Bab 31: You're My Captive!

17.5K 1.1K 96
                                    

KEPALA kuda yang berwarna putih diusap sambil bersenandung untuk menenangkan kuda itu. Di samping itu, dia juga ingin meraih kepercayaan kuda tersebut. Ekornya yang panjang dilibas ke kiri dan kanan tanda kuda tersebut sudah rasa selesa dengannya. Tangannya terus menggosok kepala kuda putih itu.

“Anna...” tegur seseorang.

“Saya tidak akan paksa awak untuk mempercayainya.” Annabella bersuara apabila dapat merasai aura Andrew mendekatinya.

“Ianya berlaku dalam sekelip mata,” beritahu Andrew.

“Ambillah masa.”

“Saya sudah lama bersedia untuk mengetahui perkara yang sebenar. Pertama kali kita jumpa... Saya dapat rasakan satu ikatan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Perasaan mahu melindungi kamu hadir apabila melihat kamu diserang oleh Demon buat kali pertama semasa di Bumi. Apabila saya libatkan kamu dalam dunia ini, perasaan tu semakin membuak-buak. Sebab itu saya melarang kamu melakukan perkara-perkara yang boleh cederakan diri kamu sendiri. Hal ini kerana saya sayangkan kamu seperti adik saya sendiri. Saya harap kamu adalah adik saya. Harapan itu jadi kenyataan,” ujar Andrew.

Andrew mendekati Annabella yang tidak berganjak dari tempat berdiri. Kepala Annabella yang menunduk diusap.

“Kita ada pertalian darah atau tidak... Saya tetap sayangkan kamu seperti adik sendiri. Perasaan sayang itu semakin bertambah apabila mengetahui bahawa kamu adalah adik saya yang sebenar. Abang gembira dapat jumpa kamu, dik. Akhirnya, pencarian abang telah berakhir. Adik abang masih hidup,” tutur Andrew.

“Saya tak nak menangis. Saya tak nak peluk awak,” balas Annabella. Dada Annabella semakin sebak. Dia menahan air matanya agar tidak tumpah.

Kuk! Kuk! Kelekuk!

“Auch....” Annabella mengadu kesakitan apabila kepalanya diketuk oleh pedang Andrew. Tangannya menggosok tempat yang sakit.

“Kali ini kamu tidak boleh mengelak lagi.”

“Sakitlah!” kata Annabella geram.

“Balasan sebab tiga tahun menghilang tanpa khabar berita. Biarpun kamu sudah tahu kebenarannya tetapi tidak bagitahu saya,” kata Andrew. Puas hati dapat mengetuk adiknya itu.

“Tak payahlah ketuk sampai banyak kali,” rungut Annabella.

“Sudah tak payah merungut. Mari sini!”

Mereka berpelukan untuk melepaskan rindu masing-masing. Sekian lama tidak berjumpa, akhirnya mereka bertemu dengan satu ikatan kekeluargaan. Rasa gembira sebab mereka bukan lagi berseorangan di Sylvania.

“Anna… Kamu marahkan Heroic Knights?” soal Andrew.

“Tolonglah jangan rosak mood saya,” balas Annabella. Wajahnya kelihatan tidak suka bercakap tentang Heroic Knights.

“Bayangkan kamu berada di tempat mereka. Kalau mereka selamatkan kamu, salah seorang daripada mereka mati. Kamu juga akan rasa bersalah. Dendam di hati takkan buat kamu rasa tenang sampai bila-bila. Maafkan mereka, ya?”

“Tengoklah macam mana,” balas Annabella. Dia juga terfikir perkara yang sama juga.

Puteri Alyana memerhati gelagat anak-anaknya bersama senyuman. Dia bahagia kedua-dua anakandanya sudah kembali ke pangkuannya. Namun, jauh di sudut hatinya masih bersedih atas kehilangan suami tercinta. Dia tidak sempat berjumpa dengan suaminya buat kali terakhir.

“Eh, bonda!” tegur Annabella apabila ternampak Puteri Alyana.

“Bonda gembira kamu berdua sudah rapat kembali seperti dulu. Anakanda bonda sudah kembali ke dalam pangkuan bonda,” kata Puteri Alyana. Tangannya mengusap wajah Annabella dan Andrew dengan penuh kasih sayang.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now