BAB 16

130K 7K 199
                                    

Hari cuti menjelang lagi. Pada pagi sabtu itu, Ayna menapak turun ke tingkat bawah untuk sarapan. Nek Jah yang sudah berada di meja makan itu di sapa mesra.

"Morning nek!" Ayna menarik kerusi bersebelahan Nek Jah lalu dilabuhkan punggungnya. Nek Jah tersenyum. Dia mengambil pinggan lalu diletakkan di hadapan Ayna.

"Nasi goreng ke french toast?" soal Nek Jah memberi pilihan. Tanpa ragu-ragu, Ayna terus menjawab "dua-dua!"

Nasi goreng terus dicedok lalu diletakkan di atas pinggannya kemudian sekeping roti bakar disalut telur diletakkan di atas nasi goreng. Ayna tersengih gembira. Siapa je tak suka makan?

Nek Jah menggeleng perlahan. Dia juga ikut tersenyum.

Ayna terus menyumbat nasi goreng ke dalam mulut. Dapnya nasi goreng mak su! Ayna menyuap sesudu lagi. Sambil itu, roti bakar di gigit.

"ish Ayna ni. Makan perlahan-lahan lah" tegur Puan Suraya yng baru keluar dari dapur. Apron yng tersarung di tubuhnya dibuka lalu dia mengambil tempat di hadapan Ayna iaitu di sebelah nek jah.

"Tah kamu ni Ayna! Nanti susah nk dibuat menantu"

"Uhukk" terus Ayna tersedak. Dia tersedak sebab teh itu panas sangat ke, atau sebab apa yang dikatan oleh mak su tadi??

"Minum elok-elok" tegur Puan Suraya dengan senyuman. Tau tersedak. Banyak lagi benda yng tidak diketahui Ayna. bersedialah untuk tersedak berjemaah.

.

.

"Hui, stalk ig siapa tu?" Ayna terus merampas telefon bimbit Hasya. Hasya tersentak. "hoi! Babi lah. Bagi balik." Hasya terus mengejar Ayna yng sudah tawaf satu bilik tidurnya itu.

Ayna ketawa mengejek. Dia masih berlari-lari. Nasib baiklah bilik Hasya ni luasnya mengalahkan padang bola. Ceh, hiperbola terlebih pulak.

Iqa yang sedang elok bersantai di atas katil itu hanya menggeleng. Perangai masih kebudak-budakan!

"Bagi balik lah setann!" Hasya terus menarik rambut Ayna. Ayna mengerang kesakitan. "Argh!! Sakitlah weh!" Ayna terus menendang Hasya dan terus melompat naik ke atas katil Hasya.

Telefom bimbit Hasya dibelek. Eh, Instagram Ilham? Ayna tersengih nakal. Dia memandang Hasya yng sudah berubah masam mengalahkan jeruk.

"Wuu, Hasya stalk Ilham bhaii" ejek Ayna tersengih. Hasya pantas merampas kembli telefon bimbitnya. Dia menolak Ayna lalu dia melompat naik ke atas katil.

"Tak payah sebok ah" Hasya menyiku Ayna geram! Suka-suka dia je rampas telefon bimbit aku tadi.

"Cehh Hasya, rajin pulak kau stalk dia" tukas Iqa pula. Dia membaling sebiji bantal pada Hasya. Hasya sempat menepis. Usikan Ayna dan Iqa tidak dihiraukan.

Hasya terus mengambil telefon bimbit Ayna lalu dibuka aplikasi instagram.

"Wei wei, nak buat apa tu?" Ayna mengintai telefon bimbitnya di tangan Hasya. Hasya terus mencari instagram seseorang itu lalu dengan sesuka hati dia menekan butang follow.

Mata Ayna terbeliak. Terus dia merampas semula telefon bimbitnya. Matanya membaca semula username yng Hasya telah follow sesuka hati.

Alief?!

"Hasya!!" Ayna terus mengejar Hasya dengan muka merah menahan marah. Sekali lagi mereka berlari berkejaran di dalam bilik Hasya.

Hasya pula seronok ketawa sambil berlari-lari. Ayna akhirnya mengalah. Dia memicit dahinya seketika lalu mengeluh.

Telefon bimbitnya dilihat. Ayna mengeluh lagi. Aduh, mesti Alief perasan nanti.

"Dah alang-alang terfollow tu, kau stalk jelah" tukas Hasya tersengih. Ayna mengetap bibir sambil menjegilkan mata ke arah Hasya.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now