BAB 55

123K 7.2K 1.3K
                                    

Tutt!

"Hoi! Tak nampak ke siot?!"

"Bahasa tu tak nak kasar lagi ke bang??"

Tutt!

"kau sedar tak dengan siapa kau bercakap ni?!"

"Manusia lah.. ke, tiang??"

Tutt!

"Woi woi! Tepi skit!! Aku nak lalu laa"

"Tak pandai beratur ke cik abang??"

Tutt!

"Kau jangan berani nak cabar aku eh!! Kau belum kenal lagi siapa Alief Danyel.."

"Aku tak berminat pun lah nk kenal dengan kau!"

Tutt!

Alief membuka matanya saat mendengar tapak kaki yang baru keluar dari bilik pembedahan. Dia menggosok matanya seketika sebelum berdiri.

Semua keluarganya sudah ada di situ. Mama, Papa, Mak Su, Nek Jah dan juga cikgu Nurul.

Mak Su dan Mama sudah berlumuran dengan air mata. Papa cuba untuk menenangkan mama manakala Nek jah berkongsi kesedihan dengan mak su. Cikgu Nurul hanya diam merenung lantai.

Alief memandang darah yang melekat di baju dan tangannya.

"Ayna berada dalam keadaan kritikal"

Alief terus menoleh. Dia melangkah laju ke arah doktor yang sedang bercakap dengan orang dewasa itu. "Kri- kritikal?" soalnya semula.

Datin Marziah terus memeluk bahu Alief. Air mata sedari tadi tidak berhenti mengalir.

"Kepala dan seluruh tubuh badannya terhentak kuat dan nampaknya Ayna kehilangan banyak darah. Kepalanya terhentak paling kuat. Saya tidak pasti apa yang akan berlaku nanti. Sekarang, yang boleh saya pastikan adalah dia koma."

"Allah" Nek Jah hampir rebah ke lantai tetapi sempat disambut Mak Su. Alief memejamkan matanya. Rambut dikuak ke belakang.

"Doktor. Tolong selamatkan Ayna doktor. Saya merayu" Datin Marziah sudah mula meraung. Dato' Ahmad pantas menahan isterinya. Doktor lelaki itu tunduk seketika. "Saya akan cuba sehabis baik saya puan. Saya minta maaf" ujarnya.

"Saya harap tuan, puan sekeluarga tabah menghadapi cabaran ini. Kita doa banyak-banyak. Saya sekali lagi minta maaf" doktor itu tunduk lagi sebelum beredar.

"Ayna bang.. ya allah" Datin Marziah meraup wajahnya. "Ye saya tahu. Awak kena banyak bersabar" pujuk Dato' Ahmad. Cikgu Nurul mengusap lembut belakang Mak Su yang hanya tunduk memandang lantai.

Alief duduk di atas lantai hospital yang sejuk itu. Wajahnya tampak pucat dan kosong. Bibir dikemam kuat. Apabila dia teringat wajah Ayna, senyuman Ayna, gelak tawa Ayna, semuanya membuatkan dia sebak.

My one and only... tiang

Air mata laju turun membasahi pipi. Dia menyesal. Menyesal kerana terlalu lambat. Menyesal kerana ikutkan keras kepalanya dan menyesal kerana menyeksa Ayna dan juga dirinya.

Alief tunduk memandang lantai sambil menangis teresak-esak.

"Dany.." Cikgu Nurul memegang lembut bahu adiknya itu. "Dany bodoh kak. Ada otak tak reti fikir. I was supposed to take her with me instead of her pushing me." tukas Alief memejamkan matanya.

"Its my fault. Its all my fault" rintih Alief lagi. Cikgu Nurul pantas menggeleng. "No dany.. its not your fault. Jangan salahkan diri sendiri." pujuk Cikgu Nurul lalu menarik Alief ke dalam pelukan.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now