BAB 29

130K 7.6K 1.2K
                                    

"Hai Ayna"

Ayna menoleh seraya tersenyum. "Hai Hafey." sapanya kembali.

"Buat ape tu?" soalnya lalu mengambil tempat di hadapan Ayna. Ayna memandang buku di tangannya sebelum memandang Hafey. "Goreng karipap ni ha tak nampak?" guraunya.

Hafey tersengih. Kalau dah namanya Tengku Ayna, gitulah mulutnya.

"Rajin lah kau ni Ayna. Orang lain pergi makan waktu rehat. Kau duduk sini hadap buku." bebel Hafey lalu dia membuka bungkusan roti di tangannya.

Ayna mencebik. Dia memandang bungkusan roti di tangan Hafey. "Kau diet ke ape? Makan roti je?" sindir Ayna pula.

Hafey diam lalu menggigit rotinya. "Sedap tau roti ni. Kau tak makan?"

"Aku dah makan dah. Tu yang sesat dekat sini" balas Ayna kembali memandang bukunya. "Baik kau sesat dalam hati aku je lagi bagus" ujar Hafey selamba.

Ayna mengerdipkan matanya berkali. Dipandang Hafey dengan muka kau-nak-mati-awal-ke?

Hafey ketawa. Ingat kelakar?

"Tolong ah weh. Dah lapuk lah benda tu" Ayna menjeling. Dia sambung menulis. Baik dia buat kerja daripada layan si sengal depan mata ni.

"Ayna, tolong aku buat kerja boleh tak?" soal Hafey selepas beberapa saat mendiamkan diri. Rotinya di gigit lagi.

Ayna diam lalu pandang Hafey sekilas.

"Aku kena buat presentation ni tapi tak reti. Kau tolong aku" pinta Hafey. Ayna mengangguk. "Sure. Presentation ape?" soal Ayna semula.

"Presentation english. Aku ingat nak buat guna power point ah"

Ayna mengangkat keningnya. "Aik? Kau tak reti guna power point ke?" soal Ayna semula. Hafey tersengih lalu menggeleng. "Selama ni aku present guna kertas mahjong je." Balasnya selamba.

Noob gila.

Ayna ketawa perlahan lalu mereka berborak mesra di taman kecil itu tanpa sedar akan seseorang yang sedari tadi ralit memerhati.

Alief mengetap bibir. Dia menggengam penumbuk. Ish, rasa panas hati tu dah datang balik dah.

Alief berjalan ke hulur ke hilir. Seketika kemudian, dia berhenti lalu memandang ke arah Ayna dan Hafey semula. Alief menggeleng lalu menghentak kakinya geram.

"Ish, ape masalah kau ni Alief. Tak pernah-pernah lahai" Alief mengusutkan rambutnya. Alief memandang lagi ke arah Ayna dan Hafey yang masih bersembang mesra.

Dadanya di pegang. "Adakah sebab Ayna tu isteri kau? Sebab dia isteri kau, kau rasa tak sedap hati. Ha, tu je. Eh tapi takkan lah!" Alief menggeleng lagi.

Cakap dengan diri sendiri ke bang? Gila daa

Alief berjalan ke hulur ke hilir lagi. Hatinya kata mahu berjalan ke sana lalu tarik Ayna jauh dari Hafey. Tetapi otaknya menghalang!

Alief menyandarkan tubuhnya pada dinding. Dia berpeluk tubuh. Mata masih ralit memandang ke arah mereka berdua. Dahinya berkerut tidak senang.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now