BAB 59

114K 6.6K 782
                                    

"Dany, are you sure?" soal cikgu Nurul

Alief menghela nafas seketika sebelum mengangguk. "Dany rasa baik dany pergi sekolah je. Kalau asyik duduk hospital tu, tambah sakit Ayna je. Biarlah maksu je yang jaga dia. Dia penat, Alief pun penat" balasnya.

Cikgu Nurul mengangguk faham. "Oklah kalau macam tu. Dah pergi tidur. Esok sekolah" arahnya. Alief mengangguk. Dia pantas berlalu ke tingkat atas dan menapak masuk ke dalam biliknya. Alief melangkah perlahan ke katil lalu duduk di atas katil dan merenung menghadap almari.

"Nampaknya kau memang tak boleh ingat" gumam Alief sendirian. Dia merenung gambar perkahwinannya dengan Ayna yang terletak elok di atas meja solek. Gambar itu nampak meriah tetapi muram. Senyuman mereka berdua langsung tidak ikhlas.

Alief tergelak kecil. Ingat dulu bagaimana dia dan Ayna membuat persetujuan sebelum mereka berkahwin. Mereka bersetuju untuk tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain dan bersetuju untuk berpisah selepas tiga tahun.

Langsung pun tidak tahu yang akhirnya mereka akan jatuh cinta pada satu sama lain. Takdir tuhan kan?

"Tapi kenapa akhirnya... kau semakin jauh dari aku Ayna?" tukas Alief lagi. Wajahnya tampak sedih. Seperti orang yang putus harapan. Dia tidak mahu kehilangan Ayna. Dia takut mahu kehilangan gadis itu. Ayna bagaikan cahaya kepada hidupnya gelap. Ayna bagaikan lampu kereta yang bersinar di saat dia berada di jalan yang gelap.

Apa yang akan jadi kepadanya jikalau suatu hari Ayna tiada lagi di sisinya? Boleh bahagiakah dia? Lebih tepat, boleh hidup ke dia?

.

.

Alief mematikan enjin motornya lalu helmetnya dibuka. Dia menyandang beg sekolanya lalu melanglah masuk melepasi pagar sekolah. Seperti biasa, semua pelajar tertumpu ke arahnya. Memang semua hairan lah dengan kemunculannya yang tiba-tiba pada hari ini. Sudah hampir seminggu dia tidak ke sekolah kerana ingin menjaga Ayna.

"Bro! Welcome back!" Faris memegang bahu Alief dengan sengihan lebar. Ameer juga tersengih-sengih. "Apa cerita ni? Kata nak jaga Ayna sampai dia keluar hospital?" soal Ameer memcuit bahu Alief. Alief menghela nafas seketika.

"She hate me bro. Makin lama aku duduk situ, makin bertambah sakit dia. Daripada aku buat kepala dia bikin pening, baik aku duduk sekolah ni, buat masalah." jawab Alief selamba. Cuba menutup kesedihannya.

"Buat masalah lah kepakaran kau en. Budak gengster!" Faris meramas kasar rambut Alief sehingga kusut lalu dia terus memecut lari. Alief menjegilkan matanya. "Lahanat punya budak. Hoi!" Alief terus mengejar Faris dengan kaki panjangnya.

Ameer tersengih sebelum ikut mereka berlari keliling kawasan sekolah.

20 minit kemudian...

"Saya cakap banyak kali tak faham faham jugak! Jangan berlari di kawasan sekolah! Nak lari pergi padang tu! Tengok apa kamu bertiga dah buat dekat pasu bunga dekat luar tu! Habis pecah!" Cikgu Siti bercekak pinggang sambil membebel-bebel.

Alief hanya tunduk memandang lantai sambil menahan senyum. Wah. Dah lama rasanya dia tidak menjejakkan kaki di bilik disiplin ini. Bilik ini ialah seolah-olah kelas keduanya di sekolah.

Ameer tersengih kecil memandang Alief. Faris pula hanya tersenyum lebar. Mereka bertiga langsung tidak berikan perhatian kepada bebelan cikgu Siti.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now