BAB 53

111K 6.8K 1.3K
                                    

"Wey.. Kau tk rasa something ke bila tengok Alief dngn Ayna tu?" soal Faris tiba-tiba. Ameer yng sedang bermain telefon bimbitnya terhenti seketika. Dia menoleh ke arah Faris..

"Maksud kau?" Ameer bertanya lalu sambung membelek Iphone nya. Faris membuat muka bosan. Dia menukar posisi meniarap kepada duduk bersila di sebelah Ameer.

"Maksud aku, kau tk rasa ke yang dia ada sesuatu dengan Ayna. Something special.." terang Faris dengan lebih terperinci. Ameer mula memberi perhatian.

"Something special like.. Something?" Ameer menggerakkan dua jarinya ke atas dan ke bawah. Faris pantas mengangguk.. Ameer berfikir sejenak. Kemudian dia memandang Faris. "Obviously.."

"Ha yela. Something special kan. Sampai langsung tak bagitau kitaorng. Teruk sangat ke benda tu?" sindir Hasya menyampah. Apa yang susah sangat untuk mereka terangkan tentang situasi mereka?

Faris menghela nafas. Setuju juga dengan kata-kata Hasya. "Cuba korang ingat balik. Tadi kat kantin, ingat apa Hafey cakap??" Faris berfikir lebih dalam. Kata-kata Hafey bagaikan ada maksud tersirat di dalamnya. Sesuatu yang kita semua tak tau.

Hasya menghela nafas lalu mengangkat bahu. Malas mahu fikir. Hafey juga dah syok dekat Ayna. Iqa memandang Faris kemudian dia ikut berfikir.

"Siapa kata dia bukan milik aku?"

"She's mine" 

"Kau bertanggungjawab untuk jaga dia. Then, take a good care of her instead of hurting her. Kalau kau rasa kau tak boleh jaga dia, kau lepaskan dia"

Mata Iqa membulat. Badannya yang bengkok tadi terus menegak. Faris, Ameer dan Hasya memandang pelik ke arah Iqa. "Kau pahal??" soal Hasya.

"Kau bertanggungjawab untuk jaga dia."

"Kalau kau rasa kau tak boleh jaga dia, kau lepaskan dia"

Kata-kata Hafey itu diulang-ulang di dalam kepalanya. Adakah kemungkinan yang dia fikir selama ini adalah benar? Sesuatu yang mereka rahsiakan itu..

"Memang dah kahwin dah pun"

"Ayna. Kau cinderella aku"

"Rindu ape? Tiap2 hari hadap muka aku"

Iqa berdiri. Mungkin..

●●●●●

"Pripp!"

Bunyi wisel ditiup menandakan yng separuh masa pertama telah tamat. Ayna mengeluh kepenatan. Dia mengambil tempat di sebelah Iqa. "Aku tau yng dia ada sesuatu dengan Alief ni" bisiknya perlahan tapi masih mampu didengari oleh Ayna.

Dahi Ayna berkerut. Dia menoleh ke arah Iqa. "Apa kau cakap?" soalnya inginkan kepastian. Air mineral diteguk perlahan. Iqa memandang Ayna lama. Betulkah tekaannya selama ini? Hubungan di antara Ayna dan Alief bukan sekadar couple tetapi lebih dari itu?

"Kau..."

Belum sempat Iqa bercakap apa-apa, cikgu Azlina terus meniup wisel. "Pelajar perempuan! Cepat cepat cepat!" Arah guru itu kuat. Terus mereka berdiri dan berlari anak ke tengah-tengah padang.

"Tukar posisi. Ingat! Main dengan adil. Saya tak nak sesiapa pun main kotor!" Cikgu itu mengangkat bola tinggi. Wisel ditiup kuat sebelum bola dibaling ke atas.

Pelajar perempuan mulakan permainan netball mereka manakala pelajar lelaki ada yang bermain bola sepak, dan ada yang bermain bola keranjang.

"Alief sini!"

Mata Ayna spontan terarah ke budak lelaki yang sedang bermain bola keranjang. Dia mencari si tiang di dalam kumpulan budak lelaki di situ. Nampak sahaja Alief, mata Ayna langsung tidak lepas daripada memandang.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now