BAB 26

125K 6.6K 497
                                    

Ayna campak beg sekolah lalu terus menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Dia menghela nafas panjang.

"Kak mah, tolong ambilkan air." laung Ayna seolah-olah dia puteri di rumah itu. Dia menutup matanya seketika. Kenapa terasa penat sangat lepas balik dari sekolah ni.

Alief menutup pintu rumah itu lalu mencampakkan juga beg sekolahnya entah ke mana. Dia menapak ke sofa yang sedang diduduki oleh Ayna.

Alief menendang sofa itu. "Wei, blah. Aku nak baring kat sini." halau Alief selamba. Ayna mengerutkan dahi lalu membuka matanya. Alief dipandang sekilas.

"Ada tempat lain kan, pergi lah baring kat sana. Aku dapat sini dulu" terus Ayna mengangkat kakinya lalu ditolak tubuh Alief dengan kakinya selamba.

Alief tersentak. Amboi, dia halau aku pakai kaki dia bhai!

Alief masih berdegil. "Tak nak. Kau lah pergi tempat lain. Aku nak sofa ni jugak" tukasnya lagi. Kakinya masih menendang sofa itu.

Ayna membuat muka tidak senang. "Apasal mengada sangat kau ni ha?" Ayna menyepak lagi kaki Alief. Dia nak lelapkan mata sekejap pun tak senang!

"Kaki aku panjang lah. Kau blah lah!" Alief menendang sofa itu dengan lebih kuat. Sengaja mahu menyakitkan hati Ayna.

Dahi Ayna berkerut geram. Terus Ayna menghalang kaki Alief yang ingin menendang sofa itu dengan kakinya. Tanpa sedar, kakinya sudah bergelut dengan kaki Alief.

Masing-masing tidak mahu mengalah.

Alief yang bergelut dengan kaki Ayna itu tidak dapat mengimbangkan diri lalu terus jatuh ke atas tubuh Ayna yng terbaring di atas sofa itu.

Ayna tersentak. Terus terbeliak matanya apabila wajah Alief berada betul-betul dihadapannya. Alief sempat menahan tubuhnya dengan tangan. Matanya dan mata Ayna bertembung.

Kedudukan mereka sangat rapat dan nasa seakan-akan terhenti. Kedengaran degupan jantung bersatu.

"Erhm" kak Mah berdehem kuat.

Terus Alief berdiri dari posisinya. Ayna juga terus bangun dari baringannya dan duduk di atas sofa itu.

Kak Mah menyimpan senyuman. Dia pulak yang terlebih bahagia melihat pasangan itu tadi. "Alief dengan Ayna, nak makan?" soalnya seolah-olah tiada apa yng berlaku tadi.

Ayna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia terus berdiri lalu beg sekolah yang dicampaknya tadi diambil dan disandang.

"Haa, Ayna naik atas dulu. Nak mandi." ujar Ayna. Erk, awkward! Tanpa mempedulikan Alief, Ayna terus menapak naik ke tingkat atas. Laju semacam aje langkahnya.

Kak Mah mengangguk lalu terus berlalu ke dapur.

Alief terus terduduk di atas sofa. Dadanya dipegang seketika.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Alief menarik nafas panjang. Kenapa laju sangat ni! Dalam kepalanya teringat semula kejadian beberapa minit lepas. Degupan jantungnya menjadi semakin laju.

Terus Alief menggeleng. Shuh! Nyah kau dari sini!

Dalam masa yang sama,

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now