BAB 45

123K 6.5K 1.3K
                                    

"Rizki tu pahal?" soal Ameer dengan dahi berkerut. Faris mengangkat bahu. "Orang pandai ni kadang-kadang memang ada masalah mental sikit. Asyik hadap buku je, mana tak mental" balas Faris selamba.

"Habis kau nak cakap aku ni mental lah?" soal Hasya. Faris mengangkat keningnya. "Kau pandai ke?" balasnya sinis.

Hasya menjeling.

"Guys guys guys! aku ada berita panass" Farisya menyelit di antara Hasya dan Iqa. Mata mereka semua tertumpu pada gadis kepochi itu. "Berita panas apa lagi kau?" soal Hasya dengan dahi berkerut. Menyemak aje.

"Aku dengar ada budak baru masuk sekolah ni." tukas Farisya dengan penuh semangat dia. Semua membuat muka. "Budak baru pun nak kecoh ke kau ni" balas Ilham dengan cebikan.

"Dengar lah dulu!" tukas Farisya menjeling sorang-sorang rakan sekelasnya.

"Aku dengar dia masuk kelas kita" ujar Farisya lagi. "Lelaki ke perempuan?" soal Ilham dengan kening terangkat. Spontan semua di situ mencebik. "lelaki laa. Kau jangan nak berangan" jwb Farisya.

"Aku dengar dia hensem gila doo" Laila yang datang dari mana entah menyampuk dengan senyuman.

"Uuu hensemm" Ayna, Hasya dan Farisya sudah bertepuk tampar. Alief mencebik. Terus dia menarik tangan Ayna daripada bertepuk tampar dengan minah-minah itu sambil menggeleng.

Tak payah.

"Stand up class!" Kedengaran ketua kelas menjerit. Semua pelajar mula berlari anak kembali ke tempat masing-masing dan berdiri.

Cikgu Nurul melangkah masuk dengan senyuman.

Seisi kelas sudah mula berbisik-bisik apabila mereka melihat seorang murid lelaki berdiri di luar kelas. Muka tidak kelihatan kerana dia memandang lantai.

"Good Morning teacher nurul!"

"Good morning cikgu nurul" sengaja mereka menukar kerana sudah biasa dengan panggilan cikgu.

Cikgu Nurul hanya tersenyum. "Okay morning class. Everyone take a seat" ujar Cikgu Nurul seperti biasa. Clipboard di tangannya untuk memeriksa kedatangan.

"Cikgu mana budak baru??" soal Lina tak sabar-sabar. Seisi kelas memandang gadis itu. "Aduuuu" kelas mulai kecoh.

Lina membuat muka "aku tanya je pun!"

"Ok dah diam! Sabar ye Lina. Nanti saya perkenalkan dekat semua orang" balas Cikgu Nurul memandang setiap kelas sambil tanggan ralit menulis sesuatu di kertas.

Sempat dia memandang Ayna. "Ayna? Feeling better?" soal guru itu mesra. Ayna mengangguk. "Saya dah sihat dah ka-- cikgu" Ayna menayang sengih. Cikgu Nurul hanya tersenyum.

Senang dia melihat kemesraan Ayna dan Alief sekarang. Macam bestfriend. Asyik nak berkepitt aje.

"So, today we have a new classmate. Dia baru pindah dari Johor" Cikgu Nurul memandang ke luar kelas lalu tersenyum pada anak murid barunya.

"Masuk"

Semua memandang ke arah pintu masuk. Murid lelaki itu melangkah masuk. Kepalanya masih tertunduk merenung lantai membuatkan semua orang tertanya-tanya.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now