Bab 8: Teka-Teki di Penjara

17.7K 1.2K 96
                                    

ANNABELLA merenung dinding yang diperbuat daripada bata berwarna merah. Tangannya diletakkan di bawah kepala sebagai alas biarpun sudah ada bantal. Kakinya disilangkan lagak orang kaya yang hidup dalam kemewahan.

“Arghh!!!” jerit Annabella kerana tidak tahan dengan kebosanan yang melanda.

Dia bangun dari pembaringan. Duduk sambil berteleku. Tangannya menongkat dagu. Tiada apa yang boleh dia lakukan di dalam penjara itu.
Pokok menjalar dari ruang udara sudah tiada kerana sudah ‘dikerjakan’ oleh Annabella petang semalam kerana kebosanan. Tinggal batang yang menjuntai dari lubang udara tersebut. Dia mati kebosanan jika berada di sini dalam masa yang lama.

Annabella bangun mengatur langkah ke dinding yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar atau dengan kata lain dibina dengan kuasa magik.Annabella memanggilnya Invisible Wall. Dia duduk bersila di hadapan Invisible Wall untuk melihat jika ada orang yang boleh diajak berbual. Selang beberapa minit, seorang pengawal lalu. Mangsa sudah sampai!

“Encik Pengawal Penjara! Mari la sini,” panggil Annabella.

Pengawal itu mendekati Annabella apabila melihat gadis itu melambai-lambaikan tangan ke arahnya.

“Apa?” Wajah pengawal penjara itu berkerut tidak suka apabila kerjanya diganggu.

“Saya bosan. Encik mahu berbual dengan saya?” Permintaan Annabella membuatkan pengawal itu garu kepala.

“Alah... Encik mesti bosan juga, kan? Yelah! Terpaksa berjaga seorang diri di sini daripada biarkan cengkerik mengambil alih suasana, lebih baik kita berbual mesra.”

“Err...”

“Tidak perlu ragu-ragu. Duduklah. Saya ada teka-teki mahu tanya Encik Pengawal Penjara.”

Pengawal tersebut termakan dengan pujukan Annabella. Dia duduk bertentangan dengan Annabella tetapi Invisible Wall menjadi halangan mereka.

“Teka-teki yang pertama. Bila kita berdiri, dia berbaring. Bila kita berbaring, berdiri. Apakah ia?”

“Senang je... Kaki!” jawab pengawal itu dengan bersemangat.

“Mula-mula dia buka baju. Lepas tu nampak bulu. Buang bulu nampak isinya yang lazat. Apakah ia?”

“Perempuan.”

“Salah!”

“Habis tu?”

“Jagung. Hahaha....” Annabella gelak besar.

“Soalan yang seterusnya,” kata pengawal. Dia menyampah mendengar ketawa Annabella.
Hampir setengah jam mereka bermain teka-teki, hanya teka-teki pertama tadi sahaja pengawal tersebut dapat jawab dengan betul. Annabella sudah tentu gelak besar apabila pengawal tersebut tidak dapat menjawab soalan teka-tekinya.

“Teka-teki yang terakhir! Pintu apa yang tidak boleh dibuka?”

“Pintu keselamatan.”

“Salah.”

“Pintu kebal!”

“Salah!”

“Pintu besi yang dikunci.”

“Salah.”

“Habis tu?” Pengawal itu sudah bengang.

“Pintu yang ada perkataan ‘tutup’. Hahaha...” Annabella ketawa terbahak-bahak apabila dapat mengenakan pengawal tersebut. Sampai mengalir air matanya kerana terlalu banyak ketawa.

“Mengarut! Malaslah nak layan kamu.” Pengawal tersebut bangun lalu melangkah pergi meninggalkan Annabella yang sedang galak ketawa.

“Diri sendiri tidak sedar sudah setengah jam dia duduk tercongok depan aku. Takut untuk mengaku kalah la tu...”

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now