BAB 43

122K 6.5K 776
                                    

Alief membuka topi keledarnya lalu memandang sekeliling. Kemudian dia menoleh ke arah Ayna pula.

Ayna hanya menayang sengih. Alief memandang sekeliling semula "Sini kau ajak aku?" ujar Alief memandang Ayna.

Ayna mengangguk "Sejak aku pindah sini dulu, aku selalu lalu depan ni. Asyik lalu je tak best lah. Aku nk main jugak dekat sini. Waktu malam dia warna warni! Cantik" terang Ayna memandang sekeliling dengan teruja.

Alief tersengih. "Aku dah selalu datang sini dengan kakak! Jom kita pusing-pusing" ujar Alief lalu menarik tangan Ayna. Mereka berjalan-jalan di sekeliling Dataran Putrajaya yang sangat luas itu. Ramai orang suka lepak malam-malam di sini.

"Kau selalu main ape kat sini tiang?" soal Ayna. Makin lama, panggilan tiang itu seperti sudah sebati dengan mereka berdua. Dah terbiasa.

Alief tersenyum. "Aku selalu main rollerblade kat sini. Tak pun hoverboard" jwb Alief lalu menarik tangan Ayna. Ayna hanya akur.

"Abang! Nak sewa dua bang" ujar Alief. "Eh? Alief! Lama kau tak datang sini?" Tegur abang itu. Alief tersengih "Takde masa ah bang" jawab Alief ringkas.

"Kali ni kau dtng dengan siapa? Awek haritu?" soal abang itu. Ayna terus menoleh ke arah Alief sambil mengangkat kening. Aik? Bukan Alief datang dengan kakak dia ke?

Ayna merenung Alief tajam.

Tak keruan Alief dibuatnya. "Ish abang ni. Janganla cakap kuat-kuat" bisik Alief perlahan kepada abang itu. Abang itu tersengih "oh! kali ni kau bawak awek lain eh" balas abang itu perlahan.

Alief hanya tersenyum kelat. Ingat lagi semasa dia datang bersama Dania dulu. Ish! Tak boleh kantoi dengan Ayna nih!

"Nah! Dua rollerblade main sampai lebam!" Abang itu menghulurkan dua pasang kasut roda. Alief mencapainya.

"Maseh bang. Ayna! Jom" Alief berlalu selepas dia membayar diikuti Ayna di belakang..

"Kau pernah datang sini dengan Dania ke dulu?" soal Ayna secara tiba-tiba. Alief tersentak.m. Ayna tersengih melijat reaksi lelaki itu."Tak payah nak cuak sangat lah. Dulu kan Dania tu awek kau" ujar Ayna. Sedikit cemburu ye disitu. eheh.

Alief mengerutkan dahinya. Kemudian dia tersengih pula "Aik? Jeles ke?" soal Alief pula sambil mengangkat keningnya.

Ayna mengetap bibir. Mampak sangat ke?? "Entah. Cepatlah! Kata nak main rollerblade" tukas Ayna cepat-cepat menukar topik. Rasanya, muka dia dah macam tomato dipotong kecil. heheh

Alief ketawa kecil. Ayna yang cemburu dirasakan comel. Dia mahu lihat this side of Ayna lebih banyak. Comel aje bakhang!

"Kau lah awek aku sekarang. Tak ada orang lain dah. You're my girl, my baby, my one and only wife." ujar Alief. Ayna menggigit bibir seketika. Saje nak buat dia cair ke apa ni?

"Sini lah duduk. Pakai" Alief menghulurkan sepasang kasut roda pada Ayna. Ayna control cool lalu mencapai huluran Alief. Dia mengambil tempat disebelah Alief.

Ayna melihat kasut roda itu. Banyaknya tali? Apa guna benda keras nih? Tak ketat ke? Macam mana nak pakai ni? "Wei Alief.. macam mana nak pakai benda ni?" soal Ayna mengigit bibir.

Alief yang dah siap pakai itu mengangkat kening. Dia tersengih "Laa? tak pandai pakai ke?" Alief berpeluk tubuh. Masih lagi tersengih.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now