BAB 61

91.2K 5.1K 1K
                                    

"Tolong aku"

Semua pelajar memandang Alief yang berdiri di hadapan kelas itu. Masing-masing senyap. Menumpukan perhatian kepada lelaki itu.

"Mungkin aku tak boleh kembalikan ingatan dia. Tapi aku tak nak kehilangan dia. I neee her. I love her. Aku masih perlukan dia dalam hidup aku. Dia perempuan pertama yang buat aku betul-betul jatuh cinta, rasa sayang, rindu, marah, cemburu. She make me go crazy everytime i see her. She always makes me worried about her. She makes me wanted to protect her. She is very important to me. I can't lose her." Alief menunduk memandang lantai. Menahan air mata yang ingin jatuh.

Ye. hanya disebabkan seorang gadis yang bergelar isterinya, dia tidak kisah ingin menumpahkan air mata. Semua terdiam. Mereka seolah-olah dapat merasakan apa yang Alief rasa. Melihat kesungguhan Alief membuatkan hati mereka lembut. Alief betul-betul sayangkan Ayna. Is this what we call true love?

"Tapi, kalau dalam masa sebulan masih takde perubahan...." kata-kata Alief terhenti seketika. Dia menoleh memandang Arfan. "I will let her go. Kau boleh ambil dia" tukas Alief dalam keterpaksaan. Dia menarik nafas panjang.

Arfan terkedu seketika.

Iqa menggeleng pantas. Semudah itu aje Alief cakap? Mana boleh dia lepaskan Ayna begitu sahaja! Ingat apa? Roti gardenia? Sungguh enak dimakan begitu saja~

Terus dia berdiri. "Kita kena tolong Alief! Ayna and Alief are meant to be together. They deserve each other. Lets help them! Who's with me??" Iqa memandang rakan-rakan sekelasnya.

"Aku" Hasya berdiri lalu tersenyum. Terus Faris dan Ilham berdiri serentak. Ameer juga berdiri dengan penuh semangtnya. "Aku!" Hariz juga berdiri. Dia tersengih. Laila dan Farisya berdiri. Iqbal juga ikut berdiri. Terus dia menarik Rizki agar berdiri sekali. Perlahan-lahan Arfan berdiri. Seisi kelas tersenyum lalu berdiri.

Macam nak nyanyi lagu negaraku pun ada. Alief tersenyum. Semua berdiri kecuali Dania. Seisi kelas memandang Dania.

"you wanna join?" soal Iqa dengan kening diangkat. Dania berpeluk tubuh. "hm.." gumamnya perlahan. Iqa tersenyum. "Jadi tiang! Apa plannya??"

Semua menoleh ke arah Alief.

Alief tersenyum.

.

.

Ayna melangkah masuk ke dalam kelas. Keningnya terangkat seketika apabila seisi kelas memandangnya. Rambut dibetulkan sebelum dia melangkah perlahan ke tempatnya. Berkerut dahinya apabila melihat Alief selamba duduk di sebelah tempatnya sambil kaki dinaikkan di atas kerusi tempat duduknya.

"hoi Alief Danyel. Kau buat apa kat sini?" soal Ayna memandang Alief yang selamba bermain telefon bimbitnya. "Mancing. Tak nampak?" jawab Alief selamba. Ayna mengetap bibir.

"Pergi duduk balik tempat kau! Semak je datang tempat aku" Ayna menghalau.

Alief mendongak. "Ni lah tempat aku" balasnya lalu tersenyum menampakkan giginya yang tersusun elok. Ayna pantas menggeleng. "No its not. Tempat kau dekat sebelah sana" jawab Ayna.

"Cikgu dah tukar. Kan Jef?" Alief memandang ketua kelas dengan kening terangkat. Jefri terus mengangguk mengiakan. Ayna memandang sekeliling. Memang tempat sudah bertukar. Hasya dan Iqa, Faris dan Ameer, Laila dan Farisya, Dania dan Wani. Arfan berseorangan di belakang.

"Bila cikgu tukar?" soal Ayna dengan dahi berkerut. Alief mengangkat bahu buat-buat tidak tahu. Cikgu tak pernah tukar pun. Sengaja mereka susun balik tempat di mana waktu mula-mula Ayna berpindah ke sini.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now