersebut sangat sesuai dengan kamu,” puji Andrew.

“It is a compliment or insult?”

“Kamu tidak tahu bezakannya?”

Annabella mengikuti Andrew dari belakang. Sekali lagi pelajar akademi memandang aneh kepadanya seperti kali pertama dia menjejakkan kaki di situ tetapi Annabella tidak pedulikan semua itu. Dia sudah terbiasa dengan pandangan begitu sepanjang dia berada di sini. Mereka melangkah menuju ke arah utara bahagian Akademi Seraglio. Setahunya bahagian utara adalah kawasan larangan bagi pelajar akademi di sini.

“Apa kita buat di sini? Bukankah pelajar akademi dilarang menjejakkan kaki di sini?” soal Annabella.

“Sekarang ini kamu adalah ahli Heroic Knight dan bukan sekadar pelajar akademi sahaja. Bahagian utara akademi adalah kawasan rasmi Heroic Knight. Kamu akan tinggal bersama tujuh orang Heroic Knight yang lain. Kita sudah sampai. Jadi, di sini saja saya boleh hantar kamu. Lagipun, saya ada kerja. Jumpa lagi.” Andrew terus meninggalkan Annabella.

“T-tunggu... Cepat betul orang tua tu menghilangkan diri. Aku perlu tinggal di sini dengan tujuh orang lagi Heroic Knight. Ia bukan teruk sangat.”

Pintu terbuka luas memeranjatkan Annabella. Dia tercegat di muka pintu.

“Welcome to The Circle of Heroic Knight, my princess,” ucap seorang lelaki berambut biru dan mempunyai sepasang mata biru juga.

“Welcome to The Circle, my queen,” ucap seorang lagi lelaki yang mempunyai wajah, rambut, dan mata yang sama dengan lelaki tadi.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now