BAB 34

124K 7.2K 1K
                                    

Ayna tampak bersalah. Dia memandang Alief yang sedang dirawat oleh doktor saat itu. Tompokan darah berlambak di baju sekolah Alief.

Dahi Alief berkerut menahan sakit.

"Aduh aduh" tukas Alief menutup sedikit matanya. Bertambah bersalah lah Ayna dibuatnya. Ayna menarik muncung memandang Alief.

"Kenapa kau buat macam tu" Ayna menolak bahu Alief perlahan. Langsung tidak dia jangka yng Alief akan tiba-tiba memeluknya begitu.

"Kenapa aku buat macam tu? Ha saje, nak kasi berdarah satu badan aku" selamba Alief menjawab. "Yang kau berdiri tegak aje masa tu kenapa? Nak mati awal agaknya" sambung Alief lagi kasar tetapi dalam hatinya lega melihat gadis itu tidak tercedera.

Mahu luruh jantungnya apabila melihat Ayna masih berdiri tegak walaupun bahaya mendatang. Dia yang tidak berfikir apa-apa terus memeluk Ayna.

Ayna menghela nafas. "Sorry" ucap Ayna perlahan. Dia bermain dengan jarinya sambil membuat muka bersalah. Sebab dirinya yang agak bodoh tadi, Alief pula yang kena tempiasnya.

Alief diam tidak menjawab.

"Tapi sebenarnya tadi, kau macam cool sikit." ujar Ayna lagi memandang ke arah lain apabila Alief menoleh ke arahnya. Alief mengangkat kening. "Apa dia? Ulang lagi sekali." soal Alief sengaja.

"I said, you're kinda- takpe lah. Pekak!" Balas Ayna. Terasa pipinya membahang apabila teringat semula kejadian tadi. Bagaimana Alief boleh jadi begitu tangkas?

Ayna memegang kedua belah pipinya.

Tiba-tiba Alief memegang lengannya. Ayna menoleh memandang Alief. "Ape?" soal Ayna hairan. "Tangan kau, berdarah." ujar Alief memandang bahu Ayna. Ayna pantas melihat bahunya.

"Eh tak perasan." ujar Ayna. Bila tengok darah yang mengalir itu baru terasa sakitnya. Muka Ayna berubah keruh.

"Takkan tak rasa sakit kot? Besar luka ni" ujar Alief membetulkan bajunya apabila sudah siap dirawat doktor. Ayna menggeleng perlahan. "Aku rasa aku sebok sangat risau pasal kau tadi" balas Ayna selamba.

Alief terdiam. Pergh, Ayna risaukan dia lah

"Banyaklah kau. Kena balut ni." tukas Alief meniup sedikit luka di lengan Ayna sementara menunggu doktor datang semula. Ayna hanya memandang Alief yang sedang meniup lukanya itu.

Berubah-ubah betul perangai si tiang ni kan? Dekat rumah kucing, dekat sekolah harimau. Boleh pulak samakan dengan haiwan ye.

Selepas Ayna siap dirawat, mereka berdua bersama keluar dari klinik itu.

Alief pandang kiri, Ayna pandang kanan.

Beberapa saat lepas itu, Alief toleh ke kanan dan Ayna pula toleh ke kiri. Wajah mereka bertembung. Ayna mengerdipkan matanya manakala Alief cuba berlagak selamba.

Tiba-tiba dari jauh Alief nampak sebuah basikal sedang laju menuju ke arah mereka. Pantas Alief menarik Ayna lalu basikal itu melintasi mereka dengan pantas

Alief sempat menyumpah seranah penunggang basikal yang laju hampeh tu.

Ayna tersentak. Pinggangnya erat di dalam pelukan Alief. Ayna mengetap bibir lalu mendongak memandang Alief. "Boleh tak kau stop peluk aku?" pinta Ayna.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now