BAB 49

116K 6.2K 1.6K
                                    

Keesokkan harinya, Ayna dan Alief pergi ke sekolah berasingan masa. Ayna sampai di sekolah dulu sebelum Alief. Mereka terpaksa buat begitu sebelum rumour tentang mereka lebih teruk.

Semalam mereka tidak balik ke sekolah semula, sampai saje rumah cikgu Nurul sudah tunggu sambil bercekak pinggang. Kena bebel habis lah sebab ponteng sekolah.

Ayna menggengam erat tali begnya apabila semua mata memandang ke arahnya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke kawasan sekolah. Ada yang berbisik-bisik seperti biasa.

Pandangan mereka memang semacam. Lagi-lagi pelajar perempuan. Pandang tak puas hati je. Ayna sudah mula berpeluh. Mereka sudah tahu tentang dia dan Arfan ke??

Atau tentang dia dan Alief?

Ayna menelan air liur seketika. Terus dia berjalan selamba tanpa menghiraukan jelingan-jelingan maut daripada pelajar-pelajar sekolah itu.

"hoi perempuan"

Ayna menoleh. Dia memandang tiga orang pelajar perempuan yang berpeluk tubuh dan bercekak pinggang memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Seronok kan kau?? Baru masuk sekolah ni berapa bulan dah naik minyak!" ujar salah seorang budak perempuan itu. Mereka bertiga melangkah setapak lagi mendekati Ayna.

Ayna sepeti biasa, menayang wajah selamba. Buat seperti kata-kata itu langsung tidak terusik hatinya. Padahal punya lah sakit. Rasa nak sepak aje perempuan ni.

"Apa korang nak?" soal Ayna malas mahu melayan.

"Alief kau nak, Arfan kau nak, Hafey pun kau nak kan??? Tamak!" Budak perempuan yang sebelah kiri itu menolak bahu Ayna kasar dengan jari telunjuknya. Ayna tersentak. Apa main tolak-tolak ni??

"Kau dah kenapa main tolak-tolak?" soal Ayna lagi tidak puas hati. Dahinya berkerut tidak puas hati.

Beberapa pelajar mula berkumpul untuk melihat adengan drama mereka.

Tiga orang gadis itu tersenyum sinis. "Pilih satu jelah perempuan! Jangan tamak sangat. Pikir kau lawa, semua lelaki kau boleh dapat la?" tukas salah seorang budak perempuan itu lagi.

"Bila masa aku cakap macam tu?? Aku tak hamak lah!" balas Ayna.

Mereka bertiga terus ketawa sinis sambil makin mendekati Ayna. Rambut Ayna diusap lembut sebelum mereka menarik kasar rambut Ayna. Ayna ternganga akibat terkejut. Dahinya berkerut menahan sakit.

"Kau ingat aku tak tau?? Kau game Alief dan Arfan kan? Kau ingat Alief sayang sangat ke dekat kau?? Seronok lah main dua lelaki sekali ha!?" jerit budak perempuan itu lebih lantang.

Dania yang melihat dari jauh tersenyum puas. Dia tidak perlu tunggu untuk buat begitu kerana pelajar lain sudah pun buat. Rasa puas hati kerana seluruh sekolah memandang keji pada Ayna sekarang.

"Mana ada aku game sesiapa! Lepaslah" Ayna meronta-ronta. Air mata cuba ditahan daripada jatuh.

"hoi!!"

Semua menoleh ke arah jeritan itu. Terus budak perempuan itu melepaskan rambut Ayna apabila melihat Alief melangkah ke arah mereka. Wajahnya berubah cemas.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now