BAB 5

135K 7.3K 725
                                    

Ayna memerhati sekeliling bilik guru itu. dia menuju ke tempat dimana letaknya meja Cikgu Nurul. "Err cikgu, cikgu panggil saya kenapa ye?"

Ayna mengangkat kening apabila melihat muka terkejut Cikgu. Cikgu Nurul yang sedang menelan maggi hot cup itu hampir tercekik. Pantas guru itu mencapai tisu dan mengelap mulutnya. Dia berdehem seketika. Kantoi pula.

Ayna tersengih melihat gelagat cikgu itu yang terkulat-kulat  "Erhm, ye Ayna? Ada apa awak nak jumpa saya?" soal guru muda itu masih mengelap mulutnya menggunakan tisu.

Ayna mengerutkan dahinya. Hairan dengan soalan guru itu. "Eh? Bukan cikgu ke yang cari saya?" soal Ayna hairan. "Mana ada saya cari awak." dahi guru itu pula yang berkerut. Kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan menandakan yang dia tidak pernah memanggil Ayna untuk berjumpa dengannya.

"Tapi Al-" Ayna tidak jadi ingin menghabiskan ayatnya. Dia mengetap bibir geram. Alief Danyel. Kurang asam punya tiang!

"Takpelah cikgu, saya salah dengar kut. Terima kasih cikgu. " kata Ayna lalu terus melangkah keluar dari bilik guru. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah Alief Danyel.

Sebaik sahaja dia tiba di kelas Emerld, dia mengetuk pintu dan seluruh kelas memandangnya. Cikgu Siti si singa sekolah bercekak pinggang. Ayna dipandang tajam.

"Tengku Ayna Maisarah? Kamu pergi mana? Baru sekarang nak masuk kelas!?" jerkah guru itu nyaring. Pergh! Ni kalau jerit kat dewan ni, tak payah guna mikrofon pun takpe. Dah boleh dengar dari jauh.

"Err, maafkan saya cik-cikgu. Saya.." suara Ayna bagaikan tersekat-sekat. Entah mengapa dia seolah-olah tidak boleh menggerakkan lidahnya. Aduh! Ape pasal pulak ni.

Cikgu Siti mencerlung tajam. "Berdiri di luar kelas sekarang!" Arahnya tegas. Gila kejam!

Ayna mengeluh. Dia sempat mengerling ke arah Alief yang sedang tersenyum sinis ke arahnya. Sakai! Ayna perlahan-lahan menapak keluar dari kelas. Malu siot!

.

.

Selepas pelajaran Cikgu Siti tamat, Ayna akhirnya dibenarkan masuk kedalam kelas.

"Best jadi tugu negara kat luar tu?" soal Alief masih tersenyum sinis ke arah Ayna yang masam mencuka. Ayna tidak mengendahkan soalan Alief dan menarik Hasya dan kawannya Iqa untuk rehat.

"Ayna, kau okey?" soal Iqa prihatin. Sedih pula dia tengok Ayna jadi tunggul kat luar kelas tadi. Ayna tersenyum nipis.. "Mestilah lah aku okey." dia merangkul bahu rakannya barunya itu mesra. Seorang Tengku Ayna Maisarah memang ceoat mesra dengan seseorang.

"Jom makan, lapar!" Kata Hasya mempercepatkan langkah untuk ke kantin. Tak sabar-sabar nak makan. Sesampainya di kantin, mereka mula beratur untuk membeli makanan. Macam biasa lah, sekolah mestilah kena beratur.

Sedang suasana kantin yang sibuk dengan pelajar tingkatan lima berpusu-pusu membeli makan, ada pulak masalah mendatang membuat kecoh di kantin.

"Woi woi! Tepi skit!! Aku nak lalu laa!" Jerit Alief lantang. Semua yang sedang beratur tersentak lalu memberi laluan untuk Alief dan gengnya. Masing-masing tidak berani untuk melawan tiga orang yang berkuasa itu kecuali Tengku Ayna Maisarah. Gadis itu berdiri tegak sambil berpeluk tubuh.

Mukanya masam mencuka.

"Tak pandai beratur ke cik abang??" soal Ayna selamba. Alief tersenyum sinis. Lagi-lagi minah ni. Memang suka cari pasal dengannya. Dari mana dia dapat keberanian tu pun dia tidak tahu. Satu hal pula lagi apabila Alief suka melayan. Memang tak takut langsung perempuan ni.

