BAB 56

117K 6.5K 1.4K
                                    

"Ayna. Awak sayang saya tak??"

Ayna menoleh. Kening diangkat memandang Arfan. "Soalan apakah? Eh tak lah! Saya benci awak" balas Ayna selamba. Arfan tersengih.

"Jom kahwin lepas spm" ujar Arfan lagi.

"Eeeee.. kahwin?? Eeeeeuw. Tak nak. Kita muda lagi lah!" Ayna menggeleng-geleng tidak mahu. Dah kenapa ajak kahwin tiba-tiba mamat ni? Tak padan dengan umur dia.

Arfan tersenyum. "Ayna.. awak tak jawab lagi soalan saya" tukas Arfan. "Soalan yang mana?" soalan Arfan dikembalikan dengan soalan oleh Ayna.

"Awak sayang saya tak?" Soal Arfan semula.

Ayna tersengih. "yela ngok. Sayang la. Mengada sangat sampai nak orang jawab jugak" Ayna menjulingkan matanya ke atas. Arfan ketawa pula. Suka mendengar pengakuan Ayna.

"Janji takkan tinggalkan saya?" Arfan menghulurkan jari kelingkingnya. Ayna memandang wajah Arfan sebelum memandang jarinya. "Cepat lah janjii" rengek Arfan pula.

"Saya janji saya takkan tinggalkan awak. Kecuali kalau awak yang tinggalkan saya dulu" jari kelingking kecil Ayna melingkari jari kelingking Arfan dengan sempurna. Mereka berdua tersenyum.

"I will never leave you Ayna"

Mata Arfan terbuka luas. Dia terus bangun dari baringannya. Nafas ditarik seketika sebelum menghembusnya berat. Wajahnya diraup.

Mimpi!

"I miss her.. so much" Arfan meraup lagi wajahnya. Mata dipejam. Membayangkan senyuman manis Ayna. Tubir matanya mula berair.

"Arfan bucuk. hahahah"

Arfan memegang kepalanya. Suara merdu Ayna terngiang-ngiang di telinganya.

Dia mahu Ayna kembali ke pangkuannya. Dia rindu mahu gelak tawa bersama gadis itu. Tetapi apabila teringatkan tentang status gadis itu sekarang, terus senyumannya hilang. Dia isteri orang.

Dia isteri orang Arfan!

Alief telah berjaya memiliki Ayna. Dia lambat. Alief telah berjaya mencuri hati Ayna yang telah dia sia-siakan dahulu. Dan Ayna sekarang, adalah hak milik Alief.

Arfan memeluk lututnya. Wajahnya ditutup ke dalam lutunya.

Kau kena lupakan dia.

●●●●●

Tut!

"Kau ni kenapa? kena penyakit sawan ke apa?" "

Kau ni penyangak ke apa? Ikut orng senyap2 dari belakang"

Tut!

"kau ni memang berani kan?? Orang lain pandang mata aku pun tak berani, kau boleh lawan lagi cakap aku kan?"

"buat apa aku nak takut orng macam kau?? Takde faedah!"

Tut!

"Kau dah jatuh cinta dengan Alief eh?"

"Kau jangan eh! Memang tak laa!"

Tut!

"Alief! Panggil doktor cepat!" jerit Mak Su apabila melihat tubuh Ayna yang tiba-tiba menggeletar. Mata Ayna masih tertutup. Alief terus tersedar dari lamunannya. Dia langsung berdiri dan berlari keluar untuk mencari doktor.

"Ayna!" Mak Su cuba menenangkan Ayna yang sudah seperti orang tak betul. Tubuh Ayna cuba ditahan daripada jatuh. Mesin pernafasan berbunyi bingit.

Beberapa saat kemudian, doktor dan beberapa jururawat sampai. Mereka terus menarik langsir dan menutup wad Ayna. Mak Su dan Alief disuruh keluar.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now