Epilog

112K 7K 2.2K
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Semua mata memandang ke arah tiga orang lelaki yang berjalan selamba dengan jubah merah dan hitam mereka. Dengan topi akedemik empat segi yang berwarna hitam, wajah masing-masing tetap nampak menawan.

Langkah tiga orang lelaki itu berhenti betul-betul di sekumpulan pelajar yang juga memakai jubah dan topi yang sama..

"Korang..."

Semua mata memandang Alief. Menunggu kata-kata seterusnya.

"Kita dah graduate highschool!!" Alief menjerit kuat. Terus Faris, Ameer, Ilham, Ayna, Hasya, Iqa dan Dania melompat gembira. Beberapa pelajar di situ memandang sambil tersengih. Mereka semua rasa benda yang sama.

SPM telah pun habis dan mereka akhirnya lulus sekolah menengah. Setelah lima tahun berhempas pulas dalam alam sekolah menengah, mereka akhirnya bebas.

"Kita bebas!!" Jerit Faris menarik gelek di situ. "Amboi-amboi kecohnya. Semua pandang sini!" Cikgu Nurul tersenyum dengan kamera di tangannya. Semua orang menoleh memandang guru itu. Mereka mengambil posisi lalu tersenyum ke arah kamera.

"Dah habis sekolah dah masing-masing ye" ujar Cikgu Nurul. Ayna, Hasya, Iqa dan Dania dipeluk seorang demi seorang. "Good job guys. You guys worked hard" tukasnya lagi dengan senyuman.

Ayna memandang sekeliling. Pelbagai ragam dan aksi dapat dia lihat pada hari graduasi ini. Ada yang berjumpa dengan keluarga. Ada juga yang sampai atuk, nenek, pakcik, makcik yang datang meraikan hari ini. Ada sekumpulan pelajar perempuan yang menangkap gambar sana sini. Ada juga yang hanya meraikan bersama kawan-kawan.

Zaman sekolah menengah mereka akhirnya tamat. Kini mereka akan bergerak ke dunia baru. Fasa baru. Tahun baru. What feels like the end is often the beginning. And so the adventure begin.

"Ayna! Cepat berdiri sebelah dorang" laung cikgu Nurul. Ayna menoleh. Dia tersengih lalu terus berdiri di tengah-tengah antara Hasya dan Iqa. Mereka bertiga tersenyum ke arah kamera.

"Ha sudah-sudah! Aku pulak" Alief menarik Ayna lalu menghalau Hasya dan Iqa. Mereka berdua mencebik. Alief menarik pinggang Ayna. "hei. Jangan lah tarik" bisik Ayna. Alief pula hanya buat-buat tidak dengar. Dia memberikan bunga kepada Ayna sambil tersenyum kemudian mereka berdua tersenyum ke arah kamera.

Ayna mencucuk pinggang Alief lalu ketawa apabila tubuh Alief seolah-olah terkena renjatan elektrik. Semua di situ ketawa. Alief menjeling Ayna tajam. Terus dia tarik leher Ayna lalu rambut Ayna dikusutkan. Terjerit kecil gadis itu dibuatnya.

"Amek kauu padan muka" Alief meramas kepala Ayna lembut dengan senyuman. Ayna menarik muncung. Tertanggal sudah topi empat seginya. Rambutnya yang panjang mengurai tadi habis kusut. Alief ketawa kecil. Comel!

Pipi Ayna dicubit lembut. "Alololoo. Pikir cantik ke buat muka macam tu?" Alief mencucuk pula pipi Ayna. Ayna terus menarik kepala Alief dan menariknya pergi ke tempat lain. Yang lain hanya ketawa memandang karenah mereka. Lantak lah mereka nak pi mana pun.

"Siapa pulak nak ambil gambar??" Soal cikgi Nurul. Iqa memandang Ameer seketika sebelum dia terus berdiri di hadapan kamera. Ameer tersengih. Rambutnya dibetulkan sebelum dia berdiri di sebelah Iqa. Mereka berdua tersenyum.

"Ok freestyle!"

Iqa membuat tanda peace. Ameer menoleh memandang Iqa.

Klik!

"Dah dah! Aku pulak!" Ilham menarik lengan jubah Hasya sambil menghalau Iqa dan Ameer.

Ameer mencebik. Dia tidak sempat pun nak pose di hadapan kamera tadi.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now