BAB 19

120K 6.9K 399
                                    

"Alief"

Ayna memandang Alief yang hanya buat tidak tahu dengan panggilannya.

"Weh Alief" panggil Ayna lagi. Mahu sahaja dia menendang kerusi mamat itu. Tapi karang mengamuk pulak.

"Woi tiang!" kata Ayna sedikit kuat. Satu kelas memandang dirinya. Alief menghela nafas lalu dia menoleh. "Kau nak apa?" soalnya malas.

"Aku nak cakap dengan kau" ujar Ayna.

"Cakap apa?" soal Alief lagi.

"Cakap pasal.." Ayna menoleh ke satu kelas sebentar. Pastikan tiada siapa sedang mendengar perbualan mereka. "Kita." sambungnya.

Alief tersenyum sinis. "Kenapa dengan kita?" soalnya sambil mengangkat kening. Ayna membuat muka. "Kenapa kau tak bagitau aku pasal benda ni?"

"Benda apa?" soal Alief kembali. Sengaja mahu menyakitkan hati gadis itu. "Pasal benda tu lah." ujar Ayna sedikit tegas. Tahu yang Alief sedang mempermainkan dia.

"Pasal perkhawi-" belum sempat Alief menghabiskan ayatnya, Ayna terus terbatuk-batuk kuat. Sengaja dia buat-buat batuk. Memang cari pasal betul lah tiang ni.

Alief tersenyum mengejek.

"Tak nak lah cakap dalam ni" tukas Ayna pula. Alief ni memang berani mati lah. Alief mengangkat kening lagi. "Habistu? Nak cakap kat mana?" soalnya lagi.

Ayna mengetap bibir. "Kat mana-mana jelah" jwb Ayna pula.

Terus Alief berdiri. "Ayna! Kau ikut aku." ujar Alief kuat. Tersentak Ayna di buatnya. San sekali lagi, satu kelas memandang dirinya.

Alief memasukkan tangan ke dalam poket. dia mula melangkah keluar pintu kelas. "Cepat!" Terus Ayna berdiri. Dia berdehem seketika sebelum dia mengikut langkah Alief.

"Weh Alief, kau nak pergi mana??" soal Faris juga ikut berdiri.

"Aku nak settle kan something dengan minah ni" jawab Alief selamba. Dia masih tersenyum sinis memandang Ayna.

"Nak kitaorng ikut tak?" soal Ameer pula. Di mana Alief berada, di situ jugalah ada Faris dan Ameer. Tiga serangkai sentiasa bersatu di mana sahaja.

Alief tersenyum senget pula. "Takpe bro, this is between me and Ayna." jawabnya tersenyum lagi.

"Wooo" pelajar-pelajar mula bising. Ternganga Dania dibuatnya. Baru saja dia mahu menghalang Alief, Alief sudah pergi bersama Ayna. Dania mengetap bibir geram.

.

.

"Kau dah tau lama kan? Kenapa kau tak bagitau aku pasal benda ni?" soal Ayna tidak berpuas hati. Gerak geri Alief dipandang.

Alief mengeluarkan kotak rokok dari poketnya seluarnya lalu dikeluarkan sebatang rokok. Kemudian, rokok dihidupkan dengan pemetik api yang sudah siap dibawanya.

Ayna pandang dengan pandangan yng tidak senang. Baru kena tengking tadi dengan cikgu Siti dah buat balik. Bodoh punya Alief.

Asap-asap yng keluar dari mulut Alief dikibas pantas. Ayna mengerutkan dahinya. "Aku tak suka lah orng merokok macam kau ni!" tukasnya.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now