BAB 38

124K 6.6K 1.4K
                                    

Ayna sebok bermain dengan telefon bimbitnya sehingga tidak sedar kewujudan Alief di situ.

Alief memandang Ayna seketika sebelum mengambil remote astro secara senyap lalu menukar siaran. Tubuh dihempaskan ke atas sofa.

Ayna masih memandang skrin telefon bimbitnya. Langsung tidak kesah yang Alief sudah menukar siaran lain. Selalunya dia mengamuk habis kalau Alief pergi tukar.

"Amboi, pandang phone dia je dari tadi kan" sindir Alief. Ayna diam tidak menjawab. Sekejap-sekejap dahinya berekerut. Kemudian dia tersengih pula. Serupa babun sakit mental.

"Hoi. Kau chat siape ha?" soal Alief. Dahinya juga berkerut kerana bengang tidak dilayan. Sakai punya Ayna palau aku.

"Alief kau kenal tak siapa Muhammad Arsyad?" soal Ayna tiba-tiba tanpa mengalihkan pandangannya daripada skrin telefon bimbitnya.

Alief menguap seketika lalu mengangguk. Kening diangkat. "Kenal. Asal?" soal Alief tidak berminat dengan budak pandai itu.

Budak aras atas yang paling hot sekali kerana rupanya yang sangat menawan. Pft.

"Dia dm aku" jawab Ayna selamba terus membuatkan Alief menoleh. "Kenapa dia dm kau?" soalnya terus duduk. Habis hilang segalanya ngantuknya. Ayna dipandang lama meminta jawapan.

Ayna mengangkat bahu. "Entah. Dia kata dia kenal aku. Lepastu dia kata nak kawan dengan aku lah semua" jawab Ayna tenang. Tak sedar yang Alief sudah menayang wajah bengang.

"Baik kau jangan layan dia" ujar Alief memandang semula ke skrin televisyen. Sempat dia mencebik seketika. "Eh tapi dia baik la" balas Ayna lagi. Mata tidak lepas langsung dari skrin telefon bimbit.

"Cakap sopan je. Bukan macam kau." sambung Ayna lagi lalu tersengih. Alief terus menoleh semula ke arah Ayna. Matanya dijegil pada gadis itu.

"Apa kau cakap?? Sopann??" soal Alief dengan mata terbeliak pula. "Acah macam dah kenal lama je kan." tukas Alief berpeluk tubuh. Masih memandang Ayna.

Ayna masih tersengih. "Eleh tiang, kalau jealous cakap lah" tukas Ayna pula. Lidah dijelirkan pada Alief tanda mengejek. Alief mengetap bibir pula. Pantas dia bangun lalu mendekati Ayna.

"Jangan harap lah aku nak jealous!" ujar Alief lalu terus merampas telefon bimbit Ayna. Ayna tersentak. Dia terus memandang Alief. "Bagi balik" pinta Ayna dengan dahi yang berkerut.

"Nak?" soal Alief mengacah-acahkan telefon itu kepada Ayna. Pantas Ayna mengangguk. Alief tersengih nakal "Tadah tangan macam ni, lepastu say pleaseee" ujar Alief.

Ayna ternganga. Alief dipandang. Dia pernah buat begitu pada Alief beberapa hari lepas. Semasa Alief seludup telefon bimbitnya ke sekolah. Adakah ini karma? pft.

"Cepatlah, nak phone ni ke tak? buat comel-comel" arah Alief lagi. Ayna menghela nafas. Dia merengus seketika sebelum akhirnya menadah tangannya.

Kepala didongak memandang Alief. mata dibulatkan. Bibir dikemam. "Pleaseee" ujar Ayna tersengih comel. Memang comel habis lah weii. Demi telefon bimbit kesayangannya, dia buat juga.

Alief menelan air liur seketika. Jantungnya mula berdegup kencang. Menyesal pula dia suruh Ayna berbuat begitu. Dia ingat nak gelak, tapi dia sendiri yang tertelan air liur.

Alief pantas mengetap bibir lalu teliga Ayna dipulas lembut. Ayna ternganga "adududuu" Ayna memegang telinganya lalu memandang Alief. "what was that??" soalnya bengang.

Apa main tarik telinga orang tetiba ni?

Alief menjeling. Padan muka. "Memang tak dapat lah handphone kau ni balik!" terus Alief melarikan diri. Ayna mengetap bibir geram. Nak main kejar-kejar pulak tiang ni.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now