BAB 40

146K 7.3K 1.1K
                                    

Iqa mengangkat tinggi telefon bimbitnya. Kepala dia sempat tertoleh-toleh. Kakinya laju berjalan tanpa hala tuju.

Ameer tersengih kecil. Dia berpeluk tubuh sambil berjalan perlahan di belakang Iqa. Mata tidak lepas daripada memerhatikan gadis yang tampak gabra semacam itu.

"Iqa??" panggil Ameer perlahan. Iqa buat-buat tidak dengar. Skrin telefon bimbit ditekan-tekan mencari signal. Memang dalam hutan yang tak terlalu tebal ni tak ada signal eh?

"Iqa oh Shafiqah?" panggil Ameer lagi. Senyuman tidak pernah pudar dari bibirnya. Iqa mengetap bibir lalu menoleh "apa?" soalnya memandang Ameer bengang.

"Apasal gabra sangat ni?" soal Ameer tenang. Iqa membuat muka. "awak tahu tak kita sesat sekarang ni? awak boleh pulak tayang muka selamba badak awak tu?" bebel Iqa.

Ameer menghela nafas. "Jalan jelah nanti jumpa lah dorang tu" balas Ameer masih tenang. "ke awak gabra sebab tinggal kita berdua je?" soal Ameer pula. Kening diangkat. poyo kau.

Iqa mencebik. "Kenapa saya nak gabra sebab kita berdua je? takde kerja? kita kena cepat cari dorang! duit ada kat tangan saya" ujar Iqa lagi.

Dia teruskan berjalan. Malas mahu melayan Ameer.

Ameer tersenyum. "how cute" komen Ameer selamba. Iqa menggigit bibirnya lalu terus menoleh memandang Ameer tajam. "stopp" balas Iqa.

Ameer ketawa pula. Dia menggeleng lalu berjalan mengiringi Iqa.

Sementara di suatu kawasan pula,

Hasya berpeluk tubuh. Dia merengus perlahan. Menjeling memandang Faris yang berjarak hampir semeter dengannya.

Faris membuat muka. "Bising lah kau. Ingat aku suka ke nak jalan dengan kau ha?" tukas Faris juga berpeluk tubuh.

Hasya mencebik "Ada aku cakap apa-apa ke?" tukasnya lalu menjeling lagi Faris.

"Telefon lah dorang cepat" arah Faris tiba-tiba. "Kau faham tak takde line kat sini??" balas Hasya. "Adakan lah line tu!" tukas Faris pula.

"Kepala hotak kau!" balas Hasya lagi. "Apahal dengan pala hotak aku?? Ada masalah?" ujar Faris pula. "Kepala hotak kau memang ada masalah!" tukas Hasya menunjukkan kepalanya.

"Ingat kepala hotak kau tu normal sangat ke ha?" Faris melangkah mendekati Hasya. "Otak aku memang normal! Bukan macam kau" Hasya melangkah ke belakang setapak.

"Kau memang suka cari nahas kan?" Faris melangkah lagi mendekati Hasya. "Siapa nahas ha? Aku cari ahli kumpulan aku! Bukan nahas!" jawab Hasya lagi.

Faris tercengang. Boleh pulak dia buat lawak timun kat sini?

"Kau..." Faris melangkah lagi mendekati Hasya. Setapak demi setapak ke hadapan. Hasya menelan air liur. Kakinya melangkah setapak demi setapak ke belakang.

"Memang.. berani kan..." ujar Faris lagi. "Kau percaya ke aku? Kau tak takut dengan aku?" sambung Faris merenung tepat ke dalam anak mata Hasya.

Hasya mengelak daripada bertentangan mata dengan Faris. "Ap- apa kau buat ni" Hasya cuba untuk melarikan diri tetapi nasib tidak menyebelahi dirinya apabila kakinya tersadung pada batu di jalan tar itu.

Hasya menutup mata apabila hampir sahaja dia jatuh tetapi Faris lebih pantas memaut lengannya. Segalanya berlaku dengan pantas. Hasya membuka matanya.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now