BAB 54

121K 7.8K 1.9K
                                    

"Kepada semua pelajar-pelajar SMK Subang Bestari dan SMK Putrajaya, tolong ambil tempat masing-masing kerana perlawanan bola keranjang antara sekolah akan bermula sebentar lagi"

Ayna mengetap bibir. Kakinya dihayun pantas ke dewan a.k.a gelanggang sekolah. Matanya sempat menangkap Hasya dan Iqa yang baru henda masuk ke dalam dewan.

"Hasya! Iqa!" Kaki dihayun lebih pantas ingin mengejar dua orang sahabatnya itu. Tiba-tiba bahunya terlanggar seseorang. "Aduh!" Ayna mengerang kesakitan. Dia menoleh.

"eh. Sorry Ayna" ucap Arfan ingin memegang bahu Ayna tetapi pantas ditepis Ayna. "Kau buat ape kat sini? Kata game nak mula dah?" soal Ayna. Dia mengusap bahunya perlahan. Nasib baik dia sempat imbangkan dirinya tadi.

"Saya cari awak" ujar Arfan. Dahi Ayna berkerut seketika. "Motif cari aku??" tukas Ayna. Dia menjauhkan dirinya sedikit dari lelaki itu. "Saya perlukan semangat awak Ayna. Macam yang awak selalu buat dulu setiap kali saya ada game. I need your support" tukas Arfan.

Ayna tidak beriak. "Aku datang sebab tengok Alief main. Bukan kau." Ayna terus menoleh ingin berlalu tetapi langkahnya terhenti serta merta apabila dia melihat Alief berdiri tegak di hadapannya.

Alief memandangnya. Dia memandang Alief.

"Alief! Arfan! Cepat!" Cikgu Syukri sudah melaung kuat dari pintu dewan. Serentak Arfan dan Alief menoleh. Mereka mengangguk faham.

Arfan tersenyum ke arah Ayna sebelum berlari anak ke dalam dewan. Alief juga memandang Ayna seketika sebelum menoleh dan berlalu pergi.

Ayna mengikut langkah Alief. "Best mesej dengan Dania semalam?" soal Ayna sinis. Alief mencebik seketika. "Syok on the phone dengan Arfan malam semalam?" soal Alief semula tidak mahu mengalah. Giliran Ayna pula mencebik.

Mereka sampai di dalam gelanggang. Seluruh dewan telah penuh dengan pelajar dari dua buah sekolah yang semangat menyokong untuk sekolah masing-masing.

"Mangat datang harini nak tengok ex kau main?" Alief meregangkan badannya seperti pemain-pemain lain. Ayna masih ralit memerhatikan Alief. Arfan yang merenungnya dari jauh tidak diendahkan.

"Aku datang sini nak tengok kau main." jawab Ayna. "Aku nak tengok kau menang" sambungnya lagi. Alief diam seketika. Kata-kata Ayna tidak dihiraukan. Dia terus memanggil ahli-ahli pasukkannya untuk berbincang.

Ayna mengetap bibir. Sengaja palau aku.

"Ok semua fighting!!" jerit Alief meletakkan tapak tangannya di tengah-tengah bulatan diikuti pemain yang lain.

"Fighting!!"

"Aku tak suruh pun kau datang tengok aku harini" Alief sempat membalas kata-kata Ayna.

Ayna mengangguk faham "aku tahu. Kalau kau tak nak aku ada kat sini, okay. Aku boleh blah. I just wanna say.. goodluck. My one and only... tiang" ujar Ayna tersenyum nipis sebelum melangkah ke belakang beberapa tapak.

Alief terdiam. Mereka sepasukan terus melangkah masuk ke gelanggang dan wisel berbunyi menandakan permainan telah bermula. Sorakan bergema di seluruh dewan.

Ayna menghela nafas. "Pastikan kau menang" gumamnya sendirian sebelum memandang Alief seketika dan berpusing ingin keluar dari dewan.

Alief menghela nafas berat. Tiba-tiba fokusnya hilang. Matanya sempat melirik ke arah Ayna yang sudah berlalu keluar. Jantungnya berdegup pantas.

Ayna... jangan pergi.

Tiba-tiba bola mendatang ke arahnya dan Alief sambut dengan cekap. Otaknya tiba-tiba menjadi perlahan. Ia bagaikan tidak mengikut kata hati. Bola dipegang di tangan.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now