BAB 42

127K 6.6K 474
                                    

Alief melangkah masuk ke kelas dengan wajah selamba. Seisi kelas yang sedang tertumpu ke arahnya tidak diendahkan.

"Is it over?" soal Dania tiba-tiba memandang Alief sambil berpeluk tubuh. "Apa?" soal Alief pula memandang Dania.

"Us. Our relationship. Is it over?" soal Dania lagi mengulang soalannya. Alief tersenyum sinis. Semua pelajar di dalam kelas mulai senyap menumpukan perhatian kepada perbualan mereka berdua.

"Yes. Between us. Its over" balas Alief lalu melangkah ke tempatnya.. sempat dia memandang tempat Ayna yang kosong. "Just like that?" suara Dania mulai tinggi sedikit. Alief dipandang dengan wajah bengang.

Beberapa pelajar mula berbisik.

Alief mengangguk. "Just like that."

Dania merengus. Tidak percaya yang Alief boleh terus buang dirinya begitu sahaja. Semuanya Ayna punya pasal!

Beberapa minit selepas itu, guru waktu pertama masuk dan mula mengajar.

Alief menghela nafas seketika. Dia memandang ke luar tingkap. Langsung tak boleh beri perhatian pada cikgu yang sedang mengajar di hadapan.

Kemudian kepalanya tertoleh pada kerusi di sebelahnya yang kosong. Ayna masih demam. Jadi dia tidak hadir ke sekolah hari ni.

Wah. Baru berapa jam tanpa Ayna sudah terasa sunyi. Rindu pula mendengar gelak tawa Ayna. Agaknya, apa yang Ayna sedang buat di rumah sekarang?

"Alief Danyel!"

Alief tersentak. Dia menoleh ke hadapan. Kelihatan cikgu Siti bercekak pinggang memandang Alief. "Saya sedang mengajar ni kamu buat apa?" soal guru itu garang.

Alief diam. Malas mahu menjawab.

"Tidak fokus!" tukas guru itu lagi.

"Dia tengah teringat orang sebelah lah tu cikgu! Sehari tak jumpa rindu!" laung Faris di belakang. Seisi kelas ketawa. Ameer berbalas tepukan dengan Faris.

Alief menayang wajah selamba. Tubuh disandarkan pada kerusi seperti takde apa yang berlaku.

Cikgu Siti menggeleng seketika sebelum kembali mengajar. Nak bising dekat si Alief banyak-banyak pun tak ada guna. Bukannya reti dengar cakap cikgu pun budak tu!

Selepas tamat waktu cikgu Siti, Faris dan Ameer terus melangkah ke tempat Alief. "Wah nampaknya kau betul-betul angau dekat Ayna ni" Faris memegang bahu Alief yang duk termenung kerusi di sebelah itu.

Alief mencebik lalu menepis tangan Faris. Faris yang duduk di atas mejanya itu dipandang. "Apa pandang-pandang?" tukas Alief membuat muka.

"Kau serius ke suka Ayna?" soal Ameer pula. Alief menggaru kepala seketika lalu perlahan-lahan mengangguk. "I think... so" jwbnya perlahan.

"pergh! Alief dah jatuh cinta bhai!" Faris menepuk tangan acah-acah ingin meraikan. Alief terus menjegilkan matanya pada Faris. Kepochi betul rakannya yang seorang itu.

"Wei Alief, kau tau tak? Satu sekolah gosip pasal kau dengan Dania sekarang ni tau" Hasya yang datang entah dari mana menyampuk. Iqa mengangguk.

"Kau jangan nak libatkan Ayna dalam masalah rumah tangga kau eh" ujar Iqa pula selamba. Ameer tersengih mendengar amaran Iqa.

"Ehh. Apa pulak? Aku dengan Dania dah tak ada pape okay." tukas Alief memeluk tubuh. "Dia dah ada Ayna sekarang. Mana kesah pasal cinta lama dah hahaha" sindir Faris.

Alief menolak kepala Faris perlahan.

"Kau betul-betul suka Ayna lah ni?? heol daebak" Hasya menggeleng-gelengkan kepala. Keluar dah bahasa korea dia. "Wow the tables has turn now. Tengoklah dulu siapa yang selalu duk buli Ayna" sindir Iqa.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now