BAB 65

108K 6K 981
                                    

"Semua dah bersedia??"

"Dah!"

Cikgu Nurul tersenyum. "Mari kita mulakan perjalan kita" dia mula melangkah masuk ke dalam hutan itu diikuti 100 orang pelajar di belakang yang sudah bersemangat untuk memulakan aktiviti mereka pada pagi itu.

"Semua diminta berhati-hati! Kawasan di sini agak berbukit dan dan tidak rata jadi tolong jaga diri masing-masing" cikgu Hadi melaung dari belakang. Kamera tetap erat digenggamnya sambil menangkap gambar-gambar yang cantik di dalam hutan itu.

Ayna dan Hasya sempat membuat tanda peace apabila kamera menghala ke arah mereka. Alief tersengih. Hujung rambut Ayna yang berikat ekor kuda itu sengaja ditarik sebelum dia laju meninggalkan gadis itu.

Ayna membuat muka tidak puas hati. Sehari tak cari pasal memang tak sah budak ni. "tunggu lah!" laungnya pada Hasya yang sudah berjalan dahulu meninggalkannya. Dia melajukan langkah ke Hasya dan Iqa.

Mereka berjalan laju melepasi Alief, Faris dan Ameer.

"Tebal jugak kan hutan ni. Matahari yang terang bederang tu pun dah tak boleh nampak dah" komen Iqa sambil mendongak memandang pokok-pokok tinggi di hutan itu.  "Pokok dia semua tinggi-tinggi"  Ayna dan Hasya mengangguk setuju.

"Setinggi-tinggi pokok tu, tinggi lagi cinta saya kepada awak" ujar Ameer tersengih memandang Iqa di hadapannya. "woo" beberapa pelajar di situ bersorak kecil. Hasya dan Ayna sudah ketawa besar. Iqa hanya diam. Malas mahu melayan.

"Amboi kau dengan ketinggian cinta kau tu. Markah matematik kau tinggi tak?" usik Alief membuatkan semua orang di situ ketawa. Termasuk lah cikgu Nurul dan cikgu Wani. Ameer membuat muka. "Markah matematik aku tinggi, tapi tak setinggi ego kau" balasnya tidak mahu kalah. Ha amek kau.

"Ya betul!!" Ayna menepuk tangan kuat dengn sengihan. Tergelak dia melihat wajah Alief yang sudah berubah. "Ego dia memang tinggi. Macam dia jugak. Sesuai ah nama tiang tu" Ayna tersengih menayang giginya yang cantik tersusun.

"iye lah budak! ego tinggi macam ni pun dia sayang jugak kan" Alief mencubit pipi Ayna kuat. Ternganga gadis itu dibuatnya. Siapa suruh pipi tembam sangat? Dah boleh buat kepok lekor dah tengok HAHA.

"Sakit lahh" Ayna menggengam tapak tangan Alief yang besar daripadanya dengan kuat. Acah-acah mahu menggigitnya.

"Jeles sial tengok korang" Dania yang sedari diam bersuara sambil tersengih. Alief dan Ayna memandang sesama sendiri lalu hanya berdiam diri. "Such a happy couple" Rizki sempat menyindir.

"Yang takde awek tu diam" balas Alief memandang Rizki sekilas. "hoi hoi. Cikgu pun takde awek sekarang ni. Jangan lah macam tu" Cikgu Hadi menyampuk dengan muka minta simpati. Semua pelajar ketawa. Cikgu Hadi masih single. Siapa mauu?

Selepas beberapa minit berjalan, mereka sampai di tebing sungai besar di tengah-tengah hutan itu. Pelajar lelaki akan melintasi sungai itu dahulu diikuti dengan pelajar perempuan.

"Careful" Alief menghulurkan tangannya kepada Ayna. Ayna melangkah memijak batu sederhana besar di dalam sungai itu lalu menyambut huluran tangan Alief. Sebelah lagi tangannya menggengam erat baju Alief.

Alief memegang erat tangan Ayna bagaikan tidak mahu lepas. Ayna ialah harta terpentingnta sekarang. Dia perlu jaga gadis ini sebaik mungkin. Terus Alief menarik pinggang Ayna sehingga selamat sampai ke seberang sungai.

Ayna menarik nafas lega.

"Abang Alieff. Tolong lah saya jugakk" Faris merengek sambil membuat suara ala-ala mak senah gitu. Suasana kecoh semula dengan gelak tawa pelajar-pelajar. Dahi Alief berkerut. Dia mencebik sebelum menghulurkan tangan kepada Faris. Menyampah banyak mana pun, member tetap member.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now