BAB 2

162K 7.9K 415
                                    

"Kau nak pergi mana Ayna?" soal Hawa terkejut apabila Ayna tiba2 mengatakan bahawa dia tidak akan lagi ke sekolah pada hari esok.

Ayna tersenyum kelat.

"Aku, nak pindah. Aku kena ikut nenek dengan mak su aku." jawab Ayna. tangan Hawa dipegang.

"Kau biar betul? Tiba-tiba je?? jangan lah main2 Ayna" tukas Hawa pula. Seakan-akan tidak percaya. kenapa tiba-tiba?

"Aku tak main-main. Sorry Hawa. Aku tahu ni macam kejutan sangat. Aku pun terkejut but, i gotta go now" Ayna berdiri.

Hawa juga ikut berdiri.

"Tahun lepas Hasya dah tinggalkan kita. Takkan kau nak tinggalkan aku jugak?" Hawa mulai sebak. Sampai hati Ayna ingin meninggalkan dirinya?

Tubuh Hawa ditarik ke dalam pelukan.

"Aku minta maaf. Aku sayang kau tau. sayang sangatsangat. Terima kasih sebab dah jadi kawan aku selama aku hidup ni" ujar Ayna. Sedaya upaya menahan air mata daripada tumpah.

Hawa mengetap bibir.

"Jaga diri kau baik-baik tau. Jangan lupakan aku"

Ayna tersenyum lalu mengangguk. "Kau pun. Jaga diri baik-baik." balasnya kemudian mengeluarkan sepucuk surat dari dalam begnya lalu dihulurkan pada Hawa.

"Weh nanti kalau Apan datang, kau tolong bagi benda ni dekat dia."

Hawa mengambil surat itu. Dia memandang Ayna. "Kau tak nak pergi jumpa dia dulu ke?" soal Hawa.

Ayna menggeleng. "Aku takut aku tak kuat. Kau tolong bagi ye?" pinta Ayna berharap agar Hawa dapat menolong. Dia tidak sanggup mahu melihat wajah lelaki itu walaupun buat kali terakhir.

Hawa mengangguk lalu tersenyum.

Ayna memeluk Hawa sekali lagi sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu.

Tidak sangka. Hari ini adalah hari terakhir mereka berjumpa.

.

.

"Rumah siapa ni mak su?" Ayna meletakkan begnya di tepi sofa dan melihat sekeliling rumah agam dua tingkat itu. Besar.

"Rumah Mak su lah." Puan Suraya hanya tersenyum melihat gelagat Ayna yang tertoleh sana sini seperti orang jakun.

Nek Jah menggelengkan kepala.

"Jom, mak su tunjukkan bilik Ayna." kata Puan Suraya lalu menarik lembut tangan Ayna. Ayna akur. Dia mengikut Puan Suraya dari belakang.

Puan Suraya membuka pintu bilik itu dan tersenyum ke arah Ayna. "This is your room honey." kata Puan Suraya dan mengusap kepala Ayna. Ayna tersengih seketika. Terasa seperti budak tadika pula.

Ayna melopong. Bilik itu tidaklah terlalu luas tapi dia suka. Dicat dengan warna putih sepenuhnya. Katil queen yang tidak terlalu besar. Meja belajar juga sudah tersusun. Ada sebuah rak buku kosong di sebelah meja belajar dan di bahagian kiri bilik ada bilik air. Perfect!

"Thanks mak su!" Teriak Ayna lalu memeluk Puan Suraya erat. Puan Suraya membalas pelukan Ayna dan tersenyum. Dia mahu beri Ayna sepenuh kasih sayangnya. kesian Ayna, dalam pada umurnya 15 tahun, ibu bapanya sudah pergi meninggalkannya.

Dan sekarang, dia sudah pun berumur 17 tahun. Dua tahun dia hidup tanpa kasih sayang sebuah keluarga.

"Ayna rehat dulu. Nanti mak su panggil makan malam." Mak su tersenyum ke Ayna sebelum menutup pintu bilik.

Ayna terlompat lompat di atas katilnya. telefon bimbit Samsung Galaxy Note7 nya dan ditekan tekan di skrin. Ala maklumlah, aunty Yati bagi, kenalah jaga elok-elok.

Dia membuka whatsapp.

Aunty Yati
Online

Ayna : Aunty.. Ayna dah sampai putrajaya.. 7:50 p.m √√

Aunty Yati : alhamdulillah... Ayna jangan nakal nakal ye kata sana... dengar cakap Nek Jah dan Mak su.. kalau ada masa.. jenguk jenguklah aunty dan uncle kat sini.. 7:52 √√

Ayna: baik aunty, aunty jaga diri tau kat johor tu... kalau ada masa, Ayna balik johor.. I luv u aunty.. 7:53 √√

Aunty Yati: I luv u too Ayna.. 7:54 √√

Ayna menutup telefon bimbitnya. Dia mengambil tuala di dalam almari yang terletak di tepi katil lalu masuk kedalam bilik air.

Bermulah hidup baru seorang Tengku Ayna Maisarah.

•••••

"Ayna, nanti Ayna akan transfer ke SMK Putajaya tau. Dekat sini je." kata mak su sambil meneguk air. Ayna yang sedang menyuap itu terangguk-angguk.

Tidak kesah dengan pilihan maksu nya.

"Ayna, ingat Hasya lagi tak??" Soal Nek Jah sambil tersenyum. Ayna membulatkan matanya "Nek, gila tak ingat? Dia kawan sehidup semati Ayna nek. Tapi lepas dia pindah KL, Ayna dah lost contact dengan dia." ujar Ayna teruja. Terdapat sedikit nada kecewa di situ. Rindu sungguh dengan rakannya yang seorang itu.

Dia sudah berkawan dengan Hasya selama 5 tahun. Bersama Hawa. Sejak mereka berumur 11 tahun sehinggalah mereka menginjak ke 15 tahun. Pada umur mereka 16 tahun, Hasya terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur mengikut ayahnya.

Dan sekarang,dia pula pergi meinggalkan Hawa. Dia sudah mulai rindu Hawa.. dan Arfan.

"Nanti Ayna akan jumpa dia balik." kata Puan Suraya dengan kening diangkat berkali kali. Ayna mengerutkan dahinya. Sakit kening ke mak su ni?

"What do you mean by that?" Soal Ayna. Ceh, speaking lebih. Tiba-tiba lagu What Do You Mean dari Justin Bieber berkumandang di kepalanya.

"Maksudnya, Ayna akan masuk ke sekolah sama dengan Hasya la sayang oi." ujar Nek Jah. Dia tersengih melihat keterujaan Ayna.

Ayna mengipas ngipaskan tangan kirinya. "Seriously? Oh my god!" Teriak Ayna tersenyum lebar. Sudah dua setahun lebih juga lah dia tidak berjumpa dengan Hasya.

Puan Suraya dan Nek Jah hanya tersenyum sambil menggeleng gelengkan kepala mereka. Ayna tetap Ayna. Kecoh dan dramatik tetapi tetap comel.

Sorry pendek!

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now