BAB 10

135K 7.2K 473
                                    

"Woi Alief!!"

Alief menjauhkan sedikit Iphone nya dari telinga. Haih! Boleh pekak aku dibuatnya! Memang nak mati awal agaknya si Ameer ni.

"Kau buat ape?" soalnya selamba.

"Buat bodoh. Kau kenapa tiba-tiba call aku ni?" Alief menghalau kakaknya yang mencuba untuk mendengar perbualannya. Aish. sebok betul si Cikgu Nurul ni.

"Bosann ah. Lepak jom!"

Eh eh Ameer ni. Bukan haritu dia kata jangan kacau dia waktu cuti. Mentanglah dah ada Ps4 dekat rumah. "Bosan kepala hantuk kau! Haritu kau kata tak payah kacau kau. Nak lekat dengan Ps4 konon!"

Alief menghuyung hayangkan kakinya untuk menghalau cikgu Nurul. Sebok lah! Tak pasal-pasal nanti ter-flying kick kakanya yang seorang itu.

"Ak alah kau ni. Kasi mapos lah dengan Ps4 tu. Jomlah. Ajak Faris sekali!" Alief ketawa mendengar kata-kata Ameer. Kasi mampus!

"Nak lepak manoi?"

"Ioi city mall jom?"

"On je. Pukul 1:30 nanti aku sampai."

"Cantek! cepat sikit ye."

"Iyelah cik abang."

Selesai membuat panggilan Alief terus membuka almari pakaiannya. "Ha! Buat pe tuh?" Sergah Nurul kuat. Kemudian dia terus ketawa apabila melihat reaksi Alief.

"Ish apa ni kak! Tercekik orang nanti macam mana?" Alief mengurut dada. Kurang santan punya kakak.

"Sorry ye Dany. Dany nak pergi mana ni?" Nurul merenung adiknya tidak berkelip.

"Nak pergi jamban." acah Alief. Dia sudah mengeluarkan baju yang hendak dipakainya. Nurul mengerutkan dahi. "Kepalah hotak kau jamban. Tadi kata 1:30 nanti sampai? Sampai jamban??"

Alief menepuk dahi. "Apalah kakak ni." Nurul menayang sengih. Di sekolah memang dia kadang-kadan garang habis. Di rumah dia sangat suka bergurau. kadang-kadang boleh tercekik Datin Marziah dibuatnya.

Melayan karenah kakak yng seorang ni

Alief pula manja terlebih. Di sekolah acah acah gengster. Sampai rumah, dah jadi kucing. Mengesot je dekat Mama dia. Tapi kalau Alief marah, memang keluarlah gaya samseng dia tu. Hati-hati.

"Dating ngan awek eh?" duga Nurul selamba. Pantas Alief menggeleng.

"Ameer ajak lepak kat Ioi City mall dengan Faris. Dah, kakak pergi keluar! Orang nak tukar baju. Shuh!!" Alief menolak badan kakaknya sehingga keluar dari bilik.

Nurul mencebik.

•••••

"Cepat sampai?" Tegur Alief sebaik sahaja nampak kelibat Ameer dan Faris. "Siapa yang lembab?" Sindir Faris. Punya lah macam tugu negara dia dan Ameer menunggu si Alief ni. Naik uber ke jalan kaki bang?

Alief cuma tayang muka tak bersalah.

"Jomlah. Kita pergi Baskin Robbins dulu. Jomm!" Ameer sudah melangkah dengan teruja. Siap buat gaya superman lagi.

Alief dan Faris ternganga. Apa yang dah rasuk si Ameer tum

"Hoi! Cepatlah!" Ameer melaung. Tercegat dok situ buat apa? Dalam hairan, mereka melangkah jua mengikut Ameer yang tergedik gedik tu. Dah kenapa happy sangat ni?

Sebaik mereka sampai ke Baskin robin Faris menarik Alief. Alief menoleh. Apahal dia ni? Faris dipandang dengan dahi berkerut.

"Aku rasa aku tahu kenapa di tiba-tiba ajak kita datang sini" bisik Faris. Alief mengangkat kening. "Tu! Kau tengok belah kanan tu. Ada tiga orang minah tu, and.." Faris sengaja tidak mahu menghabiskan kata-katanya. Dia tersengih.

Gengster Tu Aku Punya!Onde histórias criam vida. Descubra agora