BAB 11

128K 6.7K 339
                                    

Mereka berjalan bersama-sama. Muka Ayna cemberut mengalahkan jeruk masam. Sungguh! Dia tidak selesa.

"Aku belanja movie! Amacam??" ajak Ameer. Mereka berenam mengangguk bersetuju. Dah free siapa tolak?

Iqa, Hasya, Faris dan Ameer berjalan beriringan. Disebabkan Ayna masih kekok, dia cuma mengikut dari belakang.

"Asal tak jalan sekali?" Satu suara menegur. Ayna menoleh. Berderau darah melihat empunya suara.

"Saje" jawab Ayna bersahaja. Dia berpeluk tubuh. Alief membuat muka selamba. dia berjalan beriringan dengan Ayna.

Suasana antara mereka sangat janggal yang amat. Ayna mengemam bibir.

Alief memasukkan tangannya dalam poket dan berjalan ke arah mereka. Poyo habis!

"Weh tiang" panggil Ayna selamba. Alief mengerutkan dahi tidak suka. Dah kenapa panggil aku tiang ni? Ingat aku tiang sebelah rumah kau?

"pe?" sahut Alief juga.

"kenapa kau suka buat masalah ha?" soal Ayna tanpa menepis. Punya selamba badak dia tanya.

Alief mengangkat keningnya. Apa jenis soalan lah.

"Sebab aku bosan and making troubles is fun" Alief tersenyum. Tetapi confirm lah tidak ikhlas kan. Alief mahu senyum ikhlas kepadanya? memang haram jadah sampai bila-bila takkan terjadi.

Ayna mencebik. Macam mana lah Alief ni boleh masuk tiga kelas terpandai?

"And you know what else is fun?" soal Alief lagi apabila Ayna mendiamkan diri. Wajah Ayna dipandang.

Ayna menoleh lalu berpeluk tubuh.

"What?"

"Bullying you" jwb Alief tersenyum sinis sebelum dia melajukan langkah terus maju ke hadapan.

Ayna membuat muka. Menyesal dia kalau suatu hari nanti dia kahwin dengan aku. eh? Nak sangat dia jadi suami kau ke Ayna?

Gadis itu menggeleng perlahan sebelum dia kembali melangkah.

"Kita nak tengok cerita apa ni?" Alief memandang ketiga-tiga orng gadis itu.

"Kitaorng dah beli tiket sendiri dah. Korang jelah takde tiket lagi" balas Iqa menunjukkan tiga keping tiket.

"Cerita apa tu?" soal Ameer.

"Transformer. The Last Knight" jwbnya lagi. Ayna dan Hasya memilih untuk hanya berdiam diri.

"Transformer dah penuh lah" ujar Alief. Dia memandang Ameer. "Kita tengok cerita lain lah. Biar dorang pi tengok cerita dorang" cadangnya.

Ameer menggeleng. "Mana boleh macam tu. Kita kena lah tengok wayang sama2" protes Ameer. Dia dtng sini nak tengok wayang bersama Iqa.

"Banyak cekadak lah kau ni meer" Faris meraup rambutnya. Fikir hensem lah tu.

"Please Iqa?? Nanti Ameer belanja tiket baru. Okay?" pujuk Ameer.

"Mengada-ngada betul lah mamat ni" balas Ayna perlahan. Tetapi dapat juga didengari oleh Ameer. Hasya mencubit lengan Ayna perlahan. Tak boleh cover langsung!

Ameer pantas menoleh. "apa kau cakap?" soalnya.

Ayna terkebil-kebil. Eh? Dia dengar lah pulak!

"Aku cakap, pergi lah beli tiket sekarang. Nanti karang habis, satu hapak pun kita tak dapat tengok" jwb Ayna selamba.

Ameer merenung Ayna seketika sebelum dia kembali menoleh ke arah Iqa. Ayna menarik nafas lega. Sempat mencebik. Nak juga tunjuk gengster dia kat sini.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now