BAB 35

134K 6.7K 1.3K
                                    

"Aku takkan buang masa aku lagi. Will you spend your precious time with me too?"

Alief menepuk dahinya seketika. Terlalu cepatkah dia? Atau Ayna tidak faham apa yang sebenarnya ingin dia sampaikan?

Nampak sangat dia confessed pada Ayna tadi.. takkan Ayna tak faham kut? Atau Ayna buat-buat tidak faham??

Alief mengusutkan rambutnya seketika. Mahu sahaja dia menarik rambutnya sehingga botak. Tapi nanti tak sem lah kan huahahah.

Dia tidak boleh tahan lagi. Menyimpan rasa terhadap Ayna sangat memenatkan.. bila Ayna bercakap atau senyum pada lelaki lain, dia rasa seperti mahu bunuh seseorang.

Dia tidak boleh lepaskan Ayna!

Alief merengus lalu mengusutkan lagi rambutnya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk lalu tombol pintu dikuak dari luar. Alief yang terkejut itu terus membuka silat sambil memandang ke arah pintu. Silat kau haa.

Ayna mengangkat keningnya. "Kau, buat apa?" soal Ayna perlahan. Dia masuk salah timing ke apa? Terus Alief berdiri tegak dan buat macam takde apa yang jadi.

"Ha, n- nak apa?" soal Alief menggaru kepalanya yang tak gatal langsung. Ayna berdehem seketika lalu menunjukkan sebuah fail pada Alief. "A- aku nak ajak kau berlatih untuk drama esok" jawab Ayna agak janggal.

Masing-masing berasa janggal kerana kejadian petang tadi. Sebaik sahaja Alief berkata begitu, Ayna terus buat-buat pekak. Memang awkward gila!

Alief mengelak dari memandang mata Ayna. "Perlu ke??" soal Alief lagi berdiri tegak macam patung.. atau tiang? lol

Ayna membuat muka "perlu lah, malam ni last kita berlatih berdua.. esok dah drama betul" tukas Ayna menarik tangan Alief. Cuba untuk membuang perasaan janggal di antara mereka.

Alief hanya akur. Sejak bila dia tunduk apabila berhadapan dengan Ayna ni?

Mereka mula berlatih bersama di ruang tamu itu.

.

.

Pagi itu, Ayna dan Alief melangkah masuk ke sekolah dengan perasaan yang paling janggal di dalam dunia.

Semua pelajar memandang mereka sambil berbisik-bisik. Ada yang main siku-siku pula sambil memandang Alief dan Ayna.

Alief mengusap belakang tengkuknya perlahan. Dia memandang Ayna yang berjalan perlahan di hadapannya.

"Alief ke yang selamatkan minah ni dari kaca tu?" bisik seorang pelajar perempuan tu pada rakannya. Ayna menelan air liur seketika. Cepatnya berita tersebar.

Alief memasukkan tangannya ke dalam poket dan cuba berlagak selamba. Dia memandang pelajar-pelajar yang menjeling-jeling dirinya.

"Kau pandang pe?" sergah Alief. Terus mereka terkedek-kedek lari jauh dari Alief. Alief menjeling mereka seketika. "Jalan tu cepat sikit. Terhegeh-hegeh!" sergah Alief pada Ayna pula.

Tersentak Ayna dibuatnya. Ayna menjeling Alief sambil mengurut dadanya. Memang nak kena si tiang ni.

Alief tidak menghiraukan Ayna lalu terus berjalan melepasi Ayna. Ayna terus menggaru kepalanya. Perangai Alief berubah menjadi gengster celup dia semula.

Hilang segala senyuman manis dia.

Ayna menghela nafas seketika sebelum berjalan terus naik ke kelas.. sempat dia lalu di tempat di mana kaca pecah semalam.. kawasan itu di tutup. Tingkap kaca itu pecah sepenuhnya.

Menurut cikgu Nurul, kaca itu pecah kerana budak tingkatan 1 yang lalai bermain bola di kaki lima itu.

Memang sah lah pecah habis kalau kau pergi main bola kat situ. Bangang punya budak-budak HAHA.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now