BAB 24

122K 7K 361
                                    

Cikgu Nurul bercekak pinggang. Wajahnya bertukar merah akibat menahan marah. Di tangannya terdapat pembaris panjang.

Pembaris itu diketuk-ketuk pada meja sambil matanya tidak lepas memandang 10 orang pelajar yang berdiri di hadapannya saat ini.

Yang perempuan lima orang, rambut kusut masai mengalahkan pontianak, tudung pula barai, hancur, berkedut, tak sekata. Muka pula calar balar kerana dicakar.

Yang lelaki pula lima orng, lebam sana sini. Luka apatah lagi. Mata lebam, pipi bengkak, bibir berdarah, baju habis rosak, rambut berterabur.

Pap!!

Terhinjut bahu murid-murid itu dibuatnya.

"Saya keluar kelas sekejap nak suruh kamu semua berbincang." ujar Cikgu Nurul perlahan.

"Tetapi ini yng kamu semua buat?! Bergaduh?" jerit guru itu dengan marah yang ditahan-tahannya sedari tadi. Terkejut beruk dia apabila masuk sahaja kelas, dia melihat murid-muridnya  bergaduh sesama sendiri.

Yang perempuan menutup mata seketika mendengar jeritan maha hebat guru itu. Pertama kali mereka mendengar guru itu menjerit sekuat itu. Di bilik disiplin pula tu.

"Ayna! Dania! Apa masalah kamu berdua sebenarnya?" soal guru itu memandang Ayna dan Dania silih berganti.

Ayna mengetap bibir. Rasa bersalah. Dania merengus kasar.

"Ayna yang mulakan dulu cikgu." bidas Dania sengaja melagakan bahunya pada Ayna. "Minah ni yng tarik rambut saya dulu." Ayna mempertahankan diri sendiri.

"Sebab mulut kau kurang ajar!" balas Dania. "Mulut kau tu yang puaka!" ujar Ayna pula tidak mahu mengalah.

"Shut up!"

Terus Ayna dan Dania tunduk menikus. Sempat mereka jeling sesama sendiri.

"Alief, Faris, Ameer, Ilham. Apa kena dengan kamu semua ni?" Cikgu Nurul menoleh pula ke arah pelajar lelaki.

Mereka diam. Malas mahu membuka mulut. Alief melonggarkan tali lehernya. Sempat dia menjeling Ilham tajam.

"Cikgu buat kumpulan bukan suruh kamu semua bergaduh. All of you is wasting my time here!" Cikgu Nurul mengetuk kepala 10 orang murid itu dengan pembaris di tangannya.

"Kamu semua akan di kenakan denda!"

.

.

Dania merengus sambil merengek kecil. Wani pantas cuba untuk menenangkan Dania. Ayna menghela nafas redha. Hasya mencebik menyampah memandang Dania dan Iqa hanya senyap sambil melakukan kerjanya.

Alief, Faris dan Ameer melakukan kerja dengan tidak ikhlas manakala Ilham membuat kerjanya sambil menjeling Alief. Hariz dan hasya pula hanya senyap melakukan kerja mereka.

"Siapa punya pasal lah ni. Tak pasal-pasal kena bersihkan dewan sekolah ni" sindir Hariz geram. Mop di tangannya di tolak-tolak dengan ganas.

Faris menjeling. "Kau diam sebelum aku hancurkan lagi muka kau" gertak Faris

Ayna mengeluh. "Sorry korang" ucap Ayna perlahan. Rasa bersalah pula kerana dia yang memulakan perbalahan itu dulu.

"Reti pun minta maaf. Ingatkan tak sedar diri" jerkah Dania pula. Mukanya cemberut mengalahkan jeruk. Suruh buat kerja sikit dah mengada. Memang anak raja betul lah minah ni. Padahal yang pangkat tengku nya ada pada Ayna.

"Kau diamlah Dania." Hasya pula yng naik angin. "At least Ayna sedar diri. Dia minta maaf. Daripada kau, langsung tak sedar diri. Tak reti nak minta maaf." Sambung Hasya lagi.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now