Bab 50: Perang Lvanians-Demons

13.3K 988 83
                                    

SELEPAS kejatuhan pemerintahan Tralgar atau Raja Kegelapan Tralgar pada 8000 tahun dahulu, Sylvania hidup aman damai tanpa sebarang kekacauan berlaku disebabkan Demons. Namun, di sebalik kejatuhan pemerintahan Tralgar sisa-sisa kegelapan masih berbaki di Sylvania yang terletak di Wasteland iaitu kerajaan Tralgar dahulu. Daripada sisa kegelapan yang tinggal, perlahan-lahan bangkit kegelapan yang telah lama terkubur.

Nemesis, orang suruhan Tralgar yang dibangkitkan pada 8000 tahun dahulu masih terselamat dalam Perang Lvanians-Demons I. Dia menyembunyikan diri di Istana Tralgar yang telah runtuh dikambus oleh tanah. Dengan sisa kegelapan yang ada, perlahan-lahan dia bangkitkan Demons ditambah lagi Ancient Beast yang dipengaruhi oleh Demonic Spirit menjadi sumber kekuatannya. Sepanjang 8000 tahun, dia bersarang di bawah tanah untuk mengambil masa yang sesuai untuk menawan Sylvania kembali yang akan dipersembahkan oleh Keres, tuan asalnya.

Perang yang pernah berlaku berulang kembali dengan angkatan Demons yang lebih ramai daripada dulu. Strategi yang lebih baik daripada dulu diatur untuk menawan Bandar Diraja Sylvania. Namun, kemunculan pengguna kuasa cahaya sebenar dari keturunan Fryswellendine membimbangkannya. Bukan mudah ntuk menghapuskan pengguna kuasa cahaya sebenar kerana ia dilindungi oleh naga. Tambahan lagi, dia memerlukan darah pengguna kuasa cahaya untuk bangkitkan Keres.

“Master, Lvanians will win in this war,” kata Demon.

“We let them taste a bit of victory. But then... No more cheering, laughing and smiling,” balas orang misteri.

Malam mula melabuhkan tirainya menggantikan matahari untuk melakukan tugas. Perang yang tercetus masih berlangsung tetapi sudah menunjukkan kemenangan berpihak kepada Lvanians apabila musuh mula berkurangan. Dengan semangat juang yang berkobar-kobar untuk menuntut keamanan yang kedua, bilangan Demons semakin lama semakin sedikit.

Musuh terakhir yang dibunuh oleh Raja Kflon. Apabila rebahnya Demon, maka bersoraklah angkatan tentera Lvanians. Mereka tidak putus-putus melaungkan kata-kata ‘Long Live King Kflon’.

Senyuman gembira terlukis di wajah masing-masing. Mereka terbayang wajah ahli keluarga di ruang mata kerana rindu yang mencengkam. Selepas ini, mereka boleh hidup dengan aman kembali.

“Kita menang!” Eidan berlari memeluk Annabella dengan erat. Satu senyuman gembira terlakar di wajahnya.

“Ya, tapi kemenangan ini hanya sementara,” ujar Annabella.

“Apa yang kau maksudkan? Musuh telah tewas, Anna. Kita menang.”

“I know... This is just beginning. Later, there will be fearsome creature that we never see. The Ancient Demon which is a myth to us will appear soon.”

“Apa yang kau merepek ni?” soal Eidan.

“Nemesis tidak akan berdiam diri menerima kekalahannya. He will throw his best card to win, to conquer The Royal City of Sylvania. Kita tidak boleh bergembira!”

“Retreat! We win the battle!” arah General Orwell. Angkat an tentera mula berbaris dalam satu pasukan untuk pulang ke rumah kembali.

“Jom, Anna. Kita bincang kemudian nanti,” kata Eidan.

“Tidak, Eidan. Ini belum berakhir lagi. Aku tidak akan berganjak dari sini. Kalau kau mahu pergi, pergilah. Aku tetap akan berada di sini.” Annabella bertegas mahu berada di situ.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now