BAB 28

124K 7K 405
                                    

"Satu, bangun!" jerit guru muda bernama Nurul itu. Maka 10 orang pelajar bangun sambil mengangkat tangan.

"Dua, lutut!" jerit Cikgu Nurul lagi di tengah-tengah hujan yang lebat. 10 orang pelajar yang berdiri betul-betul di tengah hujan itu kemudiannya melutut sambil tangan masih di udara.

"Tiga, baring!"

Mereka berbaring pula sambil tangan masih di dalam posisi yng sama.

"Cikgu, hujan makin lebat!" jerit Dania dengan muka masam mencuka seperti biasa. Sudah hampir satu jam mereka bermandi hujan di tengah-tengah dataran ini.

"Satu, bangun!" Cikgu Nurul tidak menghiraukan jeritan Dania lalu hanya sambung menjerit membrti arahan.

Dania mengetap bibir geram. Panas saja hati melihat cikgu Nurul yng berdiri di bawah payungnya itu. Untunglah ada payung!

"Dua, lutut!" arah guru itu lagi tanpa langsung belas kasihan.

"Cikgu!" jerit Wani pula sudah tidak tahan.. sumpah tangan dia lenguh!

"Selagi kamu semua bermusuh, selagi itu cikgu akan teruskan!"

"Tiga, baring!"

10 orang pelajar itu menjerit kesakitan.

Selepas beberapa jam, akhirnya hujan mulai redha. Cikgu Nurul tersenyum puas melihat 10 anak muridnya terbaring kepenatan di atas simen itu.

"Penat?" soal guru itu

"Penat." jwb mereka perlahan. Mana tak penat woi. Dengan basah kuyupnya lagi. Tangan dah lenguh. Satu badan terasa sengal.

"Macam yang cikgu cakap, kalau korang asyik bergaduh lagi teruk cikgu kasi. Faham?"

"Faham."

"Bagus. Nah, nasi goreng. Ambil sorang satu bungkus. Makan dulu. Kejap lagi cikgu datang balik" Cikgu Nurul menghulurkan tiga bungkusan nasi goreng pada Hariz dan Ilham lalu berlalu pergi.

Hariz dan Ilham memberi nasi goreng itu kepada ahli kumpulan mereka. 10 orang pelajar itu duduk berkumpulan dalam bulatan sambil menikmati makanan mereka.

"Mati kita kalau tiap-tiap hari macam ni" Ayna bersuara memecahkan kesunyian antara mereka. "Kan. Setiap hari kita kena mandi hujan macam ni" jawab Ameer bersetuju.

Terkejut Ayna seketika apabila Ameer tiba-tiba bersetuju dengannya. Selalunya asyik bertentangan aje dengan apa yang dicakapnya.

"Kau lah yang paling teruk tadi. Nak menangis aku tengok muka kau" ujar Ilham tersengih memandang Ameer. Sengaja mahu melihat reaksi Ameer.

Ameer merengus. Ilham memang tak serik! Baru sahaja Ameer ingin membalas kata-kata Ilham, tiba-tiba Iqa ketawa. Semua memandang hairan ke arah Iqa.

"Bukan Ameer je. But all of you too. We look like shit right now." ujar Iqa lalu ketawa terbahak-bahak.

"Kau paling teruk Iqa. Comot!" balas Hasya pula lalu ikut ketawa. "Kau pun sama Ayna! Hahah" tukas Hasya lagi.

Ayna tersengih. Dia membetulkan rambutnya yang kusut itu lalu akhirnya dia juga ketawa. "Ilham, muka kau macam tongkang pecah doh!" tukas Ayna menepuk-nepuk lantai itu.

Ilham terus muncung. "Uish, habis muka hensem aku." ujarnya dan Hariz pula ketawa. Ayna, Hasya, Iqa, Ilham dan Hariz seperti orang gila aje ketawa.

Alief, Faris dan Ameer mengangkat kening.

"Tiang, kau lagi lah. Muka kau cam ijoy hahaha" Ayna menunjuk ke arah Alief pula. Makin kuat tawa kedengaran.

Tersembur air yang di minum Alief. Ameer dan Faris ketawa terbahak-bahak. Sampai menepuk-nepuk lantai. "Muka aku banyak punya hensem macam ni kau kata macam ijoy?" tukas Alief bengang.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now