BAB 51

110K 6.8K 2.1K
                                    

"Alief"

Alief tidak mengendahkan panggilan Ayna. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Begnya dicampak merata.

"Alief!" panggil Ayna lagi.

Alief terus melangkah ke tingkat atas sambil membuka butang baju sekolahnya. Wajahnya tegang. Langsung tiada senyuman terukir di bibirnya.

"Alief! Aku panggil ni!"

Langkah Alief terhenti. Dia menghela nafas berat. "Leave me alone" ujarnya perlahan. Ayna mengetap bibir. "Boleh tak kasi aku explain dulu?" Balas Ayna melangkah mendekati Alief.

"Tak." jawab Alief dingin lalu meneruskan langkahnya ke tingkat atas.

"Please.. apa yang Arfan cakap dekat sekolah tadi semua tak betul." Ayna mengikut langkah Alief. "Jangan ikut aku." tukas Alief pula.

"Kau tak percayakan aku ke??" langkah Ayna pula terhenti. Langkah Alief juga terhenti. "Percaya. Aku percayakan kau. Tapi, kau musnahkan kepercayaan aku!" Alief terus menoleh menghadap Ayna. Wajahnya merah menahan marah.

"Kenapa kau tak bagitau aku yang mamat tu datang semalam? Kenapa kau perlu rahsiakan? Kau tak percayakan aku ke?!" Alief melangkah setapak demi setapak mendekati Ayna.

"Kau langsung tak fikir perasaan aku kan?! Kau tipu aku. Kalau mamat tu datang, buat benda tak elok dekat kau, kau sepatutnya bagitau aku!" jeritan Alief yang bagaikan halilintar membuatkan Ayna tertunduk memandang lantai. Bibirnya diketap.

Ayna menelan air liur seketika. Air mata sudah mula bertakung. "Kalau aku bagitau kau, mesti kau akan mengamuk. You can't even control your temper! And now you expect me to told you about this stuff?!" Ayna mendongak memandang Alief.

"Yes!" Alief melangkah lagi setapak mendekati Ayna. "You said you trust me and i trust you! Kalau dari mula kau bagitau aku pasal benda ni-"

"Apa?? Kau nak belasah mamat tu?? Like you always do?!" Ayna terus memotong kata-kata Alief. "Oh. Baru aku faham. Kau tak bagitau aku sebab kau nak protect mamat tu lah?? Kau nak protect ex-boyfriend kau tu?!!"

"Apa yang kau merapu ni?! That is irrelevant!" nafi Ayna pantas. Kenapa dia perlu protect mamat yang dia sudah tidak ada perasaan pada?? Cuma Alief sahaja yang boleh membuatnya bahagia.

"Why should i protect him!? Alief! All i have right now is you. Boleh tak kau jangan terus buat andaian sendiri??" sambung Ayna lagi. "Alief.. come on. If we keep shouting at each other like this, takkan selesaikan ape2" pujuk Ayna lagi.

Alief melarikan jarinya ke rambutnya yang sudah kusut masai.

"I'm sorry. I know its my fault. Aku mintak maaf okey?" Ayna cuba meraih tangan Alief tetapi Alief pantas menepis. "I can't trust you anymore" Alief terus berlalu pergi meninggalkan Ayna keseorangan di anak tangga itu.

Setitik air mata jatuh. Ayna meraup wajahnya. Fikirannya serabut.

●●●●●

Keesokkan harinya, Ayna melangkah masuk ke kelas dengan wajah muram. Tiada senyuman manis menghiasi bibirnya. Matanya sembap akibat menangis semalaman.

Semua pelajar memandangnya tajam. Pandangan yang paling tidak disukai Ayna.

"Wajahnya mendung tanpa senyuman, semuanya kerana perangainya yang tidak siuman" Dania terus melangkah ke tempat duduknya dengan senyuman sinis. Sempat lagi dia kasi pantun sekerat. Suka benar hatinya melihat wajah muram Ayna.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now