BAB 64

114K 6.3K 1.1K
                                    

"Weh.. t- tiang"

Langkah Alief terhenti. Jantungnya mula berdegup kencang. Betul ke apa yang baru sahaja didengarnya tadi? Adakah ianya realiti atau cuma halusinasi?

"Tang.. i'm sorry" ucap Ayna sambil menekup mulut menahan tangis.

Alief berpusing ke belakang menghadap Ayna yang tidak henti menangis teresak-esak.

"I'm sorry for taking so long to remember" Ayna menunduk memandang tanah. Dadanya dipegang menahan esakkan.

Mata Alief berkaca. Dia terus berlari lalu memeluk Ayna erat. Tangisan Ayna menjadi lebih kuat lalu dia membalas pelukan Alief. "Aku minta maaf sebab buat kau tertunggu-tunggu" ucapnya lagi teresak-esak.

"Aku rindu kau. Sangat sangat rindukan kau" tukas Alief mengeratkan pelukannya.

"I miss you more" ucap Ayna membenamkan wajah pada leher Alief. Mata dipejam. Melepaskan rindu kepada lelaki ini. Lelaki yang telah dia abaikan selama beberapa bulan. Dia melepaskan pelukannya. Tangannya merangkul erat leher Alief. Mata Alief dipandang.

Mata lelaki itu seakan bersinar semula apabila bertembung dengan matanya. Sinaran penuh harapan. Harapan untuk kebahagiaan. Hidung dan dahi mereka berlaga. Kedua-duanya tersenyum bahagia

"Thank you for coming back" bisik Alief lalu dia menarik Ayna semula ke dalam pelukan. Tubuh kecil itu diangkat lalu dia berpusing.

"My baby girl is back!"

.

.

Alief tidak dapat menahan senyumnya. Dari tadi matanya tidak lepas memandang Ayna yang duduk di sebelah Hasya itu. Apabila dia bertembung mata dengan Ayna, senyumannya menjadi semakin lebar. Aduh! Dah mula balik dah si tiang ni.

"So, korang memang tak jumpa apa-apa lah?" soal Faris memandang Ayna seketika sebelum memandang Alief. Alief menggeleng perlahan. "Seriuslah. Kumpulan kita dapat tempat terakhir kut? Semua korang punya pasal" tambah Ilham pula dengan muka tidak puas hatinya.

"Hoi! Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Faris menampar pipir Alief kasar. Semua ternganga melihat tindakan selamba Faris. Alief terus menoleh ke arah Faris dengan mata mencerlung. Berani kau tampar aku setannn?

"Sorry" ucap Faris sebelum berdehem seketika.

"Ye, tadi aku jatuh dalam sungai. Kaki aku luka. Alief terus bawak aku balik" jawab Ayna menggantikan Alief. Tidak keruan dia duduk apabila lelaki itu terus-terusan merenungnya.

"Ya allah, yeke? Patutlah kau basah. Kau okay ke?" soal Hasya memegang bahu Ayna. Ayna menoleh memandang Hasya lama. Wajah rakannya itu kelihatan sangat risau. "Teruk ke luka?" soal Iqa pula.

Tiba-tiba tubir mata Ayna bergenang. Walau banyak mana pun dia jauhkan diri daripada mereka, mereka tetap memberikan perhatian kepadanya. Risau akan tentang keadaannya. Bertuahnya kau Ayna.

"Ayna? Kenapa ni? Sakit ke?" soal Hasya terkejut apabila tiba-tiba mata Ayna seakan-akan berkaca. Ayna pantas mengerdipkan matanya dan mengesat air matanya yang hampir jatuh. Mereka masih belum tahu yang ingatannya sudah kembali. Tiada siapa tahu kecuali Alief.

"Takde lah. Aku okay" jawab Ayna ringkas.

"Macam mana kau boleh jatuh haa?" soal Iqa menolak bahu Ayna. "Nasib baik hidup lagi" perli Faris. Ameer terus menolak bahu Faris. Nak sangat kena belasah hidup-hidup dengan Alief ke? Ayna tidak marah sebaliknya dia tersengih.

Ah! Rindunya mereka semua!

"Kan, nasib baik si tiang tu cepat selamatkan aku" jawab Ayna selamba sambil tersengih. Hasya mencebik. "Ha ye lah tiang kau tu ju--" kata-katanya tidak sempat dihabiskan. Hasya menoleh ke arah Iqa sebelum mereka berdua menoleh ke arah Ayna dengan mata membulat.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now