BAB 3

159K 8K 1.2K
                                    

What dehel sayangg?! Kenapa awak tak bagitau saya?? Sampai hati awak tinggalkan saya macam tu aje??

Ayna teringat semula mesej yng dihantar oleh Arfan pagi tadi. Sudah dia agak. Pasti Arfan akan berasa kecewa dengannya.

"Ayna, jom." Puan Suraya menepuk bahu Ayna. Ayna menoleh seraya tersenyum. hari ini hari pertama dia bersekolah. fuhh! Gementar beb!

Sekolahnya boleh tahan jugalah besarnya. Ayna memandang sekeliling sambil mata meliar di sekitar sekolah ini. Apakah yang akan terjadi pada hidupnya saat dia melangkah masuk ke dalam sekolah ini?

Apa yang akan terjadi pada masa hadapan?

Tiba-tiba telefon berbunyi menandakan ada seseorang menelefon Puan Suraya. Dia mengangkat panggilan dan memberi isyarat kepada Ayna untuk menunggu sebentar.

Ayna menganggaguk dan Puan Suraya berlalu pergi. Ayna masih memandang ke sekeliling sekolah. Kakinya berjalan sekitar sekolah itu tanpa hala tuju. Sedang asyik dia berlegar-legar, tiba-tiba,

Gedebuk!

Aduh! Tiang mana pulak yang langgar dia ni?! Eh? Tiang boleh langgar orng ke?

Ayna terjatuh terjelupok di atas lantai. Sakit weh.

"Hoi! Tak nampak ke siot?!" teriak 'tiang' itu merenung tepat wajah Ayna. Ayna mengetap bibir. Cantik bahasa cik abang?! Dia yang langgar aku! Tak sedar diri!

Ayna mencuba sedaya upaya untuk berdiri tegak. Dia memandang lelaki dihadapannya itu. fuhh! Boleh tahan hensem siot! Tingginya menggunung! Sempat lagi lah dia puji tiang itu. Eh, mamat tu.

"Bahasa tu tak nak kasar lagi ke bang??" Sindir Ayna menyapu baju sekolahnya dengan geram. Lelaki itu membulatkan matanya. Terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut kecil gadis di hadapannya itu.

"apa kau cakap?!" Jerkah lelaki itu. Pelajar yang lalu lalang di situ mula menyebokkan diri. Ayna perasan yng ramai pelajar mula menumpukan perhatian kepada mereka.

Jadi dia rasa mungkin lelaki ni antara budak hot di sekolah?

"Pekak ke?? Kesian kau, muda-muda dah pekak badak!" kata Ayna lagi. Dia berpeluk tubuh. Agak bengang dengan perangai kurang ajar lelaki ini.

Lelaki itu mengetap bibir geram.. marah betul nampaknya. "Kau sedar tak dengan siapa kau bercakap ni?!" Bentak lelaki itu menjegilkan matanya.

Ayna memberikan senyuman sinis. Soalan jenis apa yang mamat ni berikan padanya? "Manusia lah.. ke, tiang??" Sindir Ayna lagi memandang selamba muka lelaki yang macam nak meletup kebabong tu. Suka-suki dia je nak tengking-tengking aku.

"Hei minah! Kau minta maaf balik!" Kata lelaki itu menundingkan jari telunjuknya tepat ke batang hidung Ayna.

Ayna mengerutkan dahinya. Tidak senang dengan perbuatan lelaki itu. Apahal mamat ni?

Ayna masih selamba. "Kenapa aku yang kena mintak maaf? Kau yang langgar aku kan? So, kaulah yang kena mintak maaf" ujar Ayna mengangkat keningnya.

Geram betul dengan mamat ni. Semasa dia kecik dulu pernah tercekik speaker ke apa? Cakap terjerit jerit. Kalah orang utan tau tak.

"Wah, berani kau lawan aku eh?" Lelaki itu melangkah setapak mendekati Ayna. Ayna langsung tidak bergerak walaupun jantungnya sudah berubah rentak.

"Why should i be scared of you?" ujar Ayna sinis. Dia langsung tidak takut dengan muka bengis lelaki itu. Apa nak takut?

Pelajar di sekelilingnya juga seakan-akan terkejut dengan kata-kata Ayna sebentar tadi. Mereka sudah dapat bayangkan bagaimana Ayna akan dibuli nanti.

Gengster Tu Aku Punya!Onde as histórias ganham vida. Descobre agora