BAB 39

131K 6.9K 828
                                    

"Okay semua beratur dulu. Cikgu nak kira!" laung Cikgu Nurul menyuruh anak-anak muridnya beratur.

Seperti anak itik pulang petang, mereka pun beratur. Masing-masing sudah semangat. Ada yang masih mengantuk pada awal pagi ni.

"Duduk. Cikgu nak ambil attendence." arah guru itu lagi. Clipboard dan pen sudah ada di tangan. Dipandang seisi kelas mencari wajah yang tidak datang.

Ayna, Hasya dan Iqa bersila di atas simen itu. Masing-masing kecoh berbual. Ayna sempat mengeluarkan telefon bimbitnya untuk ber-selfie.

"Woi, selfie tak ajak" Haysa mencuit bahu Ayna. Ayna tersengih. "Marilah masuk sekali wahai akak-akak" tukas Ayna lalu Hasya dan Iqa terus menyempit di sebelah Ayna.

Ayna mengangkat telefonnya tinggi. Tiba-tiba teringat peristiwa semalam, dimana dia dan Alief.... ish!

"Cepat lah ngekk!" Iqa menolak pula bahu Ayna. Terhegeh-hegeh. Ayna terus menekan butang snap. Snap! Snap! Snap! Snap! Snap! Amik kau. Sekali dah bukak kamera, memang habis memori telefon kau.

"Selfie je tahu. Dasar perempuan" ujar Faris. Serentak tiga gadis itu menoleh. Kelihatan Alief, Faris dan Ameer mengambil tempat di sebelah mereka.

"Bising lah kau" balas Hasya menjeling wajah selamba Faris. Kalau satu hari tak kacau memang tak sah. Ayna menoleh seketika sebelum kembali menatap telefon bimbitnya.

Dari di rumah tadi dia langsung tidak bercakap dengan Alief. Kalau jumpa je dia akan elak. Terasa sangat janggal. Sangat sangatlah awkward. Mungkin sebab mereka masih muda.

"Ok. Dania dan Wani je eh tak datang? Yang lain ada eh?" Cikgu Nurul mengira sekali lagi dan akhirnya tersenyum. cukup 38 orang. Dua orang tidak datang.

"Baiklah. Dah pukul 8:30. Kita akan naik bas sekarang. Breakfast makan dalam bas. Now stand up and lets go!" guru itu menepuk-nepuk tangan teruja. Dia pulak yang terlebih excited.

Semua pelajar mula berdiri. Mulut memang langsung tak berhenti bercakap.

"Alief, tolong pas ni jap" cikgu Nurul menghulurkan plastik penuh dengan nasi lemak. Alief membuat muka. "Why me?" soalnya malas. Dalam malas-malas, huluran plastik itu diambil juga.

"Hoi, nah amik sorang satu" Alief memanggil rakan-rakannya yang berkejaran ingin sampai ke bas. Mereka menoleh lalu tersengih. "Wah, nasi lemak!" Ameer tersengih gembira.

Dia mengambil dua bungkus nasi lemak. "Eh eh, sorang satu je. Melebih pulak kau" Alief memandang Ameer. Ameer membuat muka. "Aku nak kasi Iqa satu laa" tukasnya selamba lalu menghulurkan sebungkus nasi lemak pada Iqa.

Iqa tersenyum sambil mengambilnya. Alahai baiknya si Ameer ni ye.

Alief mencebik menyampah.

Faris dan Hasya pula berebut ingin mengambil bungkusan nasi lemak itu. "Woi woi, sebelum aku high kick sorang-sorang, baik amik cepat!" tukas Alief. Mahu koyak plastik itu.

Faris terus mengambil lalu mencebik pada Hasya. Hasya mengetap bibir geram. Bungkusan nasi lemak itu diambil lalu dia terus mengejar Faris. Memang nak kena mamat ni.

"Ayna, pergi ambik nasi lemak dekat Alief" Iqa mencuit bahu Ayna yang sebok mengambil gambar sana sini. Ayna menoleh. "Dekat Alief?? Kau ambilkan boleh?" pinta Ayna.

Iqa mengangkat keningnya dengan dahi yang berkerut. "Ambik jela dekat dia" balas Iqa pula. "Ala tolong laa" Ayna mencuit pula bahu Iqa. "Eleh kau. Macam tak biasa pulak" Hasya pula berkata. Penat selepas mengejar Faris seminit lalu.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now