BAB 62

90.1K 5.7K 1.6K
                                    

"Ayna Maisarah?? Mana buku latihan kamu?" Cikgu Siti bercekak pinggang memandang anak muridnya yang hanya berdiri tegak sambil menayang wajah selamba. Langsung tiada rasa bersalah.

"Tertinggal kut" jawabnya selamba. Pandangan seluruh kelas tidak dihiraukan. Alief yang juga berdiri di sebelah Ayna itu hanya beriak selamba. Perangai Ayna memang berubah. Dulu dia paling takut denda dan dimarahi guru. Tapi sekarang boleh pula dia melawan cakap si cikgu singa ini.

"Amboi-amboi cik kakk senang hidup?? Tertukar perangai dengan boypren kamu tu ke?" Cikgu Siti melirik ke arah Alief seketika sebelum dia merapatkan jaraknya di antara Ayna. Ayna masih berdiri sambil berpeluk tubuh. Renungan cikgu siti dibalas dengan berani.

"Mestilah senang. Ada boyfriend kaya raya. Goyang kaki je" Ayna tersenyum sinis. Semua terlopong mendengar kata-kata gadis itu. Alief menepuk dahi. Memang habis kena dengan si singa ni.

Ekspresi guru itu berubah. Dahinya berkerut. Berani sungguh gadis ini melawan kata-katanya. "Tak bawak buku denda! Ayna, Alief, Faris dan Ameer jumpa saya selepas sekolah!" tukas guru itu tegas sebelum dia kembali ke hadapan kelas.

Ayna mencebik. Dia mengibas rambutnya dengan penuh rasa bebal. Rimas dengan cikgu itu. Alief hanya menghela nafas. Takpelah. Asalkan dapat berada dekat dengan Ayna pun sudah cukup.

.

.

"Menyampah betul lah dengan cikgu tu. Tak bawak buku kena denda bla bla bla" Ayna mengajuk cakap guru itu sambil tangannya mengonyol mop di dalam baldi itu dengan penuh rasa geram.

"Siapa punya pasal? Yang kau pergi lawan cakap dia apahal" balas Faris menjeling Ayna. Langsung tidak senang dengan perubahan Ayna. Bagaimana lah Alief mahu tahan dengan perangai baru Ayna yang sebijik macam Dania tu? Rimas!

"Kau diam! Siapa jugak yang tak bawak buku" balas Ayna selamba.

"Sembang ah kau Ayna. Kalau kau tak menjawab tadi kita dah diri je dalam kelas sampai habis masa. Ni tidak! Buang masa je kena denda" tukas Ameer. Faris mengangguk setuju.

"Korang tak payah nak salahlan aku sangat! Siapa suruh tak bawak buku" balasnya lagi tidak mahu mengalah. "Alief! Kau sound sikit bini kau tu" Faris menoleh ke arah Alief yang sedari tadi hanya berdiam diri.

"Ha meh ah sound aku. Ingat aku takut??" Ayna pantas melangkah ke arah Alief. Dia berdiri betul-betul di hadapan Alief. Kaki dijengkit sambil wajahnya menghadap Alief. Alief merenung wajah Ayna lama.

"Pergi sambung buat kerja" tukas Alief perlahan. Dia menoleh memandang ke tempat lain. Ayna bercekak pinggang pula "aik? Tak berani ke? Wau... kau dah takut dengan aku eh??" Ayna ketawa sinis. Cam harem je perangai.

"Diam. Pergi je buat kerja. Or not you will get my punishment" balas Alief cuba memfokus pada mop di tangan. "Alief Danyel. Are you scared of me?" Ayna melangkah setapak ke hadapan.

Alief tersentak. Dia melangkah setapak ke belakang. Dahinya berkerut "no. i'm more scared of myself" jawab Alief. Ayna mengangkat kening. "Apa kau merapu ni Alief Danyel?" Dia melangkah lagi setapak ke hadapan mendekati Alief.

"Ayna, aku cakap pergi buat kerja. you don't want my punishment" jawab Alief. Air liur ditelan kasar sambil dia melangkah lagi setapak ke belakang. Ayna memang suka mencabar kesabarannya.

Ayna tersenyum sinis. Dia melangkah lagi ke hadapan. "I'm not scared to your punishment" ujarnya selamba. Sengaja ingin menguji lelaki itu. Alief melangkah lagi ke belakang sehingga tubuhnya tersandar pada dinding.

Dia sudah terperangkap. Tiada jalan keluar.

"I am not joking about my punishment. Kau takkan suka hukuman aku ni." balas Alief dengan suara tersekat-sekat. Ayna berpeluk tubuh. Riak wakahnya masih sinis. Dia melangkah lagi setapak ke hadapan betul-betul menghadap Alief.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now