BAB 33

128K 6.9K 1.1K
                                    

"We need to check each of every girl in this house"

"Yes. But we already checked everyone here. There's no one left"

"Oh really? Then who is singing just now? Is the cat the one who sing?"

"Aku cakap takde, takde laa!"

"Cut!"

Semua memandang ke arah Faris. Faris menayang wajah selamba. "Ape?" soalnya.

"Faris! Ayat tu mana ada dalam skrip." tukas Iqa bengang. Dari tadi Faris asyik buat kesalahan yang sama aje. Cakap benda yng takde dalam skrip.

Pantas Ameer menolak kepala Faris perlahan. Faris mencebik sambil mengusap kepalanya. "Susah lah nak hafal skrip ni." jawab Faris mengusutkan rambutnya.

"Tulah aku suruh kau jadi doorman tak nak. Bukan susah pun. Bukak tutup pintu je bebal." tukas Hasya bebal. Faris pantas menjeling lalu mengajuk bebelan Hasya. Bengang.

"Kau bukan cinderella diam" balas Faris melawan mata dengan Hasya. Ayna membuat muka "korang kalau asyik gaduh, aku kahwin kan nanti haa" ujar Ayna rimas.

Faris mencebik. Hasya menggeleng pantas.

"Woi tiang" Ayna menendang kerusi yang di duduki Alief. Melihat Alief tidak menghiraukannya dan hanya bermain telefon bimbit, Ayna menendang lagi sekali.

Dahi Alief berkerut. Dia mengalihkan perhatiannya dari telefon bimbit lalu menoleh ke arah Ayna dengan pandangan kau-nak-apa?

"Sedap kau duduk situ main tepon? Aku suruh kau hafal skrip kan?" tukas Ayna. Alief pantas membuat muka. "Kenapa aku perlu ikut cakap kau?" soal Alief semula.

Ayna memejamkan matanya seketika. Itu pulak yang dijawabnya..

"Habistu? Kau nak tunggu mak kau kasi arahan baru nak ikut?" jawab Ayna lagi selamba. Alief mula meletakkan telefon bimbitnya lalu memandang Ayna tajam.

"Pandai kau jawab kan sekarang?" ujar Alief. "Ada mulut, jawab lah" balas Ayna lagi tidak mahu mengalah. Ayna Maisarah, mana reti nak mengalah kalau bab-bab bercakap ni.

"Berani betul kau kan?" Alief berdiri pula. Juga tidak mahu mengalah. Ayna bercekak pinggang pula. "Ape pasal aku nak takut dengan kau pulak?" balas Ayna lagi dengan kening terangkat.

"Dah, korang pulak yang aku kahwin kan karang!" Iqa cepat-cepat menghentikan perbalahan Ayna dan Alief.

"Dah kahwin dah pun" balas Alief kembali semula menatap telefon bimbitnya selamba. Ayna hampit tercekik air liurnya apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu.

Semua di situ menoleh ke arah Alief.

Alief yang baru sedar apa yang dikatannya tadi terus berlagak selamba. Macam tidak ada apa yang baru berlaku. Dia memandang wajah rakan-rakannya sebelum menggaru kepala.

"Ak- aku gurau je la." tukas Alief menelan air liur seketika. Ayna sempat menjegilkan matanya pada Alief. "Main-main pulak tiang ni. S- siapa yang nak kahwin dengan kau." Ayna menendang kaki Alief di bawah meja besar itu.

Alief mengetap bibir. "Aku pun tak nak kahwin dengan kau laa" balasnya sambil tersenyum plastik. Punya plastik dia sampai boleh dikitar semula rasanya.

"Uish Alief. Dah pasang angan-angan nak kahwin dengan Ayna nampaknya." gurau Ameer dengan kening diangkat-angkat minta penampar.

Semua di situ tersengih pula.

Alief menjeling. Nafas dihela lega apabila mereka semua tidak mengsyaki apa-apa. "Pasang angan-angan nak mati agaknya" balas Ayna dengan mata terbeliak serupa nenek kebayan memandang ke arah Alief.

Gengster Tu Aku Punya!Onde histórias criam vida. Descubra agora