BAB 47

117K 6.5K 1.4K
                                    

"Alief no!!"

Alief terus menghayunkan penumbuk sebijik pada muka Arfan membuatkan lelaki itu terdorong sedikit ke belakang.

Belum sempat Arfan ingin membalas, Alief terus mencengkam kolar baju Arfan lalu diberi lagi sebijik penumbuk. Semua di situ sudah ternganga.

"Alief, Arfan berhenti!!" Cikgu Syukri menjerit lantang.

"Kau jangan main-main dengan aku Arfan. Aku boleh belasah kau sampai lunyai" tukas Alief menguak rambutnya ke belakang.

"Kau fikir aku takut??" Bibir Arfan yang bengkak sempat tersenyum sinis. Alief sudah melangkah ke hadapan ingin tumbuk lagi wajah Arfan.

"Alief stop!" pantas Ayna berlari kecil lalu menarik tangan Alief. Alief masih berlawan mata dengan Arfan. Sudah dia agak akan jadi begini. Mamat ni sudah buat keputusan yang salah untuk berpindah ke sini.

"Gila" komen Ayna menjeling Arfan seketika sebelum menarik Alief pergi dari situ. Alief pantas mencapai begnya dan mengikut Ayna pergi. Lebih baik dia blah sebelum menjadi lebih teruk.

Faris terus mencapai begnya dan menolak kasar kepala Arfan dari belakang sebelum melangkah pergi. Ameer pula dengan sengaja melanggar bahu Arfan sambil meneguk minumannya selamba.

Support member katanyaa.

Arfan merengus kasar sebelum mengusutkan rambutnya.

●●●●●●

"Sakit ke??" soal Ayna dengan muncung. Pipi Alief ditarik lebih dekat dengannya. Kapas itu disapu lembut pada bibir Alief yang pecah.

Alief menggeleng. "Tak sakit pun" jawabnya selamba. Ayna menjeling geram. Mulut masih muncung "Tak sakit ape teruk macam ni?" balas Ayna masih membersihkan luka di bibir Alief.

Alief menelan air liur seketika sambil merenung wajah Ayna yang berada sangat dekat dengan wajahnya sekarang. Hidung mereka hampir berlaga.

Jantung mula berdegup pantas.

Alief merenung Ayna yang asyik membersihkan lukanya. Dalam-dalam marah, dia penyayang juga. Dia sangat berterima kasih kerana telah dikurniakan isteri seperti Ayna.

Walaupun mereka masih muda. Ye. Mesti ramai yang fikir mereka tak akan kemana. Cuma cinta monyet. Cinta zaman sekolah tak ke mana.

Tetapi hubungan halal yang mereka ada membuatkan sesuatu ikatan itu lebih kuat. Membuatkan rasa cinta itu membuah kembali.

"Asal tenung aku macam tu?" soal Ayna selepas siap membersihkan luka Alief. Alief menghela nafas lalu tersenyum nipis. Wajah Ayna ditenung lagi.

"Takde ape. Aku cuma tengah fikir" jawab Alief. Ayna membungkus kapas itu lalu menoleh lagi ke arah Alief. "Fikir pasal apa?"

"Aku tengah fikir, macam mana lah aku nak hidup kalau takde kau suatu hari nanti" Alief merenung mata Ayna dalam sedalamnya. Ayna terpaku seketika. Jantungnya juga sudah mula berdebar semacam.

"Ape la cakap macam tu" Ayna menarik muncung membalas renungan Alief. Bibirnya dicebikkan tanda tidak senang dengan kata-kata Alief tadi. Alief ketawa kecil.

Kepala Ayna diusap lembut. "Takde la. Aku terfikir je" Alief meletakkan telapak tangannya di atas kepala Ayna. Ayna menggeleng lalu tangan Alief dicapai. "Tak payah lah fikir. Mengada lah tiang ni" ujar Ayna.

Alief terus mencuit hidung Ayna lembut. Ayna terus mengelak lalu mengusap hidungnya. Terus dia memicit hidung Alief kuat sebagai balas. Ternganga Alief dibuatnya. "Adoiii!"

Ayna menjelirkan lidahnya. Terus dia berdiri dan berlari apabila Alief mula mengejarnya. "meh sini!" jerit Alief sambil pantas mengejar langkah Ayna. Ayna ketawa kuat.

Gengster Tu Aku Punya!Место, где живут истории. Откройте их для себя