BAB 31

132K 7.7K 867
                                    

"The end."

Seisi kelas bertepuk tangan. Cikgu Nurul terseyum puas. "Good job group 2!" puji Cikgu Nurul memandang Rikzi yang tersenyum bangga.

"Nice story line. Kena dengan genre kamu iaitu action. Your acting is not that bad. I like it!" ujar Cikgu Nurul sambil menulis sesuatu di dalam fail di tanganya.

"Thank you teacher!" ujar mereka tersengih. Gembira betul dapat pujian dan sambutan yang bagus daripada guru itu.

"Other groups should make group 2 as an example." tukas guru itu lagi..

Ada yng mencebik menyampah melihat wajah bangga kumpulan di hadapan. Biasa lah, manusia kan. Kalau dah dengki mana boleh tengok orang lain senang.

Cikgu Nurul memandang kertas di tangannya. "So next week, group 3 get ready okay!" arahnya lalu berdiri. Beg tangannya diambil. "That's all for today. Thank you." Cikgu Nurul tersenyum lalu melangkah keluar dari kelas itu.

"Thank you teacher Nurul!" ujar seisi kelas sebelum mengemas barang-barang di atas meja dan keluar untuk rehat.

Ayna, Hasya dan Iqa jalan beriringan melangkah keluar dari kelas. Diikuti Alief, Faris dan Ameer yang juga mengikut langkah Ayna, Hasya dan Iqa.

Ilham juga turut serta. Mereka semua berborak sakan sambil berjalan ke kantin.

Beberapa pelajar memandang pelik ke arah Alief dan gengnya. Mana tak pelik, VRude Boys lepak dengan budak lain? Pelik pelik. Sejak bila ramai pulak orang yng kawan dengan Alief ni.

"Kau lanje ah aku. Kau kan kaya" Hasya menumbuk bahu Faris. Faris mencebik. "Banyak cantik kau." Faris menolak pula bahu Hasya. Terhuyung-hayang sebentar gadis itu apabila ditolak Faris.

Ilham menjeling. Terus dia menarik lengan baju Hasya agar jauh sedikit daripada makhluk bernama Faris itu.

Faris membalas jelingan Ilham. Terus dia merangkul bahu Alief. "Mintak kat Alief lah. Dia kan anak dato." balas Faris pula. Semua tersengih memandang Alief.

Pantas Alief menggeleng. "Eh eh. Memang tak ah. Walaupun duit aku banyak, takkan sekali aku bazirkan dengan lanje korang" balas Alief selamba. Semua di situ mula mencebik. "Hek eleh. Buuu" ujar mereka semua serentak.

Memang kecoh habis.

"Wah wah wah. Bukan main bising lagi korang ye?" Rizki yng datang entah dari mana berjalan ke arah mereka sambil menepuk tangan. Senyuman sinis dipamerkan.

Langkah 7 sahabat itu terus terhenti. Mereka semua diam memandang Rizki. Menyampah pulak dengan dia ni. Acah macho, acah hensem. Padahal muka tu nak dekat pian kpop. fuh.

"Bukan korang ni selalu gaduh ke? Langsung takde, chemistry." ujar Rizki memasukkan tangannya ke dalam poket. "Ni tiba-tiba boleh pulak jalan bersama? Kenapa tak gaduh je macam selalu?" soalnya sinis.

"Nak tengok kitaorng gaduh ke?" soal Faris pula merenung Rizki tajam. Gajah, semut, gajah, semut aje dia tengok mamat ni. Dari minggu lepas tidak puas hati.

Terus tangan Alief menahan tubuh Faris.

"Heh, kau dah tak ada kerja lain ke?" soal Alief memandang Rizki atas bawah. Sekali sepakan dah jatuh tergolek dah mamat kurus cekedeng ni. Rizki tersenyum lagi.

"Hm, actually banyak lah jugak benda yang aku kena buat. Aku tak macam korang. Pemalas" jawabnya berlagak selamba.

"Habistu? Boleh blah tak? Tak payah tercegat dekat sini macam pengemis" ujar Ameer pula. "Ish.. apahal macam bau sampah eh kat sini?" Ilham pula mula memainkan peranan dengan mulut puakanya itu. Semua di situ menekup mulut menahan tawa.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now