"Tak, kenapa? Kau nak ajarkan ke??" jawab Alief menarik hujung rambut Ayna. Ayna menepis kasar dia masih tidak berpuas hati dengan tindakan Alief kepadanya sebentar tadi. Sungguh dia tidak faham apa motif lelaki itu sebenarnya.

"Boleh, aku boleh je ajar kau cara-cara nak beratur semasa membeli makanan. Takde hal. Tapikan, aku hairan la. Kenapa budak darjah satu pun boleh je beratur ikut peraturan, lagi-lagi tingkatan 5 kan? Ke kau budak tadika lagi? Tak tau nak baca peraturan? With that stupid brain of yours?" bidas Ayna selamba. Hah tu dia.

Yes! Puas hatinya apabila melihat muka merah padam Alief. Pelajar-pelajar mula berkerumun untuk melihat drama sebabak ini. Hasya pantas masuk ke dalam bulatan itu lalu tangan Ayna ditarik. "Dah lah tu Ayna, jom." pujuk Hasya perlahan. Muka Alief tu memang nampaknya macam nak meletup dah tu. Bahaya.

Ayna masih tidak berganjak. Dia berpeluk tubuh. Renungan Alief dibalas juga dengan renungan tajamnya. Walaupun tak setajam lelaki itu.

Alief melangkah mendekati Ayna.

"Kau jangan berani nak cabar aku eh Tengku Ayna Maisarah. Kau belum kenal lagi siapa Alief Danyel." Alief menarik kasar rambut Ayna. Semua pelajar tersentak melihat tindakan Alief.

Ayna mengerang kesakitan. "Sakitlah Alief! Lepaslah!" tukas Ayna kuat. Dia memukul tangan Alief yang memegang kejap rambutnya. Hasya menekup mulutnya kerana terkejut dengan tindakan lelaki itu. Main kasar nampaknya.

"Aku tak berminat pun lah nk kenal dengan kau!" balas Ayna lagi. Mukanya merah menahan kesakitan. Alief ketawa sinis. Berani lagi dia menjawab.

"Hoi hoi! Apa bising bising ni!?" Cikgu Nurul menolak pelajar-pelajar yang berkerumun di kantin itu. Mata guru itu membulat di saat dia melihat Alief yang sedang seronok menarik rambut Ayna. Selamba dia je! Memang nak kena budak ni.

"Dany- I mean, Alief! Lepaskan rambut Ayna tu!" Cikgu Nurul bercekak pinggang. Mata guru itu seperti hendak tersembul keluar merenung Alief. Alief menghela nafas kasar lalu melepaskan rambut Ayna.

Alief merenung Ayna tajam. Gelas yang masih berbaki separuh air di tangan Ameer dicapai lalu dituangkan dia atas kepala Ayna tanpa berfikir panjang.

Ayna melopong. Sejuknya air anggur itu menusuk masuk ke dalam rambutnya dan mengalir ke wajahnya. Sekali dengan ais-ais jatuh ke atas kepalanya. Baju kurung putihnya sudah bertukar unggu.

Semua disitu ternganga. Ada yang tersenyum sinis. Mereka rasakan yang Ayna hanya ingin perhatian daripada Alief.

Cikgu Nurul hampir tercekik maggi yang dimakannya tadi. Hampir sahaj isinya terkeluar balik.

Alief Danyel, siaplah budak ni!

Selesai membuat begitu, Alief mendekatkan wajahnya pada telinga Ayna. "i will ruin your life princess." bisiknya dan hanya berlalu meninggalkan kawasan kantin itu dengan selambanya. Faris dan Ameer mengikut langkah Alief.

Sempat Faris mengusap rambut Ayna sambil tersengih sebelum berlalu.

Ayna mengetap bibir. damn it!

Hasya dan Iqa menghampirinya dan menariknya berlalu ke tandas.

Ayna hanya akur. Cikgu Nurul hanya memandang simpati ke arah Ayna. Dia yakin, mesti Ayna ialah target baru adiknya itu. Susahlah macam ni!

Ye! Alief Danyel itu adalah adiknya! Adik kandungnya. That spoiled brat!

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now