BAB 20

128K 6.6K 452
                                    

"Kak! Are you crazy?"

Bergegar satu rumah banglo besar milik Dato' Ahmad pada malam itu.

Cikgu Nurul masih beriak selamba. Wajah tidak puas hati adiknya dipandang tenang. "Nope. Akak sihat walafiat lagi" jawab Cikgu Nurul selamba.

Alief merengus. Terus dia menghempaskan tubuhnya di atas katil milik kakaknya. Mahu bergegar katil milik cikgu Nurul itu.

"Kenapa kakak kasi Dany satu group dengan minah-minah tu? Kalau Dania tu takpe lagi. Ni, satu kumpulan dengan Ayna?" Protes Alief geram. Cadar merah kakaknya di gentel-gentel.

"Apa salahnya? Bukannya akak letak kau satu kumpulan dengan beruk-bruk sama spesis macam kau pun" jawab Cikgu Nurul lagi.

Alief membuat muka. "Kak sengaja kan? Saja nak kasi Alief satu group dengan minah tu" tukas Alief lagi tidak puas hati.

Cikgu Nurul menjungkit bahu. "Kakak tutup mata pastu main pilih je nama. Dah korang terjodoh pulak satu kumpulan. Nak buat macam mana" balas kakaknya pula.

Alief menghentak-hentak kakinya di atas katil itu. "Alaa kak. Nak tukar please" pinta Alief dengan muka seposennya tu. Terus Cikgu Nurul tersenyum mengejek.

"Never" jwbnya mengejek dalam masa yang sama, tegas.

Alief mengeluh. "Kalau mcm tu, kak tukar genre kitaorng" tawar Alief lagi. Main tawar-menawar pulak.

Pantas Cikgu Nurul menggeleng. "Mana boleh macam tu. Tak adil" jawabnya lagi.

"Kitaorng nak buat apa dengan romance kak" protes Alief lagi. "Buat drama lah. Takkan nak kunyah pulak benda tu" sekali lagi diberi jawapan bodoh bin bangang.

Alief mengusutkan rambutnya. Kenapalah dia dapat kakak yng sengal macam ni.

Cikgu Nurul tersengih. Sorry my brother!

.

.

Suasana di taman pada petang itu sunyi sepi. Cuma kedengaran burung-burung berkicauan.

8 pasang mata bertentangan dengan pandangan benci dan menyampah.

Wani dan Hariz berpandangan. Kemudian mereka berdua menoleh ke arah Alief, Faris, Ameer dan Dania berlawan mata dengan Ayna, Hasya, Iqa dan Ilham.

Dari tadi mereka tidak berhenti bergaduh. Orang datang sini nak bincang pasal kerja yang diberi cikgu, tetapi akhirnya semua berperang mulut.

"Kau ingat, aku nak sangat ke satu kumpulan dengan kau?" soal Ayna benci. Alief tersenyum sinis. "Kalau dah jodoh, tak kemana" jawab Alief selamba. Terus Dania menepuk bahu Alief. Dijegilkan mata pada lelaki itu.

"Heh. Jodoh ke bodoh?" balas Hasya pula. "Yang bodoh tu engkau" jawab Faris pula tersenyum sinis. Dia berbalas high five dengan Ameer.

"Diri sendiri pun bodoh tak sedar diri." tukas Iqa mengangkat kening. Ameer terdiam. Dia menelan air liur seketika.

Faris menolak bahu Ameer. "Balas ah" ujarnya. Ameer menggeleng perlahan. "tak boleh do" jwb Ameer pula. Faris membuat muka.

"Er korang, bila kita nak mulakan perbincangan kita?" soal Wani berhati-hati. Memang susah lah kalau satu kumpulan dengan musuh ni.

"Bila-bila kau nak lah" jawab Alief selamba. Pantas dia bangun dan berlalu.  Terus Ayna berdiri. "Hoi! Nak pergi mana tu?" soal Ayna pula.

"Balik ah" jawab Alief lagi. Selamba badak dia je. Ayna mengetap bibir. "Tak payah nak mengada. Kau duduk balik." Arah Ayna sesuka hati.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now