BAB 63

108K 6.9K 2.9K
                                    

"Akhirnya sampai jugaaa" Ayna mendepakan tangannya lalu menjerit ceria. Nafas ditarik panjang.

Walaupun masih tengah hari, cuaca sudah pun terasa sejuk. Seolah-olah berada di Hong Kong. Suhu pada waktu malam pula pastinya amat mencabar dan jika ingin bermandi manda, suhu airnya juga pastinya akan mengigit ke tulang.

Alief menarik tali hoodie nya sehingga menutup sebahagian daripada mukanya. Dengan penuh selamba dia melanggar bahu Ayna dan berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

Dahi Ayna berkerut. Dia memandang lelaki yang melanggarnya tadi. Ingat dia tak tahu siapa? Bibir dicebik sebelum dia terus melangkah mendekati cikgu Nurul. Sempat juga dia memandang sekeliling tapak perkhemahan itu.

Kem Sungai Pauh ini adalah diurus tadbir oleh Pejabat Hutan Kecil Cameron Highlands dan amat sesuai untuk aktiviti perkhemahan bagi kalangan pengembara dan juga institusi pendidikan. Penuh kehijauan. Kebersihannya juga memuaskan.

"Baiklah murid-murid! Saya minta kamu semua berkumpul!" Cikgu Wani melaung kuat bersama cikgu Nurul di sebelahnya. Cikgu Hadi pula sibuk mengambil gambar tapak perkhemahan dan gambar murid-murid.

Murid-murid tingkatan 5 yang kecoh satu dunia itu terus berkumpul mengelilingi cikgu Nurul dan cikgu Wani.

"Bagus! Pandai pun dengar arahan" tukas cikgu Nurul penuh sarkastik. Biasa la, budak f5 mana pernah dengar kata. "Mestilah pandai!" laung Faris dari belakang. Semua tertawa kecil.

Cikgu Nurul menjeling seketika sebelum dia memulakan taklimatnya tentang kebersihan, keselamatan, keutamaan, dan kelakuan diri. Kelakuan kena jaga. Jangan kotorkan tempat ni. Sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab!

"dan akhir sekali. Saya nak kamu semua tolong jaga kelakuan kamu. Saya tak nak kamu bergaduh ke, bertumbuk ke, cari pasal, cari masalah, buat masalah dan sebagainya.. faham?" ujar guru itu. "Alief, Faris dan Ameer! Faham tak??" soalnya sekali lagi.

"Faham cikgu!" Jawab mereka bertiga serentak. "Bagus. Selepas ni saya akan bahagikan kamu semua dalam kumpulan. Sebelum tu, ada apa-apa soalan??" Cikgu Nurul memandang setiap wajah anak muridnya.

Faris terus mengangkat tangan. "Cikgu!"

"Ada apa Faris?"

"Saya nak tanya sesuatu ni.. tapi macam.." dia sengaja menghentikan kata-katanya. Cikgu Nurul bercekak pinggang. "Kenapa Faris? Ada masalah? Takpe, tanya je" tukas guru itu tenang.

"Nak kencing" ujarnya selamba. Terburai tawa semua murid di situ. Alief terus menolak kepala Faris. Cikgu Nurul membuat muka. "Kejap lagi kita akan pusing di sekeliling tapak ini. Saya akan tunjukkan kamu di mana tandas, surau, sungai dan sebagainya."

"Ada apa-apa lagi soalan??" soal cikgu Wani pula bercekak pinggang.

"Tidur dalam khemah ke cikgu??" soal Iqa. Cikgu Nurul dan cikgu Wani tersenyum. "Haruslah!" jawab mereka serentak. Dapat didengar keluhan kecil murid-murid. Ada juga yang melompat setuju.

"Ok dah. Nak bahagikan kumpulan senang je. Cikgu ada pegang satu bekas ni. Dalam bekas ni terdapat banyak kertas kecil yang bertulis nombor 1 hingga 10 di dalamnya. Kamu semua akan amik dan tengok nombor. Siapa yang dapat nombor sama, itu lah kumpulannya" cikgu Wani memegang satu bekas oren di tangannya manakala cikgu Nurul memang bekas kuning.

"Sorang-sorang ye"

Mereka mula mengambil kertas di dalam bekas itu. Alief menyelukkan tangan ke dalam bekas cikgu Nurul dan mencapai sebecis kertas lalu dibawa keluar. Pelbagai reaksi yang terpapar di wajah masing-masing apabila sudah tahu ahli kumpulan masing-masing.

"Baiklah! Dari kumpulan 1 hingga 10, sila duduk dalam barisan kumpulan masing-masing" laung cikgu Siti pula. Ha.. semua tak sedar kan yang cikgu singa ni pun ada. haha.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now